Kisah ini telah diceritakan oleh ayah ana dalam perjalanan pulang dari sekolah pada jam 6:00 petang, Ahad yang lalu. Kena tunggu adik ana habis kelas dulu, sebab itulah balik lambat selalu.
Kisahnya begini...
Dikisahkan, ada seorang lelaki yang dilahirkan tanpa kedua cuping telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi iaitu sebagai CEO di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, CEO ini bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”.
“Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam,” jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, dia mengusirnya keluar dari pejabat. "Oh, awak kata saya macam ayam ye?" dia bermonolog.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, CEO bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Ya, saya hairan bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, CEO berang dan menghalaunya keluar. "Awak sindir saya ye."
Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu CEO bertanya soalan serupa.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya. Awak pakai contact lens, ” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, CEO gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
“Bagaimana awak tau?” tanya CEO lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan geli hatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?"

Jadi, pengajaran yang dapat diambil, kita jangan menyentuh tentang rupa fizikal orang lain sekiranya terdapat keganjilan. Sama ada ia akan jadi terlalu sensitif atau memalukan.
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment