Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Riya'

InsyaAllah, pada hari ini, ana akan bercakap tentang riya'. Jadi, apa yang kita faham tentang riya' ini? Apa itu riya'?

Riya' bermaksud memikat hati orang ramai dengan menampakkan berbagai-bagai amalan yang dilakukan semata-mata inginkan pangkat, kedudukan atau lain-lain keinginan duniawi.



Maksudnya:
4.Sesungguhnya celakalah bagi orang-orang yang solat,
So woe to those who pray,

5.Yang sentiasa lalai daripada solatnya,
[But] who are heedless of their prayer,

6.Mereka yang mengerjakan sesuatu untuk dilihat orang,
Those who make show [of their deeds]


1.Riya' Dalam Tubuh
>>Mengabaikan kebersihan diri kononnya disebabkan terlalu sibuk dengan urusan-urusan agama sehingga tiada masa untuk menguruskan rambutnya (contohnya).

2.Riya' Dalam Pakaian

>>Memakai pakaian sutera atau baju yang dibuat daripada bulu binatang yang mahal untuk diperlihatkan kepada orang ramai.

3.Riya' Dalam Ucapan

>>Sebagai orang ahli agama, ketika mereka menyampaikan nasihat, peringatan, mereka sering menonjolkan atau menunjuk-nujuk hadis-hadis nabi dan cerita-cerita para solihin yang mereka hafaz (niat dlm hati bkn utk beri nasihat tetapi sekadar ingin menunjuk yg dia tahu bnyk perkara).

4.Riya' Dalam Perbuatan
>>Perilaku seseorang yang berpura-pura berdiri lama dalam solat, ruku' atau pun sujud dengan sengaja. Tujuannya supaya dilihat orang ramai.

5.Riya' Dengan Banyak Pengikut dan Hal-hal yang di Luar Diri

>>Apabila seseorang amat memegahkan dirinya kerana belajar daripada berbagai guru.
>>Dia suka memegahkan diri kerana telah banyak mengelilingi negeri-negeri orang lain seolah-olah dirinya lebih berilmu daripada orang lain.

Sekiranya segala amalan yang telah dilakukan adalah dengan sebab riya', maka batallah segala ibadatnya itu. Tiada gunanya segala amalan mereka. Mereka tidak mendapat apa-apa faedah, pahala melainkan dosa kerana telah melanggar tatatertib ibadah yakni niat ikhlas kerana Allah. Selain itu, sifat ini adalah sifat yang dicela oleh Allah dan manusia. Seperti yang telah disebut dalam surah Al-Ma'un. Celakalah bagi orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka ini dikutuk dengan begitu keras oleh Allah.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::14 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Akhirnya

Alhamdulillah, pada hari ini, Akh Munzir telah membentangkan sedikit sebanyak tentang Palestin. Memang sudah lama ana tunggu pembentangan sebegini. Sebelum ini, ana tertanya-tanya, kenapa sudah tiada orang sebut tentang Palestin di sekolah.

Ana pernah berbual dengan MPP form 4 masa minggu orientasi tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan hal di sekolah. Kami berdua tertanya-tanya mengapa minggu orientasi pada tahun ini tiada lagi pembentangan tentang Palestin dan remaja. Takkan nak tunggu mereka diserang dengan teruk dahulu baru nak semarakkan balik semangat Palestin? Namun begitu, Alhamdulillah kerana masih ada lagi beberapa orang yang meneruskan kutipan untuk dana Palestin ketika cuti sekolah hingga sekarang.

Bagi ana, minggu orientasi pada tahun ini, kurang berkesan kepada kami. Ana rasa, selepas ini, harus diadakan pembentangan berkenaan remaja. Walaupun perkara ini sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut, tapi harus kita ingat, bukan semua orang di kalangan kita yang faham tentang perkara ini. Ana mendapat tahu daripada MPP, masih ada orang yang tidak tahu, tidak boleh suka atau lebih tepat lagi bercinta (yang berlainan jantinalah). Kena jaga hati kerana itu adalah panahan daripada syaitan laknatullah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.


More about Palestin...
What Celebrities Says About Arab and Muslim

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::12 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kepentingan Masa


الوقت كالذهب
Kita sentiasa mendapat pemerhatian dari Allah. Jadi, kita hendaklah sentiasa memanfaatkan setiap masa yang kita ada dengan melakukan kebaikan kerana sesungguhnya masa itu mempunyai keberkatannya yang tersendiri. Ada pepatah yang mengatakan, masa itu emas. Ada juga yang mengibaratkan masa itu nyawa kerana emas boleh dijual beli tetapi bukan nyawa.

Muslim yang sejati akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. "Hari ini lebih baik dari hari semalam." Inilah salah satu daripada cara untuk memanfaatkan masa. Di padang mahsyar kelak, apabila kita disoal oleh Allah, mengapa tidak memanfaatkan masa di dunia untuk melakuka amal kebaikan, nescaya manusia akan menjawab bahawa mereka merasakan mereka berada di bumi ini tidak sampai sehari. Ini menunjukkan bahawa amalan yang telah mereka lakukan amat sedikit semasa berada di muka bumi Allah ini.

Harus diingatkan dan diberitahui bahawa hukum menjaga masa adalah WAJIB. Ini kerana setiap detik masa akan ditanya, disoal oleh Allah s.w.t. di akhirat untuk dihisab.


Di sini, terdapat beberapa cara untuk menjaga masa. Antaranya adalah kita hendaklah menentukan tugas kita yang paling penting, paling utama dalam aktiviti seharian.
"Dahulukan perkara yang lebih penting daripada perkara-perkara yang penting."
Ini bermakna, kita perlu mendahulukan perkara yang wajib dari perkara sunnah. Contohnya, kita terlewat bangun untuk ke sekolah. Namun, kita haruslah mendahulukan perkara wajib dahulu, yakni Solat Subuh sebelum ke sekolah walaupun sudah lewat. Seterusnya, kita juga hendaklah mendahulukan urusan yang melibatkan kepentingan orang lain daripada urusan diri sendiri atau disebut sebagai ithar.


    1. Demi masa!
    2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
    3. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan yang haq dan berpesan-pesan dengan sabar.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

::9 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Rasa BEST Pula Tadi Bila...


Waktu Pendidikan Syari'ah Islamiah, Ustaz Azman suruh siapa yang pandai solat jenazah pergi solat. Banin semua keluar. Ustaz Azman ajak Ustaz Idris pergi sekali. Ustaz Idris pun jawab, "Ana tak pandai solat jenazah." pinokioSebenarnya, ustaz tak nak tangguh untuk ajar kami dan ustaz tak akan ulang dah tajuk ini. Lagipun, solat jenazah adalah fardhu kifayah. Manakala menuntut ilmu adalah fardhu ain. Apa-apa pun, baguslah banin yang pergi solat jenazah tadi. :thumbsup: Jadi, tinggal banat sahaja. Entah kenapa, kami semua rasa lebih yakin, lebih berani belajar dengan ustaz bila tak ada banin. Ustaz tulis perkataan ini di whiteboard, tanpa baris dan tanya cara bacanya.

ضرب محمد
Mula-mula, kami semua baca 'dharaba muhammadun' (Muhammad pukul). Kemudian, ustaz kata, kalau kita jadi orang yang mengeluarkan hukum, habislah hancur orang lain. Kami fahamlah maksudnya salah. Ana pun tengok balik ayat tersebut fikir ditulis tanpa maf'uulun bih. Jadi, ana pun beritahu kawan-kawan ana, cuba sebut 'dhuriba muhammadun' (Muhammad dipukul). Fatimah pun sebut kuat-kuat. Ustaz tanya, "Mana nti tahu?" "Syaza." Huh, berdebar rasa bila ustaz tengok. Marsha nak fikir lagi adus cara bacaan lain. Marsha, "Entah-entah 'dhirbi' kot" "Heh, mengarut." garupale Tidak lama kemudian, ustaz pun kata, bacaan dia, "dhuriba muhammadun" sebab dia naibul faa'il. Betullah kami jawab tadi. Ustaz memang tak suka kata betul cepat-cepat. merajuk Suka buat debar orang.

Ustaz tanya pula makna taklid. Disebabkan kami tidak tahu, ustaz pun buat contoh. Ustaz panggillah sesiapa pun, ustaz suruh buka tudung. Bila kami tak nak, ustaz pun tanya kenapa? Ana jawablah wajib, Allah suruh. Ustaz minta bukti. Alamak, ana tak hafal ayat quran tu, tapi ana taulah ada ayat yang memerintahkan kita bertudung. Ustaz pun beritahu, taklid itu ialah ikut. Buat amal mestilah dengan kefahaman bukan taklid semata-mata. takbolemerajuk

Ustaz ada tanya, waktu bila solat maghrib lebih panjang daripada solat isya'. "Kenapa Marsha?" "Sebab baca surah panjang." "Huh, jawapan tak mengikut usul fiqh." "Tak apalah, sekurang-kurannya, ana cuba." Teka punya teka, jawapannya ialah bila waktu solat isya' itu diqasarkan.

Kemudian, buat contoh pasal khilaf. Ustaz tanya Robiatul dan Marsha, nak pergi KL, kenderaan apa yang akan dipilihnya dan kenapa. Katanya, kapal terbang sebab cepat, tak payah memandu, besar, dll. Marsha pula, kereta sebab boleh berhenti mana-mana tempat, murah, ruang untuk seseorang itu luas. Ustaz, "Robiatul kata, kapal terbang pun luas. Oh, sebab dia nak kapal terbang sorang-sorang sebab dia kaya. encemAla kulli hal, mereka berkelahi tak, berbalah tak?" "Tak." Itulah dia khilaf. Berbeza pendapat tapi tidak berkelahi kerana masing-masing mempunyai hujah masing-masing. Jadi, kita boleh menggunakan mazhab lain mengikut 'uruf, keadaan setempat.

Contohnya, ketika tawaf keliling kaa'bah, memang susah nak simpan wudhu' kalau guna mazhab Syafie. Jadi, boleh guna mazhab lain, kalau tak salah ana, mazhab Hanafi. Ustaz ceritalah, masa pergi haji dulu, ustaz tawaf pakai seksi (kain ihram). Depan dan belakang ustaz, perempuan. Maksudnya, ustaz terkepit di tengah-tengah mereka dan ustaz lebih kecil kalau nak dibandingkan dengan mereka berdua. Orang belakang ustaz nak cepat, dia tonyoh, tolak kepala ustaz. Ustaz pula pergi tendang orang depan. Rasa kelakar bila ustaz tunjuk gaya dia kena tonyoh kepala.

Lama juga ustaz masuk kelas kami, lebih kurang, 1 jam, 20 minit. Ada sekali tu, ustaz tanya, "Lepas ni subjek apa?" "BI, Sir Malik." "Sir Malik datang tak?" Mardiyyah kata, "Datang." Ustaz pun tengok dekat luar, "Mardhiyyah bohong (dia t'kjt dgn muka blurgarupale) sebab ana tengok kat luar, tak ada pun." "Sir Malik datang ke sekolah, tapi tak datang ke kelas lagi." "Mana dia?" "Solat jenazah kot." Ini pun boleh dijadikan sebagai contoh ustaz. Ustaz, "Ala kulli hal, kita dapat lihat di situ, satu ayat yang boleh difahami dengan cara yang berbeza. Sorry ye Mardhiyyah. (senyumsenyum)" Satu ayat al-Quran itu, boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna yang berbeza.

Bila ustaz dah keluar tu, kami pun ucapkan syukran. Tapi, ada pelajar yang tertukar, mungkin pelajar baru masuk kot. Sebab sebelum ini, ucapan itu sudah jarang diucapkan. Jadi, mereka yang baru masuk tahun lepas-lepas, tak biasalah ucapkan ucapan ini. Mereka sebut, "syukran jazakillahu khairan kathiran." Masa tu, ustaz dah keluar dah, tapi ustaz dengar kesalahan tersebut. Ustaz pun cakap ikut tingkap, "jazakallah, ana bukan takbole perempuan." Sempat lagi tu ustaz. Begitu juga masa BM. Baca doa dengan begitu semangat sekali.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::5 Safar 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Usrah

Definisi 'USRAH':
  1. Keluarga
  2. Perisai (Hasan Al-Banna)
  3. Jamaah atau kumpulan yang diikat oleh perkara yang sama.
"Duduklah bersama kami supaya kita beriman sejenak"
(Muaz bin Jabal)
  • Satu kumpulan du'at yang dibina berasaskan kasih sayang kerana Allah.
  • Batu bata binaan yang mengikat antara anggota atau ahli dengan kumpulan.
  • Satu kumpulan yang beramal selepas mengenal pasti kemampuan dan mengaktifkan potensi.
  • Merupakan salah satu wasilah tarbiyyah.
  • Para sahabat berkata:
"Kami tidak melewati 10 ayat sebelum kami beramal dengannya."
  • Said Hawwa pula berkata:
"Menghadiri usrah adalah pengiklanan terhadap persediaan."
  • 3 rukun dalam usrah
  1. Taaruf
  2. Tafahum
  3. Takaful
  • Mewujudkan peribadi muslim yang sempurna dari sudut:
  1. AQIDAH
  2. IBADAT
  3. FIKRAH
  4. THAQAFAH / ILMU
  5. AKHLAK
  6. TANZIM
* * * * *

Hari ini, kumpulan usrah ana, kumpulan Muallimah Yong, ikut usrah gabungan makcik-makcik JIM dan muallimah-muallimah. Kena duduk depan sekali. Rasa segan pula sebab kami sahaja pelajar. Jadi, tazkirah hari ini dibentangkan oleh 'ummi', mak Khadijah. Pada penutupnya, Makcik Ros kata, minggu depan, waktu iftar jamaie Makcik Midah, mak Mardhiyyah nak belanja makan untuk minta tolong solat hajat untuk Kak Sakinah. Hal ini disebabkan oleh Kak Sakinah akan sambung belajar ke Australia. Kalau tak salah ana, bertolak pada 5 Februari 2010.

Bila dah masuk semula group usrah, kami melantik bendahari iaitu Robiatul dan membahagikan tugasan untuk minggu seterusnya. Ketua, sudah dipilih oleh Ustaz Idris (PK Tarbiyyah) hari itu. Muallimah kata, malam ni, ada dua orang Jerman akan datang ke sekolah untuk belajar lebih lanjut tentang Islam. Muallaf. Seorang lelaki, seorang perempuan.

Kami habis awal hari ini, pukul 5:00 petang. Mula-mula, ingat, nak balik sekalilah dengan adik ana. Dia habis kelas tambahan pukul 5:45 petang. Kemudian, Muallimah An, Muallimah Ain dan Muallimah Fatimah Munirah (Ira) minta tolong angkat barang, nak pindah ke bilik sebelah. Ana pun tukar plan, ana balik pukul 6:30 dengan Mardhiyyah. Ana, Mardhiyyah, Robiatul dan Faiqah. Tiba-tiba, nampak Pakcik Abas lalu. Mardhiyyah pun tanya, kenapa kena pindah ke sebelah? Rupanya nak jadikan bilik guru ni, bilik lecture. Alihkan katil, susun karpet, angkat buku. Meja diangkat oleh Hafizuddin dan Nazifi. Dan 'dibantu' oleh Ashrin dan hmmm.....tak ingat pulak nama dia. Mereka berdua bermain sambil angkat meja dan laci. Kelakar. Macam budak-budak sekolah rendah. Yang laci tu, dia main pusing-pusing macam kereta. Yang meja tu, jadi apa entah keretapi ke lori.

Dapat upah keropok sira daripada Muallimah Ain. Makan dengan Kak Ain, 'Abah' dan Kak Shaidatul. Makan depan tandas muallim dan tangga banat. Kakak-kakak ni pesan, jangan drop fizik sebab fizik ni, subjek penting. Masa hari Isnin hari itu, ana memang bercadang nak drop fizik. Tapi, bila bincang dengan mak ana dan abang ana, tak jadilah nak drop. Abang ana kata, Pakcik Zameran beritahu dia, Kak Mardhiyyah nak masuk U dulu, kena ada/tahu fizik. Sedangkan bidang yang diambilnya tidak ada kena mengena pun dengan fizik.

wassalamualaikum...

::4 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Seminar Kerjaya

Pelajar form 4 dan form 5 perlu menghadiri seminar kerjaya yang bertempatkan di perpustakaan sekolah dari pukul 3:00 hingga 5:00 petang.

Pada pukul 2:10 petang, kami menyusun kerusi di library. Kemudian, kami bergegas ke musolla untuk taklimat tentang permainan. Ustaz Khair kata, pilih permainan yang kita mahir. So, ana pun memilih permainan bola jaring. Tapi ana tak suka berebut, kalau dah tak dapat masuk permainan tersebut, tukarlah dengan yang lain. Bagi ana, berebut, berlumba seperti itu, suatu perkara yang agak memalukan terutamanya bagi banat. Alhamdulillah, ada juga rezeki.

Namun ada perkara buruk yang berlaku pada hari ini. Masa dengar taklimat tu, tiba-tiba, contact lens ana terjatuh, tercabut. Perkara seperti ini, jarang berlaku. Dan, ana tak sempat nak ambil contact lens punya solution atau airnya. Bukan sebarang air kita guna. Jadi, ana bawalah ke perjumpaan permainan dulu. Kemudian, dia jadi keras sebab tidak dibasahi dengan air. Baru ana sedar, ana duduk bawah kipas. Tiba-tiba, contact lens tersebut terjatuh dan akhirnya.....dipijak orang... huhuhu...

So, terpaksalah ana pergi ke seminar kerjaya dengan bercermin mata. Pendek cerita, kami diberi kertas ujian kerjaya. Dan ini dia resultnya.

Untuk mengetahui kisah seminar ini dengan lebih lanjut, sila layari laman web ini;

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::2 Safar 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Minggu ini...

Ana telah memilih untuk mengambil subjek sains tulen pada tahun ini. Jadi, tahun ini, kena usaha lebih pada tahun ini.

  • B.M; kena hafal peribahasa dan perkataan yang canggih untuk membuat karangan yang gramatis. angkatkening (M.Norihan)
  • B.I; used extraordinaire word dan banyakkan latihan. (S.Azman & S.Malik)
  • B.A; tak sabar nak belajar. Subjek yang paling ana suka dan subjek yang ditunggu-tunggu. Ana rasa seronok :thumbsup: setiap kali peperiksaan B.A. untuk menguji kemampuan ana. Dalam sejarah hidup ana setakat ini, ana tak pernah tanya masa peperiksaan. (M.Hayati)ros
  • SEJ; Best cara muallimah ajar. Senang faham dan masuk kepala. (M.Zuliana)
  • MATH; masih ok untuk permulaan ini. (M.Nurul)
  • ADD MATH; OK. (M.Syuhada)
  • PSI; dapat mengembangkan minda dengan pembentangan ustaz yang begitu mantap. Cuma tak suka bentang dekat depan kalau pelajaran ustaz. :thumbsup: (Ust. Idris)
  • PQS; suka sangat. Bertemu lagi dengan muallimah ini. (M.Ain)
  • FZ; kena banyak buat latihan. (M.Imran)
  • KM; faham dengan cara muallimah ajar. Tapi, ana tertanya-tanya, bila muallimah cuti bersalin nanti macam mana pula cara kami belajar? soal (M.Azlinda)
  • BIO; kena baca dulu sebelum belajar untuk memudahkan ana memahami apa yang diajarkan oleh muallimah. (M.Syuhada)
Subjek diniyyah pula, untuk semester 1, kami hanya belajar Aqidah (Pola Hidup Manusia Beriman; Sayid Sabiq), Feqah (Kitab Fikah Mazhab Syafie Undang-undang Kekeluargaan ) dan Sirah. Ana memang suka sangat subjek diniyyah. :thumbsup:
  • AQIDAH; Juga subjek yang ana gemari kerana diajar oleh Ustaz Idris. Topik-topiknya agak mendalam pada tahun ini.
  • FEQAH; Diajar oleh Ustaz Khairuddin. BEST memang best tapi belum dapat agak macam mana soalan periksa ustaz. Takut soalannya pendek, simple tapi markahnya banyak macam akhlak dan tajwid dulu.
  • SIRAH; Kami belajar tidak menggunakan buku tapi akan difotostat oleh Muallimah Fatimah Munirah. Jadi, setiap pelajar kena bayar RM 1 buat masa ini dengan SEGERA ketukmeje pada ana...
Apa-apa pun, ana kena ambil peluang kenyituntuk belajar dengan abang ana sementara abang ana masih ada dekat rumah.

Tahun ini, ana rasakan sekolah kita macam ada shock culture hah dari segi pakaian. Ada macam-macam pakaian pada tahun ini. Pakaian pelajar biasa, pengawas sekolah, AMT dan staf sarjan. AMT pakai jaket hitam dan seluar atau kain hitam. Staf sarjan; berkolar hitam dan bahagian hujung lengan baju juga hitam bagi banin. Manakala staf sarjan banat pula perlu menjahit kun pada tepi tudung. Macam-macam gelaran kami dapat. Kadang-kadang terasa juga. Tapi tak apalah, itu urusan mereka dengan Allah. merajuksigh

Begitu juga pada hari KRS. Para sarjan dan staf sarjan perlu memakai full dress atau baju no. 4 kecuali pada hari BaSeD. Nasib baik tahun ini dah ada tudung labih yang dijual. Hari Selasa hari itu, kami diberi sijil penyertaan dan sijil kemenangan bagi peserta PRINT'09. Tengok-tengok, banat kena ambil sijil dekat depan juga. Malu sih...lalu depan banin. Kemudian, staf sarjan pula dipanggil berkumpul di hadapan. Rasa lain macam berdiri depan banin. Ana, Kak Zubaidah dan Khadijah. Banin pula; Azrul, Akram, M.Hanif dan Salahuddin. Kami diberi kumpulan (platun) baru. Guru penyelaras KRS tahun ini telah ditukar, Ustaz Azman.

Pustakawan tahun 2010:
  1. Abd Muqsit
  2. Ahmad Hanif
  3. Che Engku Amirul
  4. Muaz
  5. Muhammad Irfan
  6. Izyan
  7. Madihah Zawahier
  8. Mawaddah Az-Zahra
  9. Nur Afiah
  10. Robiatul Adawiyah
  11. Safura
  12. Siti Athirah
  13. Siti Nurain
  14. Solihah
  15. Sufia Azwa
  16. Syaza Nadiah
Kumpulan SPPM dibahagikan mengikut abjad. Ana, kumpulan dengan Muallimah Nurul Ain Wahid. Manakala kumpulan usrah ana tahun ini masih sama seperti tahun lepas cuma tambah Afif dan Nurul. Ana dipilih oleh Ustaz Idris untuk menjadi ketua usrah (spt thn lps). Naqibah ana pun sama, Muallimah Yong. Hari Isnin lepas, ana pilih untuk masuk kelab keusahawanan. LAGI. Gurunya, Muallimah Norihan dan Muallimah Ain. Sahabat baiklah katakan. Mula-mula nak masuk kelab komputer, tapi, bila fikir-fikirkan balik, fikir nanti ada kelas komputer juga.
Jumpa lagi, InsyaAllah.:minimo_37:

::15 Muharam 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

The Story of Two Very Different Friends

From マルシャ...

One is here, one lives there.
One is a little taller than the other.
Two different colours of skin,
two different outlooks on life,
two very different views from their windows.
Both have different tomorrows ahead.
Each is unique in so many ways.
Each has her own story,
with all the busy things going on in the present.
Each has different work to do and different demands on the day.
Each has a separate destination and a distinctly different path to get there.
But...


For all the things that might be different and unique about them...
These two friends will always share so much.
They will always be the best of friends and family,
etwined together,
through all the days of their lives.
Their love will always be very special;
gentle and joyful when it can be,
strong and giving when it needs to be,
reminding them,
no matter how different their stories turn out...
they share the incredibly precious gift of being "friends".
And when you think of some of the best things
this world has to offer,
a blessing like that is really...
what it's all about.

Wassalamualaikum...


::25 Muharam 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Khamis Semalam

Belum tahu lagi, tahun ni berapa kelas untuk form 4. Jadi, buat masa ini, satu kelas dulu. Ingatkan ramai yang nak pindah. Sekarang, ada 41 orang pelajar dalam form 4. Ana jadi bendahari buat masa ini. Guru kelas kami ialah Muallimah An buat sementara waktu ini.

Pada hari Khamis hari itu (semalamlah), kami dibahagikan kumpulan hafazan. Ana masuk kumpulan Muallimah Munirah. Muallimah ni, dulu jadi guru di sekolah Imtiyaz. Muallimah ini jadi guru hafazan kami kerana kami yang dipilih ini ditarget oleh sekolah untuk menghabiskan 2 juzu' dalam 1 tahun. Oleh itu, kami kena hafaz betul-betul. Kalau tak, kami akan ditukarkan kumpulan. Ahli-ahlinya; K.Mawaddah, K.Mursyidah, K.Shaidatul, K.Zahra, K.Zubaidah, Auni, Izyan, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha, Nurul, ana, Wafaa'.

Kemudian, ana dikekalkan memegang jawatan pustakawan. Form 4 lain yang jadi pustakawan; Abd Muqsit, Irfan, Izyan dan Robiatul. Nanti, kami kena pakai nametag lain untuk membezakan kami dengan pelajar biasa (masih dipertimbangkan sebenarnya).

Terdapat 10 budaya yang telah diperkenalkan oleh sekolah:
  1. Budaya Makan
  2. Budaya Kebersihan
  3. Budaya Berbahasa
  4. Budaya Memberi Salam
  5. Budaya Menghormati Orang Tua
  6. Budaya Meminta Izin
  7. Budaya Menghormati Surau
  8. Budaya Masa
  9. Budaya Membaca
  10. Budaya Amanah
Di samping itu, kami diperkenalkan dengan peraturan 5S yang perlu dilakukan di dalam kelas:
  1. Seiri - sisih
  2. Seiton - susun
  3. Seiso - sapu
  4. Seiketsu - seragam
  5. Shitsuke - sentiasa amal
Sir Malik turut memperkenalkan 6K:
  1. Kebersihan
  2. Kekemasan
  3. Keindahan
  4. Kejujuran
  5. Keprihatinan
  6. Kebertanggungjawaban
Sekolah turut memperkenalkan Buddies System. Ana dapat Safura.

Tahun ini, agak lambat bagi kami untuk mengenali semua pelajar baru terutamanya form 1. Sebab tahun lepas ada aktiviti outdoor yang 'memaksa' kami untuk berkenalan dan mengingati maklumat tentang pelajar baru.
Lakukan 3M:
i- mulai kebaikan daripada diri sendiri
ii- mulai dengan perkara kecil
iii- mulai dari sekarang
(Pesanan daripada Pak Hari Cahyadi)

Jumpa lagi, InsyaAllah.


::22 Muharam 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

sambungan PRINT'09

23 Disember 2009, Rabu
Hari ini, kena bangun pukul 4:15 pagi untuk latihan qiamullail perdana esok. Lebih kurang pada pukul 9:00 pagi, kami, para banat buat pertandingan BaSeD. Manakala banin, pertandingan obsrace. Masa nak undi tu, kami doa dapat buat persembahan awal-awal. Kami mendapat nombor dua untuk undian. Makbul juga doa untuk buat persembahan awal-awal. Kami lihat persembahan Pramuka terlebih dahulu. Pertandingan BaSeD SRI SMI dijalankan serentak. Ketika sedang membuat persembahan, kami nampak Muallimah Hayati sedang menyaksikan persembahan kami dengan muka yang berdebar. Begitu juga Muallimah Ainon. Ana suka masa persembahan pentas. Masa kami buat aksi 'star' dan gulingan, pelajar Pramuka tangkap gambar dan kedengaran bunyi tepukan. Ternyata persembahan kami mampu mengukir senyuman pada wajah Tuan Azrul..hahaha..(walaupun tak menang). Namun di situ, ada beberapa perkara yang perlu kami, semua peserta BaSeD seluruh Malaysia perbaiki:
  1. Mesti lapor apabila sudah masuk ke padang.
  2. Mestilah menggunakan unsur kemelayuan seperti silat ketika persembahan pentas. Jangan guna unsur budaya lain seperti tinju, taekwondo dan sebagainya.
  3. Tiada semangat SMI. Sepatutnya, tidak perlu sebut nama sekolah pada akhir persembahan.
  4. Untuk bahagian elak guna, hendaklah guna elak guna sukuan. Contohnya, bila kena tumbuk dan sepatutnya tak jatuh, maka tak boleh jatuh. Mesti ikut seperti yang telah diselaraskan. (Kalau nak tambah pergerakan untuk elak guna, boleh tambah untuk bahagian persembahan pentas sahaja.)
  5. Jangan ada unsur khurafat. Contohnya, bila kita tumbuk, tak kena pun, tapi orang tu dah tercampak.
  6. Mesti confident bila buat persembahan. Jangan tengok kawan kita buat ketika sedang buat pergerakan.
  7. Kedudukan tangan dan kaki mestilah betul.
  8. Para juri harap, waktu patern 1 dan 2, semua orang kena buat.
  9. Bila masuk padang, jangan terus berlakon.
Selepas itu, kami semua bersalam-salaman. Tapi, memang kami kagumlah dengan Sekolah ADNI. Mereka baru belajar semua pasal BaSeD masa malam tadi. Mereka berlatih sampai pukul 1:00 atau 2:00 pagi. Hebatlah. Walaupun mereka tidak ingat semua pergerakan, tapi mereka telah buat yang terbaik sebagai orang yang baru belajar.

Dalam perjalanan balik ke tapak perkhemahan, kami pergi tengok SRIAAK. Datang-datang, tengok diorang tengah buat pintu gerbang. Kami pun tolonglah. Kemudian, Fatimah dan Marsha pun datang. Diorang kata, "Orang Indon, rakam suara kami. Diorang suruh kita nyanyi lagu jazaki." Kami turut membina ampaian untuk SRIAAK. Kesian betul diorang. Tapi, diorang punya khemah mewah, satu khemah, 4 orang duduk. Jadi, ada lima khemah. Dahsyat. Manakala, pelajar SMIAAK yang lain meneruskan menyiapkan gajet.

Pada petang harinya, ana dan Kak Sarah pergi hantar barang kepada banin yang diwakili oleh adiknya sendiri. Jadi, ana pun berdirilah jauh sikit daripada mereka berdua. Tiba-tiba, ana nampak beberapa orang pegawai berpakaian lengkap menuju ke tapak perkhemahan banat. Ana pun larilah dari situ, jalan cepat-cepat, balik tapak perkhemahan, tinggal Kak Sarah sorang. Ana beritahulah mereka yang pegawai tu dah start nilai kem kraf sekolah lain. Kami pun membuat sedikit persiapan.

Latihan Nasyid

Lama menunggu. Tak datang datang. Kami pun pergi ke khemah Indonesia sekejap. Yana dan kawannya, ajar kami tepuk 'tonji'. Bila tuan-tuan (T.Azrul, T.Rofazlin, T.Saiful) dan puan-puan (P.Madihah dan sorang lagi puan, tak ingat namanya), Kak Zubaidah lapor, kemudian, kami buat sedikit persembahan. Kami mengalunkan nasyid sekolah. Semua nyanyi dengan wajah yang ceria, happy. Kami jamu mereka dengan roti telur, air telur dan gula-gula. Hafidzuddin yang jadi perakam ketika sesi melawat khemah. Dia kata, "Buat tak kenal, buat tak kenal." Selepas itu, ramai orang datang ke khemah kami untuk sesi ziarah. Setiap kali orang datang ke khemah, mesti Kak Solihah yang sambut dan tunjuk demo, cara nak masuk melalui pintu gerbang. "Pertama, Bismillahirrahmanirrahim. Kedua, Assalamualaikum. Ketiga, langkah kaki kanan." Ana tunggu kedatangan Maryam. Bila SMAIrsyad nak balik dari khemah kami, ada beberapa orang yang kenal ana sapa ana. Tapi ada sorang tu, ana lupa nama dia, dia pun beritahulah nama dia. Ana terus panggil Kak Solihah. "Kak Solihah, nilah yang nama Solihah binti Muzir." Kak Solihah rasa seronok. Kak Solihah pun beritahulah dia, yang nama abang Kak Solihah tu Munzir.

Kemudian, ada 3 orang Indonesia (bukan pelajar, ada yang guru dan ada yang bantu guru mereka). Sorang tu, umurnya 20 tahun, tapi macam budak-budak. Best!!! Mula-mula nak masuk pintu gerbang, dia nampak alas kaki buluh, dia ingat perangkap. "Ah, apa ni? Aaa, perangkap. TOLONG!!! PERANGKAP!!!" Dia pun lari (tapi dia datang semula lepas tu). Kami buat tepuk tonji. Bila dia nampak Muallimah Hayati, "Haa, CIKGU!!! Selamat Pagi Cikgu (ikut macam cerita upin dan ipin)." Kuat pulak tu dia cakap. Comel.

Kami bergambar bersama-sama. Akhir sekali, Maryam datang. Ana perkenalkanlah dia kepada mereka yang masih tidak mengenalinya. "Ni, nama dia Maryam. Macam kak Zubaidah kan? Keturunan jawa jugak ni, macam Kak Zubaidah. Bentuk muka je beza." Mereka pun mengiakan. Kami tangkap gambar mereka berdua. Gambar first, tak sama. Kak Zubaidah pun kata, "Tak sama pun. Ok, tangkap gambar lagi sekali. Kali ni senyum, jangan nampak gigi."

Tangkap gambar buat kali yang kedua. Baru sama.

Dapat mandi sungai pada petang harinya. Kak Zubaidah cuba dirikan batu kecil dekat atas batu besar. Banyak dia buat. Bila tanya mana dapat idea ni, dia jawab, "Ayah ana ajar supaya kita boleh belajar untuk fokus." Marsha dan Kak Humaira' pun test juga. Kak Atie dan Kak Solihah, Muallimah angkat diorang (dalam keadaan baring dalam air), lepas tu tenggelamkan, angkat, tenggelam, angkat, tenggelam. Menjerit-jerit diorang, Muallimah pula ketawa. First time rasanya tengok muka Kak Solihah macam takut sangat. Mula-mula, kami mandi di bahagian cetek. Kemudian, kami berpindah ke tempat yang dalam sikit, tempat biasa kami mandi. Kami gunakan tandas kering untuk salin pakaian.

Malam ini merupakan malam kebudayaan. Kami duduk bahagian depan sekali, tepi banin, maksudnya bahagian tengahlah. Mua'dz, Razlan, Razin dan Dakmie, menghiburkan kami dengan persembahan mereka. Razlan tu kata, bahasa Melayu dan Indonesia, ada perkataan yang sama, tapi berlainan makna. Contohnya, lucu. Kemudian, dia panggil sorang orang Indonesia, dia tanya, "Bahagian ini dipanggil apa?" sambil menunjukkan bahagian belakang badan. "Oh, punggung." Kami terkejut. Kami turut melihat persembahan daripada Indonesia. Lagu Abege dan Lagu Tombo Ati BEST!!! Diorang buat acapella. Esok, kami kena bangun pukul 4:00 pagi untuk qiam perdana.

24 Disember 2009, Khamis
Ana, Mardhiyyah dan Robiatul hirosah dari pukul 2:30 hingga 3:45 pagi. Tapi last-last, Robiatul sorang je yang hirosah sebab kami berdua tertidur. Maklumlah, ana kurang sihat masa hari tu. "Sorry, Bi'ah." Kami makan nasi goreng dan air teh susu serta roti kaya. Kami bersiap, memakai baju no.4 dan merobohkan khemah sebelum Majlis Penutup. Inilah keputusan pertandingan SMIAAK:

Banin:
  1. Tempat ke-3 Nasyid (hebatnya banin)
  2. Johan Obsrace (KUMP. ABG ANA)
  3. Tempat Ketiga Obsrace (KUMP. SALAHUDDIN)
Banat:
  1. Johan Kem Kraf
  2. Naib Johan Nasyid (asalnya seri, johan tapi sekolah lagi satu tu, dia tambah 1 mata sebab suara mereka lagi mantap.)
  3. Johan Obsrace (KUMP. MARDHIYYAH)
  4. Naib Johan Obsrace (KUMP. KAK NAJIHAH)
  5. Tempat ke-3 Obsrace (KUMP. KAK AMIRAH)
Masa nak bersalaman dengan sekolah-sekolah lain, Muallimah beritahu keputusan PMR. Seronok sangat rasa bila dah tahu keputusan. Time bersalaman dengan orang lain, diorang suka sebut nama Marsha. Macam-macam orang kata ke dia. "Sedap nama Marsha." "Wah, Marsha." "Marsha. Huh, romantiknya nama." dan macam-macam lagi. Nak tergelak rasa. Bas baru nak bertolak datang ke sini. Mesti sampai lambat. Jadi, kami bercadang nak mandi sungai dululah. Mardhiyyah belanja orang air limau ais sebab dapat 9A.

Bila Kak Zubaidah balik ke tapak perkhemahan kami, dia berkata, "Abah dah balik. Wah, abah suka semua anak abah dapat 9A." Kemudian, bermulalah permainan mak, ayah kami. hahaha. Macam budak kecil. Mula-mula, ana dan Marsha rendam kaki dulu sambil minum air kotak laici. Selepas itu, barulah kami tukar pakaian untuk mandi sungai. Bila Kak Zubaidah nak masuk tandas, kami pun cakap, "Abah, abah salah tandas tuh." "Oh, a'ah ek. Abah tukar pakaian dekat tepi ni jelah." "Abah, kenapa abah pakai tudung." "Oh, ni bukan tudung. Ni skarf. Fesyen." Ana dan Marsha kongsi nasi, makan dekat sungai. Barulah mandi. Kami ajar Kak Sarah cara nak terapung, tapi tak menjadi. Masa tu, tinggal kami, SMAl-Hidayah Ipoh dan SMAIrsyad.

Ana dan Zalilah duduk dekat celah batu (kawasan air deras), ada ruang antara kami berdua. Tiba-tiba, Kak Atie hanyut, then, tersangkut di celah ruang kami. Ana tahan dia dengan kaki ana, takut nak lepaskan dia sebab dia hanyut secara meniarap dan kepalanya di bahagian depan. Kalau ana lepas, nanti kepala dia masuk air. Jadi, kami tersepit sekejap. Jadi bising jap kat situ. Budak SMAIrsyad kata, "Hai, macam-macamlah budak-budak Al-Amin ni." Marsha pula buat gaya terjun dari atas batu ke dalam sungai. Bila dia dah terjun, baru orang tau, sebenarnya cetek je. "Ni sorang lagi." Kami nyanyi macam-macam lagu dalam sungai; nasyid rekaan kami, Merah Saga, ArRuhul Jadid, Bingkai Kehidupan, Gelombang Keadilan@Generasi Baru dll. Buat musik guna air. Ana, tak termasuk golongan itu. Kerana apa? Kerana mulut ana tak boleh nak nyanyi dah. Kenapa? Sebab ana dah menggigil. Sejuk yang teramat. Muallimah Hayati ketawa.

Lebih kurang, pukul 4:00 petang, kami angkat barang kami ke tempat bas berhenti hari itu. Kami hampar tikar di tempat itu, jadi macam berkelah dengan keluarga yang besar. Makan makanan yang ditinggalkan oleh Fatimah (dia balik dengan SRIAAKL). Kak Humaira' jadi mak. Tanya Kak Zubaidah, "Itu, siapa?" sambil menunjuk kepada muallimah. "Oh, itu, atuk." Muallimah terkejut. Dia pun kata, "Takpelah, tak naklah libatkan muallimah." "Kalau itu atuk, nenek mana?" "Ooo, nenek tu, Ust Khair." "Itu? (C.Mustaza)." "Itu, abang abah. Eh, tak, tak, tukar, tukar. Tu, tok su." "Ooooo" Kemudian, kami nampak Kak Solihah jumpa dengan Munzir dan Mujahid. "Abah, abah. Nape kakak jumpa dengan budak laki tu?" "Oh, tu memang adik-beradik dia dengan isteri lain." "Abang tak bagitau saya pun." "Sebenarnya, abah ada 34 orang isteri. Semua dah cerai (termasuk cerai mati). Begini ceritanya, bila abah dah bercerai, abah nak anak perempuan tu je."

Kemudian, Kak Zubaidah pergi dekat tempat beg barang, jumpa Khadijah. Dia macam terasing dari keluarga kami so... "Abah, ni anak dengan isteri mana ni?" "Entahlah, abah pun dah tak ingat." "Abah, kenapa nenek tak pakai tudung?" "Sebab dia dah tua..hmm..macam mana abah nak cakap ni." Sekali, ada orang jawab, "monopaused." Then, Ust. Khair pun datang dekat kami. Kak Humaira', "Hai nenek." "Hah, ko panggil aku nenek?" Baca surat khabar, ada berita tentang kedaifan keluarga Zubaidah. "Abah!! Kita masuk surat khabarlah. Kami pun datang tengok. Ada gambar suasana dalam rumah. Kak Zubaidah, "Ni, bantal busuk abah ni. Fuyyo, masuk surat khabar." Muallimah Ainon jumpa dengan kita. Kesian muallimah, muka letih. Penat jadi AJK lah tu. Akhirnya bas datang pada pukul 6:00 petang. Ada beberapa orang abang-abang dan kakak-kakak form 5 yang tak balik sebab pergi program dekat SMIAAGombak.

Dalam bas, tengok cd 'Lawatan Kem Kraf dan Persembahan Nasyid Banin'. Kami berhenti dekat R&R Temerloh untuk solat dan makan. Jumpa dengan SMAIrsyad, Kuantan. Masa nak beli makanan, jumpa Kak Zubaidah, "Nape abah guna dompet ni? (warna pink)" "Nak buat macam mana, abah kan tak de duit. Anak-anak abah ada banyak duit." Akhirnya, kami tiba di sekolah pada pukul 12:00 tengah malam. Bila nak balik, Kak Humaira', "Abang, saya balik dulu ye."

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::18 Muharam 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2010 ~Cuti Dah Nak Habis

Sudah tiba tahun baru Masihi, 2010. 3hb Januari 2010, kami akan mula bersekolah. Walaupun kami sekeluarga tidak pergi ke mana-mana pada cuti yang lepas melainkan kampung (Johor dan Pulau Pinang), Kuala Lumpur dan Kuantan, kami mampu manfaatkan cuti kali ini dengan sebaiknya. Cuti tahun ini, tidaklah seperti tahun sebelumnya sebab abang ana periksa SPM tahun ni.

Namun begitu, ana dapat belajar sesuatu yang baru. Ana telah berjaya mencuba beberapa resepi yang baru; puding triffle (buat dengan sepupu ana), puding laici (buat seorang diri masa baru balik PRINT'09) dan Cheese Cake (buat bersama adik lelaki ana). Selain daripada itu, ana berjaya mengait tempat letak telefon bimbit dan beg duit syiling untuk adik ana. Sememangnya ana suka dengan benda-benda seni (spt seni memasak, seni mengait, menjahit dll). Dan macam-macam lagi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::15 Muharam 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: January 2010
Design by a.a.ghariib