Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

PRINT'09

21 Disember 2009, Isnin
Kami menunaikan solat Subuh pada pukul 6:00 lebih. Masa turun bas, nampak budak SMI Aman. Sarapan pagi, lebih kurang pukul 7:00 pagi. Punyalah ramai orang. Jadi, ana pun beli sandwich, kongsi dengan Zalilah. Air, kongsi dengan Fatimah. Muallimah Hayati beli mi goreng. Harganya RM 2.50. Padahal orang lain beli, RM 1.00. Memanglah muallimah punya mahal sikit sebab ada telur goreng. Tapi takkanlah telur sebiji RM 1.50. Kami teruskan perjalanan.



Akhirnya, kami sampai ke Ulu Yam pada pukul 9:00 pagi. Nampak Muallimah Ainon dan pelajar dari Indonesia. Kami bawa turun barang dan asingkan barang banin dan banat. Jauh juga ye tempat banat, kami kena jalan lebih kurang 500 meter untuk ke tapak perkhemahan kami. Kami ditempatkan di Zon 4, tepi khemah Indonesia. Zon 4; SMIAAK, SMI Al-Azhar Jitra, SM Al-Islah Sg. Petani, PRAMUKA Indonesia, SMAH Ipoh dan SMIH JB.

Sambil angkat barang tu, jumpalah beberapa orang yang ana kenal. Ada yang ana kenal masa Nadwah 2006, Kursus Sarjan 2008, PerNas 2008, Kursus Kawat 2009, I'dad Du'at 2009 dan Kursus Staf 2009. Ana jumpa Maryam (dia selalu ingatkan ana pasal PMR. Kami panggilnya kembar K.Zubaidah walaupun tak sama umur), Kak Ainul Rafiqah (anak Tuan Abd Rahaim), Fadhilah (anak Tuan Zaini), Kak Muthmainnah, Kak Najihah Abd Muhaimin, Kak Najihah Ashaari dan ramai lagi. Setelah semua barang habis diangkat, kami mula mendirikan khemah. Wah, bestnya dapat topi!!! Auni pun tulis nama siap-siap pada topi -topi tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kehilangan terutamanya BANIN.

Sementara mereka mendirikan dan membersihkan khemah, ana dan Auni disuruh untuk membantu SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah untuk mendirikan khemah. Hanya 4 orang banat yang datang dari sekolah mereka dan semuanya form 1. Sambil membantu mereka, kami berkenalan. Rupa-rupanya, sekolah mereka sedang membuat program tahfiz. Kemudian, kami mula membuat gajet. Fatimah dan Zalilah pergi cari buluh. Kami buat rak kasut dan pintu gerbang dulu. Bila buluh dah sampai, kami gunakannya untuk membuat tripod. Tapi sebelum itu, kami lap dulu buluh tu...takut terkena miangnya.

Pada pukul 2:30 petang, kami, SMI, dipanggil untuk berkumpul di tapak utama. Tengok sekolah lain, semua pakai baju seragam. Sekolah kita je yang pakai baju warna-warni. Kemudian, para staf dan sarjan diasingkan. Manakala yang selebihnya diarahkan untuk keluar baris. Kami disuruh cabut topi. Ingatkan nak buat apa, rupanya, nak check rambut banin. Banin yang berambut panjang disuruh keluar. Kemudian, kami, para staf dan sarjan diasingkan, siapa yang masuk pertandingan BaSeD dan sebaliknya. Mereka yang masuk BaSeD perlu melakukan pergerakan seperti yang diarahkan seperti Patern 1, tendang sisi, tendang layang, Patern 2 dll dan dipantau oleh Tuan Azrul. Mereka yang melakukan kesilapan akan direject. Ana kena reject masa buat tendang layang kaki kiri dalam Patern 1. Maklumlah tak biasa guna anggota kiri untuk BaSeD. Mereka yang terpilih akan melakukan persembahan pada majlis perasmian esok.

Selepas itu, ana jumpa Kak Najihah dan Robiatul. Diorang kena berkawat esok dan dilatih oleh Tuan Saiful dan Tuan Rosfazlin. Dalam perjalanan pulang ke pangkalan, Kak Najihah tengok belakang, ada 3 orang pelajar SMIAAK yang kena reject; Marsha, Kak Ainin dan Kak Mashitah. Balik khemah, siapkan kerja yang patut disiapkan. Kak Solihah pergi letak bahan pameran. Tanya Robiatul, macam mana boleh terpilih. Katanya, tuan pilih semua staf sarjan, yang sarjan, tuan pilih yang sama tinggi. Lepas tu, diorang kena pakai tudung hijau labuh. Nasib baik ada orang bawa, bolehlah mereka berdua pinjam. Kak Husna pun tolong tebuk lubang untuk apulet.

Pada pukul 4:00 petang, kami dipanggil untuk membuat latihan untuk perasmian esok. Dalam perjalanan ke dewan utama, nampak budak SRI mandi sungai dgn muallimah mereka dan muallimah KITA!! Bestnya tengok diorang mandi. Dah berbaris pun masih tak dimulakan latihan, rupa-rupanya, SRI pun turut dipanggil. Hah? Katanya berkumpul pukul 5:00 petang untuk raptai perasmian. SRI kami memang datang lambat sikit lah sebab tengah mandi sungai tetiba kena panggil. Kami berbaris tepi SMIHira' Jeram dan Sekolah ADNI. Memang kami diarahkan untuk berdiri tegak. Tapi kami ni...biasalah...selamba je main sana main sini..goyang-goyang. Huh, Robiatul kena berdiri nun di depan sana. Mereka yang terpilih berlatih sampai pukul 6:30 petang.

Pada malam harinya, kami mendengar taklimat bersama tokoh, Dr. Hatta. Best dengar ucapannya tapi tak selesa duduk sebab tak bawa ground sheet. Balik khemah, ana ditugaskan untuk membuat jadual hirosah untuk khemah ana. Mereka yang akan membuat persembahan esok, tidak perlu hirosah untuk malam ini. Kemudian, ana, Mardhiyyah, Robiatul dan Kak Ain menyiapkan tandas kering (replika kecil). Jadi macam kotak tisu pula. Tiba-tiba, HQ panggil peserta yang masuk BaSeD dan kawat. Lebih kurang pukul 12:00 lebih, baru kami tidur. Ana hirosah bersama Auni pada pukul 4:00 pagi hingga 5:00 pagi. Target tak naklah bangun awal sangat. Bangun pukul 5:00 pagi dahlah.

22 Disember 2009, SelasaPukul 4:00 pagi, ana dan Auni dikejut oleh Mardhiyyah untuk hirosah. Auni cepat-cepat pergi mandi, takut ramai orang. Jadi, ana pun duduk sorang-sorang. Bila dah pukul 5:00 pagi, kejut diorang. Ada juga yang liat nak bangun, dah pukul 5:15 pagi baru nak bangun. "Sekarang, kan tandas dah penuh, tadi tak nak bangun." Muallimah Hayati beritahu kepada kami beberapa perkara yang patut kami tahu. Pertandingan BaSeD katanya tak boleh lebih atau kurang daripada 10 minit. Pendek cerita, sebab tandas ramai orang, muallimah pun suruh semua mandi atau gosok gigi dll dekat sungai.

Pergi solat Subuh dengan baju no.4. Menyeksakan. Makan pukul 6:30 pagi. Pukul 7:00 pagi dah kena berkumpul di dewan utama. Kak Mashitah pegang bendera. Manakala Auni pegang sepanduk. Mula-mula kena berlatih nyanyi dulu. Masih bergerak-gerak, cuma hari ini control sikit. Gerak tangan je. Tetamu kita datang dari Indonesia dan Thailand. Buat latihan yang terakhir. Bila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi datang, majlis terus dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan KRS. Kemudian, doa dibaca oleh 'Sarjan Munzir' katanya. Kenapalah tak sebut nama sekolah sekali..hehehe. Bila time nak up untuk baca doa atau ikrar, pasukan Brass ATM akan ketuk 'drum'nya. Masa dia ketuk benda tu, semua orang macam 'settok' (tersentak/terkejut). Semua naik serentak. Lawa tapi kelakar tengok. Kemudian, kenalah dengan ucapan. Ni yang lemah semangat ni..hehehe.

Kemudian, ada pertunjukan pancaragam Brass ATM. Wah, first time tengok depan mata. Selepas itu, perasmian dan pemasyhuran KRS Musleh, kena potong riben. So, baner tu terbuka dan sepatutnya belon tu pun naik dengan baner. Tapi tak naik-naik. Kami di belakang ni pun tersenyum. Tetiba, TMPM tu kena balik sebab ada sidang dewan parlimen negara. Beliau pun mula pergi ke sekolah-sekolah, bersalaman dengan banin yang duduk barisan hadapan. Masa tu, ada pulak wartawan tangkap gambar. Tuan Azrul pun suruh seorang banat berdiri di depan bagi setiap sekolah. Untuk SMIAAK banat, diorang suruh ana pergi. So, terpaksalah pergi diri kat depan tu, tabik TMPM. Mula-mula 'ketor' lutut. Dari jauh, dengar dia cakap dengan pelajar SMI sebelah sana, beliau asyik tanya sekolah lain, "Dari Terengganu ke?" Bila beliau sampai ke sini, ana pun tabiklah dia, beri salam. "Dari mana?" "Kemaman." "Owh, Terengganu?" "Ye."

Dapat rehat beberapa minit. Memang seronok dapat rehat, tapi susah nak duduk dengan seluar no.4 ni. Kemudian, majlis diteruskan dengan pertunjukan BaSeD. Wah, MANTOP... Kemudian, ada penyampaian cenderahati, nyanyi lagu tema (Perjuangan KRS MUSLEH), Jamuan VIP dan TAMAT akhirnya. Ada sesi ta'aruf daripada tuan-tuan dan puan-puan KRSMusleh. Ada beberapa orang yang ana dah kenal. Ada juga yang ana kenal muka tapi tak tahu nama. Yang ana kenal...

T. Abd Rahaim (dah jumpa banyak kali dah)
T. Shahrinizam (tuan yg lemah lembut)
T. Azrul (BaSeD, protokol, ada yg panggilnya paksu)
T. Soleh (sgt menitik beratkan hal kerohanian)
T. Harun (fasi ana masa kursus Staf, baik sgt)
T. Saiful (tuan along, kawat)
T. Zaini (kem komandan staf yg baik, x pernah marah kami)
T. Kamaruzaman (suka buat lawak)
T. Rofazlin (kawat, suka buat lawak)
T. Norkamarul Kalam (sentiasa tng)
Puan Madihah (selalu bersama M.Ainon masa PerNas)
Puan Rosiah (ceria)
Puan Fauziah (sentiasa tersenyum)
Puan Ainon (muallimah, pengetua kami)
Huh, ramai juga ye. Selesai sesi ta'aruf, balik ke pangkalan.

Semua berpakaian kemasMuka serius belaka kecuali sorang..Carilah..

Muallimah Ainon pun datang sekejap. Muallimah cerita pasal banin SMIAAK. "Budak-budak lelaki tu makan banyak pagi tadi, diorang masak nasi." Makan nasi pagi tadi? Kami makan roti je. Katanya, "Budak-budak tu buli Irfan, suruh Irfan ambil buluh. Alamak, adik dia ada kat sinilah. Tapi muallimah kagum dia pandai ambil buluh."

Bersama Tuan Azrul
Tuan Saiful

Puan Rosiah & Puan Fauziah

Ada beberapa orang tuan dan puan datang ke pangkalan kami. Kami jamu mereka dengan jemput-jemput dan air kotak soya. Tiba-tiba, Kak Solihah cakap, dalam kasut dia ada emas putih. Katanya datang daripada sungai. Mula-mula ramai tak percaya. Kak Humaira' pun kata, "Tu bukan emas putih lah, tu sisik ikan." Kemudian, ana dan Kak Humaira' pun pergi ke sungai, memang adalah emas putih. Jumpa dengan Laras dan Rori dekat sungai. Katanya, selepas PRINT'09, mereka mahu pergi tour. Makan angin.

Seterusnya, kami berdua pergi ke khemah pelajar Indonesia sekejap. Berkenalan. Yang ana ingat namanya, Yana, Adriana. Jadi 'artis' sekejap. Tak putus-putus, mereka tangkap gambar kami. Mereka pun tanya Genting Highland tu tempat apa, KLCC pulak macam mana. Macam-macam soalan mereka. Kami pun minta biodata mereka. Ramai yang umur 13 tahun. Selepas solat Zohor dan Asar, kami berlatih BaSeD. Begitu juga dengan mereka yang masuk pertandingan nasyid. Manakala 3 orang lagi, masuk pertandingan obsrace; Mardhiyyah, Kak Najihah dan Kak Amirah. Tengah berlatih, nampak Muallimah Hayati dari jauh masuk sungai. Haih, muallimah, muallimah, memang suka main air. Dah habis berlatih, ana, Kak Humaira' dan Marsha pergi beli air. Beli air oren dan air sirap limau. Mula-mula, Kak Humaira' tanya dia, ni air apa? Jawabnya, "Meren, merah campur oren." Kami bertiga fikir, macam mereng saja bunyinya.

Dah beli air, Kak Humaira' pun kata, "Kan best kalau kita minum sambil rendam kaki dalam sungai." Jadi, kami pun pergilah sungai. Mula-mula, kami rendam kaki sambil tengok diorang main air. Bestnya... Lepas dah habis minum air, Kak Humaira' pun kata, Marsha ajak mandi sungai. So, ana pinjam baju Kak Najihah yang diguna untuk mandi pagi tadi dan tudung Kak Ain. Sebaik sahaja kami mahu mandi, mereka dah naik kecuali Muallimah Hayati (mana boleh main sekejap je), Zalilah dan Fatimah. Pukul 5:30 petang, baru kami naik. Kami mandi lebih kurang sejam.

Balik tapak perkhemahan, ada beberapa orang pelajar Indonesia datang ke khemah kami. Berkenalan. Kemudian, tanya diorang, boleh tak cakap bahasa Melayu? Jawabnya, boleh. "Buktikan," kata Kak Humaira'. "Nama saya Adriana." Kak Humaira' beritahulah mereka yang dia ada keturunan jawa. "Buktikan." Dia pun bertuturlah dalam bahasa jawa. Ana fahamlah apa yang dia cakap sebab ana pun keturunan jawa. Mereka pun tanya, "Di mana mau dapatkan ini.." "Dapatkan apa?" "Ini..yang diisi dalam mobil. (sambil menunjuk ke arah handphone)." Kami teka macam-maca. Sekali Kak Sarah kata, "Owh, minyak kereta!" Semua orang gelak. Last sekali, ada orang sebut, "Top up." Kami pun beritahulah "Itu kredit." Siapa entah jawab, "Kamu jumpa sama wanita yang cantik tadi, Buk Ainon, kamu boleh tanya padanya." Keputusan obsrace; kumpulan Mardhiyyah johan, kumpulan Kak Amirah, tempat ketiga dan kumpulan Kak Najihah, tempat kedua.

Seusai menunaikan solat Maghrib dan Isya', ana, Kak Humaira' dan Marsha tengok adik-adik SRIAAK berlatih BaSeD. Mana-mana pergerakan yang salah, kami betulkan. Ana (menyerang) dan Kak Humaira' (menanti) buat demo untuk elak guna, kedudukan kaki, tangan. Bila kena serang, ana jatuhlah. Tiba-tiba, diorang tanya, macam mana cara nak jatuh bagi nampak macam real? Senyum je lah. Kami semua dipanggil untuk masuk ke dalam dewan pada pukul 8:30 malam. Akhirnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan, pertandingan nasyid. Pelajar Pramuka, Indonesia buat 3 persembahan untuk kami. Memang pandai menari, tapi, nyanyian mereka susah untuk difahami kerana mereka menggunakan tarian sumatera dll, jadi, nyanyi bukan guna bahasa Indonesia yang biasa kita dengar. Sekolah Menengah Al-Islah Sungai Petani, Kedah, sedap. Kak Atie dan Kak Solihah semangat nyanyi. Kak Humaira' kata, "Dia buat macam konsert dia pulak." Banat tengok persembahan banat.

Kak Soli semangat

Hidup adalah
tentang sebuah pilihan
yang nanti akan kau jalani
dan kau tunjukkan hasilnya

Jalan jihad disusuri
dalam jiwa yang perlu dihayati
tarbiyyah diserap, diteladani
menjadi panduan
hidup insani

Berkembangnya Islam dahulu,
bukan sekadar diam menunggu
setiap masa sedia penjuru

Cita syahid terus dituju
dalam cinta yang dipandu
tiada yang lain hanya kerana yang satu

Ayuh sahabat
bangkitlah teman,
jiwa tadhiyyah harus disemat
demi Islam 3x di masa hadapan
demi Islam 3x di masa hadapan

Banin tengok persembahan banin. Dalam masa yang sama, banin...

Balik tapak perkhemahan, kami, peserta BaSeD, membuat latihan. Manakala, yang lain-lain, ada yang buat gajet, ada yang melihat kami membuat latihan dan ada juga yang tolong kami berlatih. Tengah berlatih tu, Kak Humaira' cedera kat bahagian bahu. Malam ni, ana tak hirosah. Balik, tidur.

To be continue.....

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

3 Comments
Comments

3 responses:

  1. Salam...
    so sorry coz now only i write a comment here..
    nice story, new experience wif outside people :)

    oo..camp 2 kat 'D wood' ye??
    myself dl kat 'D Rock',
    juz nearby..
    d wood 2 kaw lg bsar kn??

    fr d writing above,
    sounded u were really njoying d camp..
    gud la thn..worth 4 spending ur time there..

    hopefully,
    wateva knowledge a.k.a ilmu u ve gotten thr
    ll b use wisely 4 now n then ya dr..

    ReplyDelete
  2. Syaza,
    ur 'cerita' made me miss my colleagues sooo badly... :(
    v had thse kinda xperiences 2 whn v were in campus..
    wif all kinda xtvties made us more close,
    matured in life.. ;0
    it ll b a part n partial of ur gud memories later on.. :)

    bestnyeee...jeless tau..hukhuk..

    ReplyDelete
  3. banin yg buat persembahan tu sklh mane? batch mane?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: PRINT'09
Design by a.a.ghariib