- Izzat
- Marsha
- ana
- Mujahid
- Wafaa'
- Mardhiyyah
- Auni
- Izyan
- Hanifuddin
- Khadijah
Ana: Marsha, jom kita potong budak ni nanti.
Marsha: ^_^
Begini kisahnya...
Pada waktu PSI, kami belajar mengenai dalil berdasarkan sunnah. Tapi, ada golongan yang anti-hadis yang hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata. Ana teringat kisah ini yang pernah didengari daripada kaset dan abang ana pernah menulisnya pada blognya.
Ana: Abang Irfan, boleh tak nak copy dari blog awak pasal Anti-Hadis?
M I: (fikir. tgh mkn sbnrnya.) Bagi taulah sumber dari mana.
Ana: Ye, memanglah.
M I: Ok.
Ana: Terima Kasih. ^-^
* * * * *
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Satu kisah pengalaman yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Dalam satu kursus, Ustaz ini diajukan soalan oleh seorang wanita.
"Assalamualaikum Ustaz."
"Waalaikumussalam."
"Ustaz, saya solat senang saja Ustaz!"
"Macam mana tu?"
"Saya solat, menghadap kiblat, kemudian rukuk, lepas tu sujud. Habis."
"Habis tu baca apa?"
"Tak payah baca apa-apa. Lepas tu, saya solat tiga waktu je Ustaz."
"Masya-Allah, mana sah solat begitu?"
"Saya ikut Quran Ustaz. Dalam Quran kata, solat menghadap kiblat, rukuk dan sujud sahaja. Tiga waktu je yang Quran sebut. Mana ada Quran suruh baca apa-apa dalam solat."
"La ilaha illallah, kita kena ikut hadith sekali, macam mana Rasulullah buat!"
"Hadith kan susah kita nak tahu sahih tak sahih Ustaz, kalau kita pegang dengan Quran cukuplah Ustaz, Quran tu kan kalamullah, cukuplah al-Quran sahaja. Kita nak beramal kena ada dalil sahih."
Tahulah Ustaz itu dia sedang bercakap dengan salah seorang golongan anti-Hadith. Panjang juga Ustaz itu terdiam.
"Okeylah, Cik, beginilah."
"Apa dia Ustaz?"
"Bila Cik meninggal nanti, Cik minta, jenazah Cik, tak payah diurus, tak payah disolat, tak payah dikebumi. Sebab mana ada ayat Quran cerita cara urus mayat."
Ustaz itu tersenyum puas melihat ekspresi hamba Allah yang bertanya itu.
Penulis sudah lama mendengar tentang golongan anti-Hadith ini sejak sekian lama, tapi baru-baru ini penulis terjumpa sebuah buku yang ayah penulis dapatkan dari sahabatnya. Rupa-rupanya buku yang diguna golongan anti-Hadith. Nampak macam ilmiah, dengan hujahnya, disokong dengan kajiannya, dengan teori yang bukan calang-calang, Bahasa Inggeris lagi, tetapi bila ia menyokong idea yang batil, maka batillah ia.
Risau penulis memikirkan masyarakat kita yang cetek pengetahuan agama. Sedang tujuan hidup di muka Bumi pun ramai tak tahu, inikan pula disua dengan hujah-hujah yang nampak macam bijak padahal memperbodohkan.
Okey, cuba fikirkan. Tahukah anda, yang Bulan tercipta dari keju? Apa? Tak mungkin? Apa bukti anda kata yang Bulan itu tidak diperbuat daripada keju? Ada bukti saintifik? Apa? Manusia pernah ke Bulan? Semua orang tahu misi Apollo tu penipuan Amerika Syarikat. Mereka sembunyikan fakta ini agar pengetahuan sains yang mereka percaya selama ini tidak diperbodohkan. Ia satu konspirasi. Malah, perbandingan foto menunjukkan persamaan menakjubkan antara keju yang berlubang-lubang dengan permukaan Bulan. Jumlah albedo (tahap pemantulan cahaya) juga sama, iaitu 0.39, membuktikan yang Bulan itu terdiri daripada keju Parmesan. Warna keputihan itu pula akibat terdedah dalam suasana vakum selama berbillion tahun.
Nah, anda faham? Jika anda jahil, rasa-rasanya hujah di atas meyakinkan tidak? Mungkin anda akan mengatakan mungkin juga Bulan itu terdiri daripada keju. Ini satu perenggan. Jika sebuah buku?
Itulah serangan pemikiran.
Berbalik kepada soal anti-Hadith di atas, jika Hadith tidak dijadikan sumber panduan, apa gunanya Rasulullah diutuskan?
Apa gunanya Imam Bukhari mengumpul hadith, di mana sebelum hadith itu diiktirafnya sebagai hadith sahih mutawatir,
beliau memastikan hadith itu diriwayatkan sekurang-kurangnya 3 orang sahabat,
diriwayatkan dari setiap sahabat, sekurang-kurangnya perlu 3 orang tabi'in setiap sahabat,
yang mana para tabi'in ini tidak saling bertemu antara satu sama lain,
dan dari setiap tabi'in perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang tabi' tabi'in yang meriwayatkannya,
di mana kesemua 39 orang yang disebutkan (sahabat, tabi'in, tabi'tabi'in) semuanya boleh dipercayai, tidak pernah berbohong dalam meriwayatkan hadith.
Perbuatan dalam solat juga disebut dalam hadith, seperti mana yang dilakukan Rasul SAW, disaksikan oleh para sahabat, dan direkodkan dalam puluhan, bahkan ratusan hadith secara terperinci. Tetapi hal ini dipertikai mereka yang jahil tanpa bukti. Maka jauhlah mereka daripada cara rasul SAW. Kalau mereka kata hadith-hadith tak boleh dipercayai, habis Rasul SAW solat macam mana? 3 waktu sehari? Rukuk sujud sahaja?
Kalau tidak, adakah mereka mendakwa diri mereka lebih betul daripada Rasul SAW?
Inilah hakikat ramai dalam masyarakat kita yang masih cetek ilmu agama tetapi apabila mendengar idea baru yang sensasi, terus mengikut tanpa ilmu atau dalil yang benar. Kemudian merasakan diri mereka benar dan orang lain salah. Pada hal niat sebenar ialah mengikut nafsu dan mencari jalan pintas.
Kalau tidak masakan dakwaan sekarut 'Rasul Melayu' dan 'Kerajaan Langit Ayah Pin' menjadi ikutan ribuan mereka yang mengaku Islam?
Penipuan yang bodoh, jerat yang bodoh, akan menjerat pelanduk yang bodoh. Yang terang lagi bersuluh akan dilanggar oleh yang buta. Itulah sunnatullah.
Maka siapakah yang akan mengambil tanggungjawab mencelikkan ribuan zombi yang buta ini? Sedang yang celik sibuk berbalah mangga atau mempelam, telur atau ayam dulu, maka yang buta terus-menerus ditimpa satu-demi satu kecelakaan sambil meraba-raba.
"Sesungguhnya telah Allah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika mana Dia membangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan menyucikan (jiwa) mereka dan mengajar mereka (mengenai) kitab dan hikmah, sedangkan sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata." (Quran, ali-Imran, 3:164)

sumber: Muhammad I Ghariib
.19.rejab.1431h.
Semoga beroleh manfaat^^
Ahaha.. copy paste 1-1.. Ingatkan nak buat ulasan sendiri.. ^^ anyway keep up the good work. Camne ya enti boleh hafaz dialog ye?
ReplyDelete@Muhammad
ReplyDeleteKan ana dah kata, nak copy..:p
Lagipun x smpt nk buat ulasan sendiri..
mcm tu lah ana, ssh nk lupa apa yg berlaku pd diri ini..