Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Tangan Siapa Lebih Panjang?

Beberapa hari sebelum wafat, Rasulullah s.a.w. menunjukkan tanda-tanda khusus yang belum pernah disaksikan para sahabatnya. Nabi, misalnya, sering berbicara tentang keindahan syurga. Begitu menakjubkan keindahan itu, seolah-seolah saat itu beliau benar-benar menyaksikannya secara langsung. Suatu ketika, sambil bercerita, beliau mengulurkan tangannya seperti hendak mengambil sesuatu, tapi kemudian ditariknya lagi. Para sahabat yang menyaksikannya berasa hairan dan bertanya kepada beliau. ''Aku melihat syurga, dan aku menjangkau setangkai anggur,'' jawab Nabi. ''Jika aku mengambilnya, kalian baru dapat menghabiskannya selama umur bumi ini.''

Pada suatu hari para isteri Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada baginda, siapakah antara mereka yang akan dimatikan oleh Allah seiring dengan kewafatan baginda.

Rasulullah s.a.w. telah memberitahu Ummahatul Mukminin itu, bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring kewafatan baginda ialah dia yang 'panjang tangannya', dialah yang cepat menemui Rasulullah s.a.w.

Sebaik sahaja mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu, mereka pun bergilir-gilir mengukur tangan-tangan mereka, siapakah antara mereka yang paling panjang. Lalu mereka mendapati tangan Saudah yang paling panjang.

Tetai selepas beberapa ketika Rasulullah s.a.w. wafat, ternyata yang segera menyusul ke rahmatullah bukan Saudah. Sebaliknya Zainab yang lebih dulu menyusul baginda. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan tangan panjang oleh Rasulullah s.a.w.?

Isteri baginda yang bernama Zainab itu mengikut riwayatnya mempunyai perusahaan sendiri. Beliau pengusaha dan peniaga kulit-kulit binatang. Kulit-kulit tersebut disamak atau direndam dengan bahan-bahan tertentu terlebih dahulu, bagi menghilangkan baunya. Kemudian dijemur dan setelah itu dijual. Perniagaannya sangat maju kerana penggunaan kulit ketika itu sangat meluas.

Oleh itu, beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian suaminya. Justeru, Zainab menggunakan sebahagian besar keuntungannya untuk bersedekah. Maka terkenallah di kalangan isteri Rasulullah s.a.w. yang banyak menghulurkan bantuan ialah Zainab.

Dengan itu fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa yang dimaksudkan panjang tangan itu bukan ukuran fizikal. Sebaliknya membawa pegertian tangan yang banyak menderma, memanjangkan usaha membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan beban orang lain.

''Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya); dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa.''

Dalam Qabasat minar-rasul, Muhammad Quthb mengutip hadis yang dirawikan Ibnu Hiban dan Baihaqi, ''Setiap matahari terbit, pada diri seorang anak Adam ada sedekah. Pintu kebaikan sungguh banyak,'' tutur Rasulullah. "Mengucap takbir, tasbih, tahmid, tahlil, berbuat amar ma'ruf nahi munkar, menyingkirkan duri di jalan, memberi tahu orang tuli, menuntun orang buta, menunjukkan jalan orang tersesat, menolong orang yang butuh bantuan, dan membantu orang lemah sudah bisa dikategorikan sebagai sedekah. ''Semua adalah sedekah darimu untuk dirimu,'' kata Nabi. Bahkan, senyum kepada orang lain pun termasuk sedekah. Hanya dengan tangan yang panjang itulah manusia mampu membangun peradaban. Tak ada peradaban bisa didirikan di atas kejahatan.
*Kalau bahasa Melayu, panjang tangan maksudnya pencuri.

Ps. post yang ke-300.

.20.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Tangan Siapa Lebih Panjang?
Design by a.a.ghariib