Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Andai Rasulullah Bersama Kita....

Sumber: ummuhusna99.blogspot.com

Wanita itu menangis. Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.

Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.



Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.

Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk: Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.

Bersama-sama kita!


BUKAN JEMU

Hampir sebulan lamanya saya tidak menulis artikel berkait aurat wanita setelah entri terakhir mengenainya yang bertajuk: Di sebalik cebisan kain itu. Bukan sudah jemu untuk saling mengingatkan, jauh sekali dari rasa bimbang akan menerima emel berisi kata-kata menusuk hati seperti sebelum ini, tetapi demi menghormati pandangan suami agar saya tidak terlalu mengasak minda pembaca dengan tajuk yang sememangnya menghadirkan kontroversi bila diperkata.

Namun, dari sehari ke sehari, saya melihat perkembangan fesyen busana Muslimah hari ini terutama pada cara dan gaya bertudung, kian menjarak dari sempadan Islam dan syari’atnya.

Memandang dari ilmu yang sedikit ini, saya merasakan fesyen dan gaya bertudung yang muncul dan menjadi pilihan ramai muslimah hari ini, tidak begitu menepati ciri-ciri menutup aurat yang telah digariskan agama. Rata-rata trend bertudung yang dikenakan, sekadar menutup kepala, tetapi mendedahkan bahagian dada, bahkan membuka leher hinggakan terdapat juga fesyen yang hanya menutup sebahagian rambut di kepala sahaja seperti gaya bertudung (menutup kepala) yang diperagakan oleh selebriti dan artis terkenal di Malaysia.

Ditambah pula dengan penjenamaan style bertudung yang menonjolkan elemen ‘glamour’ Timur Tengah seperti tudung Dubai dan Indie Syiria yang dipaparkan di dalam majalah-majalah berunsur Islam oleh model-model busana muslimah dan ‘cover girl’ majalah.

Sungguhpun, ia dikatakan kelihatan sopan, tetapi objektif menutup aurat sebagaimana yang digariskan Islam masih belum terlaksana. Ia tidak mencapai maksud untuk melindungi aurat yang sepatutnya disembunyikan dari pandangan umum, terutama mata jejaka.


ZON KELABU
Kerana itu, saban waktu saya mengulang tatap dan menonton rancangan yang bertemakan cinta kepada Nabi SAW ini, persoalan tentang aurat ini turut berlegar-legar di dalam jiwa. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu ketenangan minda, lalu mendorong saya untuk kesekian kalinya berbicara mengenainya.

Sungguh menyedihkan, apabila majalah-majalah yang mengangkat nilai Islam pada hari ini mengenengahkan gaya penutupan aurat berlabelkan ‘busana‘ muslimah, menjadikan ramai wanita Islam, terutama para remajanya menyangka penampilan sebegitu sudah menepati kehendak penutupan aurat yang sempurna.

Di antaranya ialah seperti contoh di bawah:


Saya teringat kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

An-Nu'man bin Basyir berkata : ‘Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, itu adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tanpa sedar, industri fesyen yang tumbuh bak cendawan selepas hujan pada hari ini sudah banyak melangkaui zon putih yang dibenarkan agama dan berada di dalam zon kelabu yang samar-samar kehalalannya sehingga jika diamati dari kacamata iman dan ilmu, ia lebih menjurus kepada tidak boleh (haram), sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di atas.


KATA TAK DIKOTA
Berapa ramai umat baginda dari kalangan wanita yang memperkatakan tentang kasih dan cinta kepada Rasul SAW, tetapi penghayatan terhadap apa yang dibawa tidak nyata terserlah. Bagai tidak diambil kesah.

Sewajarnya kita memahami, bahawa cinta Nabi SAW bukan sesuatu yang berupa kecenderungan pada ketika-ketika khusus semata-mata, seperti ketika merayakan kelahiran baginda, sewaktu tiba bulan Ramadan yang mulia, atau saat dihujani dengan peringatan-peringatan di dalam majlis ilmu.

Akan tetapi, cinta itu haruslah benar-benar murni dari lubuk hati dan sentiasa terpatri kukuh di dalam jiwa seorang yang beriman kerana dengan cinta itulah hati menjadi hidup, menatijahkan amal soleh dan seterusnya menjadi benteng yang menahan dirinya dari kejahatan dan dosa.

Sepanjang masa, walau di mana pun jua.

Justeru itu, untuk mengekspresikan cinta kepada Rasulullah SAW, kita tidak boleh melakukannya mengikut selera dan hawa nafsu, beralasankan suasana, trend semasa yang mendominasi, atau bimbangkan tanggapan manusia sekeliling, tanpa terlebih dahulu memperdulikan syari'at agama. Ketika itu, jika nafsu yang lebih diutamakan, andai saranan manusia yang menjadi perhatian, maka bukan pahala yang bakal kita terima, tetapi hanya menuai dosa.

Seolah berdusta, apa yang dikata, tidak dikota. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih)


JALAN SELAMAT
Justeru itu pada saya, demi menzahirkan kepatuhan kepada junjungan mulia, juga untuk menjamin pakaian dan tudung yang tersarung ditubuh adalah patuh syari’ah ketika berada di luar rumah ialah dengan terus bertahan memakai fesyen yang ramai orang sekarang melabelkannya sebagai ketinggalan zaman iaitu bertudung labuh seperti contoh di bawah ini:

Tudung-tudung ini boleh disuaipadan bersama baju kurung, jubah, abaya, blouse labuh dan skirt panjang, t-shirt labuh dengan seluar yang longgar dan seumpamanya, asal sahaja syarat-syarat yang digariskan oleh Islam sudah ada, iaitu tidak jarang, tidak ketat, labuh baju yang melepasi bahagian punggung dan peha bersama tudung yang labuh melepasi bahu dan dada.


Juga satu perkara yang tidak kurang pentingnya, setiap muslimah mesti ‘mengenali’ batang tubuhnya sendiri agar pakaian yang dikenakan itu dapat memainkan peranannya, menutup dan melindungi bentuk tubuh.

Saya meneliti bahawa tudung segera yang banyak terjual hari ini, jika pemakainya bertubuh kecil dan sederhana, ia tidak mengapa, akan tetapi jika dikenakan ke tubuh yang agak besar dan gempal, ia kelihatan tidak sesuai. Walaupun labuhnya sudah menutupi dada, tetapi dek material yang agak melekat pada tubuh, ia masih tidak mampu menutupi ‘bentuk’ yang tersembunyi di sebaliknya.

Perhatikan gambar-gambar di bawah ini. Adakah pakaian kita termasuk di dalamnya?


Kerana itu, pada saya, penjelasan yang tepat tetapi sederhana adalah seperti contoh di bawah ini:


Mungkin, kata-kata Sayyidatina Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah ini dapat menjadi renungan bersama:

"Seandainya Rasulullah SAW sempat menemui apa yang diada‑adakan oleh para wanita (saat ini) nescaya beliau akan melarang mereka sebagaimana dilarangnya wanita‑wanita Bani Israil." (Hadis riwayat Bukhari hadis 869 dan dikeluarkan juga oleh Muslim 445)

Larangan yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a. ini merujuk kepada keharusan yang diberikan baginda Rasul kepada kaum wanita untuk solat berjamaah di masjid.

Di dalam riwayat Muslim, ada menukilkan : Salah seorang rawi bertanya kepada Amrah binti Abdirrahman (murid Aisyah r.a. yang meriwayatkan hadis ini darinya) : "Apakah para wanita Bani Israil dilarang ke masjid?" Amrah menjawab : "Ya, adapun hal‑hal baru yang diperbuat para wanita Bani Israil di antaranya memakai wangi‑wangian, berhias, tabarruj, ikhtilat, dan kerosakan‑kerosakan lainnya."

Insafilah juga, bahawa pakaian sunnah yang diperagakan oleh muslimat mukminat ketika hayat Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan kerana mereka mendapat didikan, tarbiyyah, teguran serta perakuan secara langsung dari baginda junjungan. Maka, tidak hairanlah, jika muslimat mukminat ketika itu menjadi suri tauladan yang unggul sepanjang zaman.

ANDAI RASULULLAH SAW BERSAMA KITA…
Akhirnya, andai benar Rasulullah SAW bersama kita, adakah baginda akan tersenyum senang melihat gaya berpakaian yang tersarung di tubuh kita saat ini.

Atau….

Adakah baginda hanya mendiamkan diri dengan wajah diselubungi duka, lantas berpaling dan berlalu pergi meninggalkan kita…

Kerana itu pada saya, apa yang boleh diusahakan sekarang ini adalah, kepada mereka yang punya kesedaran ini, mainkan peranan anda walau siapa dan di mana anda berada untuk menyampaikan kebenaran ini. Ikhtiarkan walau sedikit, walau sekadar hanya mampu menunjukkan contoh melalui pakaian yang tersarung di tubuh sendiri, dan sudah pastinya diseiringkan pula dengan akhlak dan peribadi seorang Muslimah yang sebenarnya.

Jika benar kita menyintai Nabi SAW, mari kita buktikan bahawa rasa cinta kepada baginda SAW adalah cinta yang bukan didahului hawa nafsu. Akan tetapi, ia demi mentaati perintah agama beriring keyakinan bahawa rasa cinta kepada baginda ini akan membuahkan cinta kepada Yang Maha Esa sebagaimana firman-NYA yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar-benar) menyintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH menyintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali ‘Imran ayat 31)

Menyintai dan mengasihi baginda SAW mampu menjadi asbab untuk meraih hidayah dan petunjuk-NYA. Mengasihinya juga boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka, dengan izin-NYA.

Benarlah, baginda merupakan rahmat terbesar yang dikurniakan ALLAH SWT kepada alam semesta. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam.” (Surah Al-Anbiya ayat 107)


Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-19-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

4N~Nasaie Night Never Niggle II

Genaplah seminggu, program 4N II ini telah berlangsung. Objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru, muhasabah diri dan beribadah.

9 Ogos 2010, Isnin
Program ini bermula pada petang harinya. Pada jam 2.10 petang, yakni waktu permainan, kami bermain bersama guru. Banin bermain bersama muallim. Banat main beberapa acara sukaneka bersama muallimah. Sementara menunggu muallimah-muallimah lain turun, kami main 'pepsi cola' bersama Muallimah Ain. Setelah semua muallimah turun, kecuali muallimah Syu; ada kelas, muallimah Zuliana dan muallimah Fatimah; tak datang sekolah sebab periksa, kami bermain lontaran kasih, kaki tiga dan pecahkan belon guna badan.

Lontaran kasih itu, satu group, 3 orang, 2 pelajar dan seorang muallimah. Muallimah diri dekat tengah. Kemudian baling belon yang diisi dengan air. Habis satu pusingan, setiap pelajar kena berundur selangkah dan makin lama makin jauh. Auni baling belon ke muallimah Hayati, kemudian pecah. Muallimah pun jerit dekat situ, hehehe "Habislah, baju muallimah basah!!!" Kalau tak salah ana, muallimah Rosmawati menang. Kaki tiga, main berpasangan, ikat kaki. Pemenangnya, muallimah Zikhaini dan Iera, kedua, muallimah An dan Aqilah.

Pecahkan belon guna badan adalah permainan bonus. Pun berpasangan. Masa yang diberi untuk meniup belon hanyalah beberapa saat sahaja. Kemudian pecahkan belon yang telah ditiup dengan menggunakan belakang badan. Pemenangnya, muallimah Rosmawati dan Auni, kedua, muallimah Ain dan Haziqah dan ketiga, muallimah Ainon bersama Hazirah. Kemudian, kami sediakan air oren sejuk untuk muallimah-muallimah dan naik ke kelas, belajar add math.

Selepas solat Asar, kami bergegas bersiap untuk ke pantai. Di pantai, slot kali ini diisi oleh Akh Munzir. Kami disuruh menulis di atas sehelai kertas A4 berkenaan kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. Kemudian, kami diberi beberapa situasi tentang kelakuan anak murid kita seandainya kita merupakan seorang murabbi, pendidik. Dan kami perlu menulis pada setiap situasi tersebut, apa perasaan kita sebagai seorang guru apabila diperlakukan sebegitu dan apa tindakan kita. Sesiapa yang berkongsi tentang perasaan dan tindakan mereka terhadap pelajar tersebut akan mendapat kuih. Macam-macam jawapan. Guru prihatin, berbaik sangka (mata juling), surat ANA JANJI dll.^^ Balik sekolah agak lewat daripada masa sebenar.

Sampai sekolah, terus makan malam. Muallimah An dan Kak Afifah masuk kumpulan ana. Selagi semua tak sudah makan, tak boleh bangun (peraturan muallimah An). Cakap pasal MPP. Solat Maghrib dan bergegas ke bilik kuliah sebab diorang kata ustaz dah datang. Masuk-masuk dalam bilik kuliah, ustaz tak ada lagi, banin pun tak ada lagi. Majoriti banat tak sempat mandi lagi. Disebabkan kepanasan, ada banat yang mencadangkan untuk duduk di bahagian yang biasa diduduki oleh banin sebab dekat dengan air-cond. Tapi, ana dan kumpulan usrah ana membantah sebab dah pernah merasa duduk di sebelah sana.

Marsha: Syaza, jom pasang microphone.
Ana: Jom.

Sememangnya kami berdua suka pasang memasang benda-benda seperti ini. Kali ini, Mardhiyyah pun ikut pasang. Banin pun masuk setelah ustaz masuk. Kuliah pada kali ini membincangkan tentang Ramadhan. Seusai kuliah ini, banat bergegas kendiri. Solat Isya'.

Slot seterusnya ialah Kami Sayang Murabbi yang turut diadakan di bilik kuliah. Mendengar luahan-luahan hati seorang guru dan harapan mereka kepada kami. Muallimah An menegaskan bahawa kita semua adalah sebuah keluarga. Kemudian, ada sedikit jamuan ringan untuk muallim dan muallimah.

M.An: Mus'ab, pergi iring guru-guru makan dekat bawah.
M.Nazmi: Mus'ab, suruh mak masak nasi.
M.Ainon: Ha, tu bapak.
M.An: Saya mementingkan kesempurnaan.

Slot berikutnya adalah One Drop. Slot ini merupakan slot muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah, Rasulullah, Ibu Bapa dan Murabbi. Dan program ini dikendalikan oleh 4 orang alumni. Kami juga dikehendaki menulis dosa-dosa kami, melukis titik-titik hitam pada 'hati' yang diberikan bagi setiap dosa, membakar lilin di atas tapak tangan dan yang paling penting, berdoa memohon keampunan dariNya. Akhirnya kami tidur dalam pukul 2:00 pagi. Cadangnya, nak bangun qiam pukul 4:30 pagi.

10 Ogos 2010, Selasa
Kringgg!!!!! Dah pukul 5:30 pagilah! Cepat-cepat bersiap, sempat lagi qiam beberapa minit. Subuh dan mathurat. Makanan pun sampai, bayar dan pergi buat air teh sekejap dengan Fatimah dan Izyan. Perhimpunan pagi ini kena jumpa dengan guru-guru dan minta maaf.

Skripnya begini :
"Ana sayang muallim/ah. Redhakan ilmu yang muallim/ah beri."

Sampai dekat muallim, 'Nak sebut sayang ke? Hentam sajalah.' Dekat ustaz Khair, ok je, ustaz angguk saja.

M.Nazmi: Huh, sayang?
Ana: Sebagai muallim. Jangan salah faham pulak.
M.Irfan: Jangan salah faham?
Ana: Dahlah.
Ust.Khair: (datang kat ana) Eh, nti panggil ni apa? (tunjuk ke arah abang ana).
Ana: Muallimlah. (misi dah habis)
M.Nazmi: Eh, maaflah gurau2 tu.
Ana: ^^.

Kemudian, ada sesi penyampaian hadiah untuk muallimah-muallimah yang telah memenangi permainan semalam. Dan cenderahati untuk semua guru.

M.Hayati: Guru yang basah tak dapat hadiah ke? cedera hati.
Kami: ^^

Akhir sekali, ada sesi bergambar di pentas seperti biasa. Seragam. Baju hijau belaka, KRS kan hari ini.

Petang harinya, waktu KRS, kena buat BaSeD. "Lah, BaSeD? Tadi kata kawat." Semua pakai seluar nombor 4 pula tu. Hmm, takpe lah.

Ana: Arahan kepada kumpulan...puan ke muallimah?
M.Rosma: Puan.
Ana: Arahan kepada kumpulan Puan Rosmawati sahaja...
M.Rosma: Puan Leftenan Muda.
Ana: Arahan kepada kumpulan Puan Leftenan Muda Rosmawati sahaja.....

Ulang balik asas pergerakan BaSeD level 2. Macam-macam gaya. Inilah kesan kalau BaSeD jarang dibuat. BaSeD adalah perkara utama dalam KRS Musleh. Kawat adalah perkara utama dalam KRS Malaysia. Kemudian, buat pattern level 1 dan 2. Siapa yang tahu level 2 tu, buatlah. Siapa yang tak tahu, bolehlah ikut sahaja buat masa ini sebab kesuntukan masa. Muallimah Rosmawati pun turut serta. Muallimah asyik tersenyum melihat telatah kami.^^ Kumpulan kami memang BEST bila buat BaSeD.

Akhir sekali, muallimah An datang. Suruh diorang ketuk ketampi 10 kali (Eden tak kena sebab duduk depan). Tapi nombor 9 dia punyalah banyak. Haziqah dah debar, takut kena tinggal bas. Tapi semua nampak happy. Bersurai.



Luahan pemimpin2 KRS.

"Sekolah kita dah tak ada kumpulan BaSeD dah kan! Dulu kalau ada apa-apa function, mesti kumpulan BaSeD buat persembahan. Tapi bila dah tak menang hari tu, terus tak ada kumpulan BaSeD."
"Macam manalah ya pelapis-pelapis KRS yang akan datang?"
"Macam manalah diorang ni, bila nak beratur mesti tak bersedia. Bila dapat arahan masih bergerak-gerak lagi. Dah panggil masuk baris, baru nak pakai beret, tergoyang-goyang lagi. Bilalah nak berubah. Kesannya masa nak naik pangkat atau ikut program-program KRS, pun buat perangai macam ni."

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-14-ramadhan-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Puding Karamel

Sudah lama rasanya tak memasak kuih atau puding. Dan sudah lama juga tak mencuba masakan baru (resepi baru). Agak sibuk tahun ini. Baru-baru ni, nak berbuka puasa, tanya Ibrahim, nak puding karamel ke, nak puding koktel? Ini, kali kedua ana buat puding karamel. Tapi resepinya berbeza dari yang pertama. Caranya mudah sekali.

Bahan-bahannya:
  1. 175 g susu sejat
  2. 80 g gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. 1 sudu teh tepung jagung
  6. sedikit parutan kulit limau dan jusnya
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam loyang, tutupkan bahagian atas loyang itu dengan foil aluminium dan kukus selama 20 hingga 40 minit.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-11-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Periksa n AbeGe


Assalamualaikum... Hari ini bermulanya peperiksaan OTI 3 bagi pelajar menengah atas. Doakan kami. Doakan kejayaan bersama. TAPI, jangan berdoa dan tawakal sahaja, harus ada USAHA. Walaupun begitu, sibuk baca buku untuk periksa, jangan dilupakan Al-Quran. Teruskan beristiqamah dengan tilawah Al-Quran sempena bulan Ramadhan ini.

Glitter text generator

Semalam, terjumpa lirik lagu AbeGe setelah lama mencarinya...hihihi..sejak PRINT'09. (Wow, lama tu.)



Album : Baru Gede
Munsyid : Justice Voice
http://liriknasyid.com

Kisah hidup seorang Anak Baru Gede,
cari identitas diri,
Nempuh jalan tiada tujuan,
(kebingungan),
Salah jalan ngikut kebarat-baratan,
Mode yang jadi pegangan,
Gaya ngetrend cari perhatian,
(orang-orang)

Reff:
Pengen ngetop, pengen keren,
pengen ngefans,
segalanya dikorbanin, (kasihan)
Pamer harta cari muka,
N ngegosip pilih-pilih teman,
(kelewatan)

Oh..ABe Ge jangan mau terpedaya,
indahnya gemerlap dunia,
Sampe lupa siapa dirimu,
(kagak tau),
Hidup ini hanya sementara waktu,
Eee jangan mau tertipu,
Sampe nafsu ngatur diri kamu,
(hilang citamu)

Reff:
Bokap kamu nyokap kamu,
tante kamu,
Pasti kan bangga padamu..nih die!
Punya anak udah cakep (=cakap)
Juga sholeh, Prestasinya, OKE !!!
AbeGe..prestasinya Oke, ini die..!

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-8-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Anugerah Daripada Sifat Pelupa


Thanks to (◕‿◕✿) Sidratul Muntaha... Ayatnya sendiri, tidak diubah.

Yang dinamakan manusia pasti dilengkapi dengan sifat pelupa. Lupa ada baik buruknya. Mungkin bagi sesetengah orang, pelupa adalah kelemahan bukan kelebihan. Namun bagi diri ini, lupa adalah satu anugerah untuk sesetengah perkara.

1.Lupakan kesalahan orang lain.
Bercakap tentang diri sendiri, biasanya jika saya tak boleh nak pujuk hati untuk maafkan orang yang buat salah dengan kita, hati kita sendiri yang rasa tak tenang. Kepala serabut sebab dalam hati ada titik-titik hitam. Dalam situasi sebegitu saya selalu berharap saya boleh lupakan saja kesalahannya. To forget is to forgive. Mudah-mudahan dengan melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah pula akan mengampunkan semua silap laku kita.

2.Lupa pada memori lampau yang sedih dan bersifat trauma.
Sampai bila nak hidup bersandarkan pada kenangan? Yang dah lalu biarkan berlalu. Yang dah pergi biarkan dia pergi. Yang dah lepas, jangan dikenang lagi. Bukan rezeki kita. Bukan jodoh kita. Bukan milik kita. Indahnya hidup jika boleh lupakan semua hal-hal lampau yang menyakitkan hati atau memalukan. Jangan simpulkan otak dengan ingat perkara-perkara yang menyakitkan hati. Tanamkan sifat pelupa dengan sibukkan diri dan jangan biarkan masa kita berlalu dengan HAZAN.

3.Lupa masalah.
Nasihat S pada saya suatu ketika dulu, jangan lari daripada masalah tapi cubalah untuk selesaikan masalah. Cakap memang senang.Nak tulis pun senang tapi nak realisasikannya tidak semudah makan kacang. Berat bahu memikul berat lagi mata memandang. Orang bermasalah selalunya tercari-cari apakah cara terbaik untuk melupakan masalah. Pergi berseronok ke Genting? Atau jalan-jalan hilangkan tekanan di KLCC? Seorang teman pernah berkongsi pada saya, jika dirinya bermasalah dia tidak suka berseronok keluar. Bukan semakin tenang, tetapi semakin stress dan susah hati. Katanya, ubat terbaik adalah zikir dan mengingati-Nya.

Contoh lupa yang bersifat kelemahan:

1.Lupa pada Tuhan dan tanggung jawab pada agama.
Ketika susah, baru nak cari sejadah atau pegang Al Quran. Padahal masa senang, sampai berhabuk Al Quran jarang disentuh. Tikar sejadah pula sekadar hiasan di almari.Ingatlah Allah ketika senang. Mudah-mudahan DIA tidak melupakan kita ketika susah.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28)

2.Lupa keluarga, kawan, dan orang-orang sekeliling yang berjasa.
Ini biasa kita tonton di drama Melayu. Anak lupa mak. Suami lupa isteri. Isteri lupa rumah. Bila manusia yang dilupakan sudah tidak bernyawa baru rasa insaf hendak mengingat dan menghargai. Hargailah sesuatu yang berdiri di depan mata selagi kita mampu memberi harganya. Apa yang kita ada dan apa yang kita dapat pada waktu sekarang mungkin jauh lebih baik dari apa yang kita angan-angankan. Sebab angan-angan bukan kenyataan tapi lebih pada penipuan. Namun,tanpa angan-angan mimpi tidak jadi kenyataaan. Jadi fikirkanlah.

3. Lupa diri.
Ditujukan khas buat diri ini. Sudah tahu diri itu tidak pandai, belajarlah betul-betul. Sudah tahu diri itu tidak cantik, cantikkanlah diri tu dengan perangai molek. Sudah tahu aurat itu untuk mahram, tutuplah dengan kain betul-betul. Sudah tahu mati itu pasti, beribadatlah bersungguh-sungguh.

4.Lupa yang bawa padah.
Lupa tutup lampu dan paip air sampai bil melambung. Lupa bawa kunci bilik pergi kuliah. Padan muka kena duduk luar sampai room mate balik daripada kelas. Lupa macam mana nak kawal kereta bila ada kucing yang tiba-tiba melintas. Lupa nak makan sebab terlalu sibuk dengan tugasan. Lupa formula bila nak jawab soalan Math and ekonomi. Lupa jalan dan tempat sampai sesatkan diri dan sesatkan orang lain.

Akhir. Pelupa bukan saja bersifat negatif tapi ada positifnya. Bayangkan jikalau semua manusia tiada sifat pelupa. Boleh hancur dunia ini dengan tangisan mereka yang tak mampu melupakan masalah. Juga rungutan manusia yang suka mengungkit-ungkit tentang kebaikan dirinya yang tak boleh dilupakan. Ternyata kejadian Allah itu cantik dan berhikmah. Kan? ^_~

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 57)

Ps. Post 4N mungkin sedikit lambat memandangkan esok bermulanya peperiksaan OTI 3. Paling cepat pun hujung minggu ni.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-7-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Cintakan Dunia

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs321.snc4/41366_100001257065247_4848_n.jpg

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.
H.R. Abu Daud

Keterangan Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan "takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.


Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-4-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Keputusan Pilihanraya AMTMPP 10/11


Pagi tadi, calon2 AMT memberi ucapan terakhir di perhimpunan sebelum pilihanraya.


Inilah barisan-barisan AMT 10/11:

AHMAD MUJAHID MAZLAN
IZZAT ANUAR
MUHAMMAD SYAHIRAN NAZIR AHMAD
AHMAD ANAS WAN MOHD MUZANI
MARSHA ABDUL MALIK
ROBIATUL ADAWIYAH ZULKIFLI
SITI FATIMAH ABDUL RAHIM

Semoga kalian dapat melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya, memantapkan lagi institusi sekolah dan seterusnya menghidupkan semula bi'ah solehah di sekolah Al-Amin khususnya, InsyaAllah.

Walaupun begitu, bukanlah bermakna hanya mereka bertujuh sahaja adalah pemimpin. Sebaliknya, kita semua adalah pemimpin, ada tanggungjawab yang tersendiri, ada amanah yang perlu dipikul, dilaksanakan. Walaupun mereka dipilih sebagai AMT, tetapi kitalah yang menjadi penyokong-penyokong di belakang mereka.

MPP10/11 form 4 pula ialah,
  1. MUHD MUS'AB
  2. AFIF ALIYANA

(Imbas Kembali)

Marsha: Eh, nti nak tolong ana kempen tak?
Ana: Nak! (Semangat)
Marsha: Nti jadi pembantu n penyokong setia ana. Ceh, sedap je.
Ana: Boleh!

Calon MPP banat form 2 ialah Farhah dan Safura. Mutmainnah terus jadi calon AMT. Ketiga-tiga daripada mereka ini boleh dikatakan rapat dengan diri ini. Farhah adalah adik MaUTaDi ana, Safura, buddies ana dan Iennah juga sudah dianggap seperti adik MaUTaDi ana sebab kumpulan Marsha bergabung dengan kumpulan ana.

Semalam, ketika hendak diumumkan siapa MPP form 2, ajak Safura duduk depan sekali. Cari Farhah, oh, rupa-rupanya sebelah kanan ana. Cakap dengan mereka berdua, yang mana satu ye? Sebelah kanan ke, sebelah kiri? Nampak senyuman yang penuh debaran pada wajah mereka berdua. ^_^

Dipendekkan cerita, Safura terpilih menjadi MPP form 2 10/11. Punyalah gelisah, takutkan amanah yang perlu dipikulnya. Adik-adik form 2 datang mengelilingi mereka berdua. Beri kata2 semangat sebagai dorongan kepadanya. Tidak lupa juga adik MaUTaDi ana.

Ana: Takpe Farhah, nti kan ikut jejak langkah kakak MaUTaDi dia, dua tahun jadi calon MPP.
Farhah: Ye ke? Nti dah dua tahun eh?
Ana: A'ah.
Farhah: Tengok, ana sama dengan kakak ana. (tujukan kepada Safura)
Safura: (ntah, mcm jealous nmpk, hehehe..)
Ana: Taklah, main-main je. Nti Farhah, ada lagi tahun depan. Apa-apa pun kita semua adalah pemimpin. Ha, kan ada dah adik-beradik MaUTaDi kita yang jadi MPP. Farhanim. Mana dia?
Farhah: A'ah la. (Gi panggil)
Kami: (Ucap tahniah padanya.)

Dia pun tanya ana apa tugas MPP dll. Ana tunjuk pada Iennah. Iennah pun beritahulah dia.

Apa-apa pun keputusan ini semuanya Allah dah tetapkan. Perancangan Allah itulah yang terbaik.

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra'in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"
-Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.-

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (yunus:62)

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik utk kamu dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik utk kamu." (Q:2:216)

luahan hati seorang AMT...

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-3-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Helang


Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40.

Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.

Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:

-Menunggu kematian, atau

-Mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan — suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari.

Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang keatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.

Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu. Suatu proses yang panjang dan menyakitkan.

Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!

PENGAJARAN:

Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan.

Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.

Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah sang penguasa atas diri anda.

Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa dan melayukan semangat kita. Anda adalah helang-helang itu. Perubahan pasti terjadi. Maka itu, kita harus BERUBAH!

-27-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Jagalah mulut...

Kisah ini telah diceritakan oleh ayah ana dalam perjalanan pulang dari sekolah pada jam 6:00 petang, Ahad yang lalu. Kena tunggu adik ana habis kelas dulu, sebab itulah balik lambat selalu.

Kisahnya begini...
Dikisahkan, ada seorang lelaki yang dilahirkan tanpa kedua cuping telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi iaitu sebagai CEO di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, CEO ini bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”.
“Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam,ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, dia mengusirnya tension keluar dari pejabat. "Oh, awak kata saya macam ayam ye?ayam" dia bermonolog.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, CEO bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”.
“Ya, saya hairan soal bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” fikir puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, CEO berang marah dan menghalaunya keluar. "Awak sindir saya ye."

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu CEO bertanya soalan serupa.

“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”
“Ya. Awak pakai contact lens, fikir ” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. sengihnampakgigi

Walaupun terkejut, CEO gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan adus kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

“Bagaimana awak tau?” tanya CEO lagi. soal

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan geli hatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling gelakguling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?"

marahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarahmarah

Jadi, pengajaran yang dapat diambil, kita jangan menyentuh tentang rupa fizikal orang lain sekiranya terdapat keganjilan. Sama ada ia akan jadi terlalu sensitif atau memalukan. tensionmalu


"Katakanlah yang baik atau diam.diam"


-25-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Corrosive

Alhamdulillah, sekarang banin kelas kami semakin rajin dalam bab mengemas kawasan mereka dalam kelas. Semalam, masuk-masuk kelas, nampak kerusi mereka semua diangkat ke atas meja. Rupa-rupanya menyapu kelas. Bagusnya! Bersih sangat!

Tapi,
hari ini, tak nampak banin menyapu kelas. Oh ye, tangan mereka sakit hari ini. Takpe lah, hari ni, banat sapukan satu kelas.

Kenapa ana kata tangan diorang sakit?
Eh, lupa pula tajuk atas tu.

Alkisahnya.....
Waktu kimia, kami belajar tentang electrochemical series. Banin buat satu eksperimen, banat pun buat satu eksperimen, eksperimen yang berlainan. Bila dapat solution tu, tanya muallimah,

"Bahaya tak muallimah? Solution apa ni?"
"Tak, tak bahaya. Ni, nama dia, Argentum Nitrate."

Kami dengar tak bahaya, kami tak kisahlah kalau kena sikit-sikit pada tangan kami. Kan tak bahaya katanya. Macam mana entah, test tube kami tak diisi dengan penuh. Tapi, kami tak cuba pula untuk penuhkannya sebab kami dah ulangnya untuk kali kedua. Ingatkan ia tidak mempengaruhi eksperimen.

Kemudian, muallimah suruh banin tolong buat yang banat punya sampai penuh test tube tu. Banin pun buatlah dengan penuh semangatnya. Sekali, tertumpah. Yang kami nampak, Hanifuddin dia sapu, lap guna tangan dia je. Tangan banin-banin yang lain ada juga kena solution ni, tapi macam tak kisah sebab muallimah kata tak corrosive.

Dipendekkan cerita, bila dah siap pasang apparatus tersebut, ada banin tanya lagi sekali,

"Pedihnya, muallimah, betul tak benda ni tak corrosive?"
"A'ah, benda ni tak corrosive. (Fikir) Eh, benda ni corrosivelah..corrosive, cepat-cepat basuh tangan siapa yang dah kena tu!"

Kami hanya melihat dan mendengar sahaja kekalutan mereka. Banin kata jadi warna birulah, tu lah, ni lah. Kami yang duduk di belakang teringin nak tengok rupa tangan bila dah kena Argentum Nitrate. Tak lama kemudian, teruskan sikit lagi waktu pembelajaran kami. Tengah-tengah belajar, Afif main tangan ana. Ana terperasan sesuatu pada tangan ana.

"Eh, sejak bila pula ada ketuat dekat sini nih? (monolog) Eh, kat atas ni lagi banyak. Afif-afif, tengok ni. Eh, kat tangan nti pun ada lah. Kita kena juga ke?"
"Tak lah, ni benda lain."
"Tengok tu, kan sama warna dia macam dekat tangan banin tu."
"A'ah laa. Macam mana ni?"
"Marsha, kita pun kena juga lah! (Pusing belakang) Cuba check tangan masing-masing, kita dua orang pun kena jugak."

Beritahu muallimah. Mula-mula 3 orang je. Waktu fizik, banin bawa masuk ais dalam makmal. Letak dekat tangan mereka. Masa ni, ada lagi 4 orang banat yang baru ada tindak balas pada kulit mereka. Waktu aqidah, muallimah Azlinda nak bawa banin-banin ke klinik sebab katanya rasa kebas-kebas. Balik dari klinik, banin bagi sebotol losyen rasanya kepada banat.

Lama juga benda ni mengambil masa untuk hilang sebab logam. Argentum ialah silver dalam bahasa mudahnya. Sementara ini kena bersabarlah. Nampak banin, asyik bawa sorok tangan dalam poket seluar.

Doa-doalah tak ada apa-apa. Semoga cepat sembuh, terutamanya banin.

Banin yang ana tahu, Anwar, Fathi, Hanifuddin, Izzat, Mujahid dan Syafiq.
Banat, Adrina, Afif, Amalina, Sara, Syaza, Syifa' dan Wafaa'.

Banat yang lain tak kena sebab yang lain pegang bateri. Tapi, pelik juga Adrina tak buat apa pun, dia duduk agak jauh daripada bahan-bahan tersebut tapi kena juga. ??? Amalina dengan Syifa' siap main lagi (sebelum tahu benda ni corrosive). Banin pula, bukan semua yang tolong buat ni. Tapi, bila fikir-fikir balik, kalau banat buat betul-betul, mesti tangan banin takkan jadi begitu teruk. Tapi, dah kata benda nak jadi, jadilah. Banat bebanyak minta maaf.Ujian untuk 4 Nasaie, sains tulen. ^_^

Macam-macamlah 4 Nasaie ni.. Ujian mengajar kita!

-21-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Gelombang Keadilan

*Antara nasyid yang ada gayanya. Gelombang kehidupan, Palestina Tercinta, Bingkai Kehidupan dan banyak lagi nasyid dari Shoutul Harokah.



Munsyid : Shoutul Harokah

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

-21-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: August 2010
Design by a.a.ghariib