Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Padankah Dengan Amal?

13061434H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.


*Amaran, sila jangan gelak dengan gaya bahasa yang digunakan. Maaf atas kebolokan isi yang berlaku.


Sesuatu berlaku pada diri ini. Tangan dengan segera mencapai telefon bimbit lantas menekan butang off. Qailullah (konon). Sedar-sedar, dah Zohor. Astaghfirullah.

Hidupkan semula telefon bimbit. Ada mesej dari sahabat sesekolah yang seU *faham ke?.

22042013-13:02
Da dpt kputusn.. Cek cpt.. Dpt brp?

Keluar bilik, hajat untuk berwudhu', singgah bilik kawan.

"Result tubek da eh?"
"A'ah."
"Dah check ke?"
"Baru check satni."
"Ooo...seram rasa nak check."

Lantas dia menghulurkan laptopnya.

"Nah, checklah."
"Kekgila. Lagipun tubek ke result ana? Hari tu dok dang isi perabih borang penilaian kursus."
"Tubek je rasa."
"Kalu ye sekat gane?"
"Tubeknya la."

Sambil tangan menaip papan kekunci dan menekan tetikus, tanya result sahabat ana itu.

ALHAMDULILLAH.

Walaupun seperti yang diduga, agak menurun daripada yang sebelum ini, namun, keputusan yang diterima lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan. Malah, Allah bagi lebih daripada apa yang diusahakan dan ditarget.

Ada satu subjek, memang masa nak masuk dewan periksa, letak target lulus je. Namun, Allah bagi lebih, lebih tinggi daripada lulus.
Setengah jam sebelum tamat waktu peperiksaan, kedengaran suara memanggil-manggil nama ana.
Eh, dia (best student sem 1) ni panggil aku ke?
"S..S.."
*Toleh ke belakang
"Aku rasa tak boleh jawab dah lah."
"Sama lah. Jom tubek."
Dengan selambanya, keluar dewan, bajet muka yakin. Dalam hati, hanya Allah yang tahu.
*Isy3, sila jangan ikut.


Terfikir...
Agak-agak padan tak result dengan ilmu yang diamalkan?
Tak nak jadi manusia cerdik dalam bodoh.
Tak nak ilmu-ilmu yang ada itu mendakwa diri di akhirat dek pengabaian untuk mengamalkannya.
Tak nak kutip ilmu sekadar untuk periksa.
Tak nak manfaatkan ilmu sekadar untuk diri sendiri sahaja.
Tak nak, tak nak, tak nak!

Astaghfirullah al-'azim.

"Ya Allah, ampunkan kelemahan aku ini. Bantulah aku untuk terus mencari ilmu yang Engkau redhai.  Kuatkan aku untuk beramal dengannya. Hindarilah aku daripada menjadi fitnah kepada Islam."

Imam Ghazali kata, ada 5 formula belajar:
-Diam -Dengar -Hafal dan faham -Amal -Ajarkan kepada orang lain


Dan satu perkara lagi yang bermain-main di minda, keputusan yang diperolehi masih boleh diperbaiki selagi ada masa. Selagi nyawa dikandung badan. Jadi, terdetik, bagaimana dengan ujian kita yang lebih besar? Yang lebih patut kita beri penumpuan? Bagaimana kita terima keputusan penghisaban Allah kelak? Saat itu, tiada apa yang boleh diperbaiki lagi. Sehinggakan manusia berharap agar daripada awal, mereka tidak diciptakan atau diwujudkan.

*Hidup cuma sekejap. Klik untuk baca selanjutnya...

Jangan jadikan alat sebagai matlamat. Ada matlamat yang lebih besar untuk dicapai. Belajar hanyalah sebagai alat untuk mencapai matlamat itu. Matlamat hidup di dunia. Kerja yang harus dilaksanakan.

*   *   *   *   *

Soalan yang biasa ditanya, (dan jawapan yang biasa ana berikan)

"Kau dekan ke?"
"Ana student."

Kadang-kadang, ada juga yang pertikaikan,
"Kau senanglah cakap, kau tak pernah rasa apa yang aku rasa."

Hakikatnya, semua orang pernah jatuh. Hidup ibarat roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Bahkan, bagi ana, mendapat keputusan yang cemerlang juga merupakan suatu ujian. Hidup ini tidak pernah lekang daripada ujianNya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." [Q:67:2]

Sesungguhnya, fatrah peperiksaan akhir sem itu jugalah merupakan fatrah ujian kehidupan ana. Banyak ujianNya datang, bertimpa-timpa. Sangat takut pada saat itu, namun muka sentiasa bajet tenang.

*   *   *   *   *

Saat post ini ditulis, masih tidak memberitahu keputusan kepada kedua ibu bapa ana. Ana rasa kalau ana khabarkan kepada mereka, jawapan yang akan diberikan,

"Alhamdulillah. Itu yang terbaik untuk S. S sujud syukur tak lagi? *Soalan cepumas" -mak ana
"Alhamdulillah. Baguslah. Allah bagi yang terbaik. Usahalah selagi ada masa. Buat apa-apa pun, letaklah pergantungan sepenuhnya kepada Allah." -ayah ana

#Selamat beramal.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Padankah Dengan Amal?
Design by a.a.ghariib