06081435H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.
Sebelum ini pernah post berkenaan Tips Menghafal al-Quran. InsyaaAllah kali ini akan berkongsi berkenaan cara untuk mengekalkan hafazan.
Bila fikir-fikir, cuma satu je kata kuncinya, MENGULANG.
Syeikh Sudais, apabila ditanya bagaimana beliau boleh mengekalkan hafazan, apa jawabnya?
Jawabnya, MUROJA'AH. (mengulang).
Salah seorang guru tasmi' ana (ustaz Said Ismail) pernah menyebut, nak hafaz Quran, ada 3 syarat:
- Bersungguh
- Disiplin
- Ikut syariat
"Awak nak menghafaz, tak semestinya kena bijak. Tapi dengan awak menghafaz Quran, awak melatih diri awak untuk senang menghafal dalam pelajaran juga. Saya dulu menghafaz atas kubur. Sebab nak fokus, dalam masjid ramai sangat orang...kawan-kawan saya semua menghafaz dalam tu. Mengulang jangan tinggal. Kena ngulang sokmo. Nak tinggal Quran pun, kena slow-slow. Jangan mendadak. Mula-mula, setiap hari mengulang, lepas tu, seminggu sekali, lepas tu, 2 minggu sekali, lepas tu, sebulan sekali...contoh je. Itu pun, lepas awak tinggal, jarak mengulang yang paling maximum, tahap paling malas, setiap 6 bulan, kena mengulang sekali. Lebih daripada tu saya tak jamin awak boleh ingat."
Post kali ni, nak stresskan point no. 2, berkenaan DISIPLIN.
Dari Ibnu Umar r.a: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Perumpamaan orang yang hapal Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan segera hilang." Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Dan Muslim menambah dalam riwayatnya:
"Jika ia menjaganya, dan membacanya pada malam dan siang hari, maka ia dapat terus mengingatnya, sedangkan jika tidak, maka ia akan melupakannya."
[Al Lu’lu wa al Marjan (452). Juga Al Muntaqa min at Targhib wa at Tarhib, dan hadits (794)]
Rujukan: Menghafal Al-Quran oleh Yusof Qardhawi [PDF]
Rujukan: Menghafal Al-Quran oleh Yusof Qardhawi [PDF]
My current guru tasmi' (Dr. Nur Hafizi Yusof) said,
"Awak patutnya kena mengulang at least 5 juzu' sehari. 1 juzu' setiap kali waktu solat. (pergh!!) Selalu lah dengar radio, bacaan-bacaan ayat Quran. Biar lekat, sebati dalam diri awak ayat Quran. Ibaratnya awak sokmo berkepit dengan kawan baik awak...mesti awak kenal sangat dia. Tanyalah apa-apa pun pasal dia, tau belaka. Sama lah macam Quran. Nak tinggal Quran pun, kena slow-slow. Eh, bukan tinggal Quran, maksudnya, kekerapan mengulang tu. Nak kuatkan hafazan, sambil awak berjalan, sambil awak buat kerja lain, mengulang. Memang payah sebab kena fokus, tapi kalau awak boleh ingat hafazan awak time buat benda lain, insyaaAllah lekatlah dalam diri awak."
Katanya...bacaan masyayikh yang dianjurkan untuk kami dengar:
- Syeikh al-Qurra' Khalil Husori sangat bagus untuk teliti sifat dan makhraj huruf.
- Sidiq Minsyawi dan Huzaifi pun boleh dijadikan bacaan contoh dari segi tajwid.
Batch ana yang ambil kursus elektif hifzul quran, ada 9 orang. Itu pun dulu, Allah uji masa buat keputusan nak masuk. 4 orang daripadanya hafiz (3) dan hafizah (1). Bila ditanya kepada salah seorang daripada mereka, berapa banyak beliau mengulang dalam sehari, jawabnya at least 2 juzu'. Konsisten daripada beliau sekolah sampai sekarang. Lepas maghrib mengulang. Lepas Isya' mengulang. Sebelum tidur mengulang, sampai tidur. Kagum. Kena set target and go. Untuk permulaan, mungkin 1 juzu' sehari. I need 1/2 an hour for 1 maqra'.
Lagi seorang sahabat ana, bila ditanya kepadanya, "Dulu, sekolah saya tak tekankan mengulang. Cuma aim nak habis 30 juzu' je." Kesemua guru tasmi' ana pun sebenarnya lebih tekankan mengulang daripada menghafaz. Tapi 'kena' juga kalau lambat menghafaz. haha.
Masa reunion kecil-kecilan, ada seorang sahabat bertanya,
RA: Nti hafaz Quran lagi lah ye? Bestnya.
AA: Yang payah bukan nak menghafaz, tapi nak mengulang. Sebab rasa tak cukup disiplin lagi T_T
RA: At least nti dapat terus menghafaz walaupun dah keluar sekolah. Ingat lagi, nak tahun akhir, ana malas menghafaz.
AA: Tu lah. Hafaz dulu pun main-main. Bukan main-main gane, maksudnya, hafaz cukup syarat, asal lepas target. Sehari, cukup 6 baris, dah, cukup. Bila ingat balik, teruknya, rasa rugi tak nak pulun betul-betul.
Walaupun begitu, bukan orang yang menghafaz satu Quran sahaja perlu mengulang hafazan. Bahkan setiap orang yang dah menghafaz walau sekadar juzu' amma (juzu' 30) atau hanya satu surah, tak kira banyak mana pun, tetap perlu mengulang. Ada seorang ukhti di universiti, merupakan alumni Al-Amin Gombak, sering mengulang hafazannya walaupun beliau dah drop subjek hifzul quran. Begitu juga kisahnya dengan allahyarham seorang senior di U ana. Bak kata ustaz ana, "Hafazan anda, tanggungjawab anda. Ingat menjadi suatu nikmat, lupa menjadi suatu beban."
"Dan Rasul (Muhammad) berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan." [Q:25:30]
Boleh sangat kalau nak teruskan hafazan, asalkan ada orang boleh tolong dengar dan semak hafazan kita. Tak semestinya kena masuk apa-apa institusi hafazan baru boleh menghafaz. Syaratnya, disiplin. Letak target, sehari berapa ayat. Formula menghafaz, paling minima mungkin. Kaedah yang diajar di sekolah ana dulu begini, tetapkan 5 hari hafal ayat baru, 2 hari lagi buat ulangan.
1 hari = hafal 3 baris
1 minggu = 1 m/s
1 tahun = 2 juzu' (at least)
15 tahun = 30 juzu'
Berjaya menghabiskan hafazan 30 juzu' semata, bukanlah kejayaan sebenar. Kejayaan sebenar adalah apabila kita berjaya mengekalkan dan memelihara hafazan 30 juzu', di samping menghayati, mentadabbur serta mengamalkan apa yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran.
*5 juzu' berbaki. Harapnya laju sikit sem depan, sebab 3 dah hafaz time sekolah. Doakan kami.
Next time, masuk point nombor 3 pulak ye ;)
Ps. Tak tau nti berpuas hati tak dengan apa yang ana tulis. Cuma ini yang dapat ana susun buat kali ini ^.^
*5 juzu' berbaki. Harapnya laju sikit sem depan, sebab 3 dah hafaz time sekolah. Doakan kami.
Next time, masuk point nombor 3 pulak ye ;)
Ps. Tak tau nti berpuas hati tak dengan apa yang ana tulis. Cuma ini yang dapat ana susun buat kali ini ^.^
Semoga beroleh manfaat^^
0 responses:
Post a Comment