Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Mukhayyam LKD3 [2nd day]

14031433H
Assalamualaikum W.B.T.
Link
Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini.
Sambungan daripada Persediaan ke LKD 3,
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [1st day]

Hirosah bersama kak Madihah. Pada jam 5:00 pagi, semua sudah bangun untuk qiam fardi. Dalam 5:30 pagi, dapat tiada air di tandas. Maka kami pun angkut air yang diimport daripada dapur. Agak lambatlah untuk menunggu giliran untuk menggunakan tandas. Pagi ni baru sempat cakap dengan Adilah.

Ana: Ingat ana tak? Kita jumpa masa gi kursus kawat dulu.
Adilah: Tak. Siapa eh?
Ana: Syaza lah. Kan kita kena denda sama-sama malam tu :)
Adilah: Eh, jap. Muko dio mace Nurin. Awok Nurin eh?
Ana: Dok eh. Nurin mana ni? Dari Al-Amin Kemaman tu ke?
Adilah: A'ah, yang jupe masa PRINT'11.
Ana: Oh, tu junior kitorang.
Adilah: Awoklah Nurin kan?
Ana: Dok. Hok tu orang lain lah.
Adilah: Maryam, diolah Nurin kan?
Maryam: Ni Syaza lah.
Adilah: Awok tipu sayo. Betul ni Nurin.

Lah gelak je kat tepi. Adilah pun cerita insiden bersama Nurin dan Fatimah. Lah kata, Adilah ni memang famous masa PRINT'11 sebab dia kutip semua orang punya nametag, penuh tudung dia.

Solat Subuh, mathurat. Tazkirah selepas Subuh adalah berkisarkan tentang Niat.

Niat membezakan antara ibadah dan adat. Orang yang berniat lillahi taala, dia akan buat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

"Katakanlah: 'Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Ilah (Tuhan) kamu itu adalah Ilah (Tuhan) al-Wahid (Yang Maha Esa)." Sesiapa mengharapkan perjumpaan dengan Rab (Tuhan)nya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rab (Tuhan)nya.'" [Q:18:110]


Sarapan disediakan oleh kumpulan 4 (kumpulan Marsha). Makan roti+sardin. Pagi ini ada 2 aktiviti-semuanya game ukhuwwah. Mula-mula, main kotak ajaib. Kena ikut sahaja apa yang disuruh, selepas berjaya, kena laungkan kalimah yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Ada yang kena takbir, tahmid, tasbih, akhirnya, kumpulan ana kena istighfar. Setiap kali berjaya, kami beristighfar^^.

Seterusnya, main tirai ukhuwwah. Kumpulan 3 bergabung dengan kumpulan 2, manakala kumpulan 1 bersama kumpulan 4. Permainan kali ini agak mencabar sebab kategorinya agak luas. Mungkin dia boleh tanya nama ayah/ saiz kasut/ tinggi/ berat/ jenama hp/ bilangan adik-beradik/ bulan kelahiran dll. Macam-macam gelagat, paling suka tengok kak Kam. Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya mengutip ramai tawanan. Permainan terakhir untuk aktiviti pertama ini, kami perlu membawa segelas air di atas kain batik melepasi garisan yang dibuat. Kali ini, tidak mengira kreativiti sebaliknya kerjasama dalam kumpulan. Kumpulan yang terakhir, kena buat persembahan.

Bila dengar kena buat persembahan bagi kumpulan terakhir,
k.Madihah: Takpe, kumpulan kita ada Amal. Yang lain pakat duk belakanglah, petik jari.
Bincang pula nak buat persembahan apa,
k.Chik: Ceh, takkan nak target kalah kot. Ni dah bincang awai-awai. Dahlah kumpulan kita je yang berdiri ni.
Syifa': Semangat betul kumpulan kita.

Akhirnya, alhamdulillah, kumpulan 2 berjaya menjuarainya~ Sementara menunggu kumpulan lain, kami menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu menyiapkan borang untuk penilaian bagi setiap kumpulan, yang mana aspek-aspek tersebut akan dinilai oleh fasi-fasi. Kumpulan kami juga yang buat peraturan.

Salah satu resolusi yang ana ingat, daripada ketiga-tiga permainan sebentar tadi,

"Apa yang ana perasan, ketiga-tiga permainan tadi, semua ada kaitan dengan rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful. (Dia teranglah sikit-sikit) Jadi, ana rasa ta'ajub." (Orang semua suka bila dia sebut ta'ajub, ni Marshalah ni)


Aktiviti kedua juga game ukhuwwah. Pertama, kena bina piramid menggunakan diri kita, perlukan 9 orang, fikirlah, gunalah apa cara sekali pun. Seterusnya, permainan kedua, kena kutip daun-daun yang bernombor. Tapi, semua kena tutup mata, kecuali nakhoda yang akan memberi arahan daripada atas kerusi. Maka, kami kena sentiasa bersama nakhoda tersebut, kena angkatlah kerusi yang diduduki oleh nakhoda.

Mula-mula tak tahu nak pilih siapa jadi nakhoda. Adilah, dari kumpulan 4 ni pun, tolong kirakan, siapa yang akan jadi nakhoda, akhirnya, kak Chik jadi. Bila Hana beritahu yang kita semua akan angkat nakhoda masing-masing, semua kumpulan macam, fuh, lega, semua nakhoda ni ringan-ringan belaka.


"Berdasarkan game piramid tadi, dapatlah disimpulkan bahawa, segala perkara yang kita lakukan, perlulah dimulakan daripada dasarnya. Untuk kita sempurnakan maratib amal kita, kita kena selesaikan diri kita dahulu sebagai individu muslim, barulah kita boleh sampai ke puncaknya. Kalau basenya tidak kukuh, mustahil kita dapat sampai ke puncak. Manakala permainan kedua dapat diumpamakan begini. Panduan kita adalah al-Quran dan asSunnah, maka kita kena ikut untuk berjaya. Daun-daun yang dikutip adalah buah-buah amalan kita, kadangkala amalan kita diterima, kadangkala tidak. Sepanjang perjalanan kita, banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi, macam main tadi, terlanggar pokok, batu."


Kami dengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh kak Kam berkenaan Keyakinan Terhadap Allah. Kemudian, kami syura untuk melantik organisasi LKD. (Marsha dan ana ada juga tercalon, alhamdulillah, ada org yg lebih baik dpt jwtn tsebut)

Amirah: Hana
Timbalan: Syifa' JB
Bendahari: Aqilah Dashuki
S/U: k.Madihah
AJK Tarbiyyah: Syifa' Hatta
AJK Multimedia: Dalila Kahar
(Lupa jwtn apa lg satu): k.Hanifah

Diberi masa untuk membuat persiapan sebelum ekspedisi seterusnya. Kalau tak salah, kumpulan 1 masak untuk tengah hari, nasi goreng. Sementara itu, duduk dalam dorm, Maryam dan Adilah ajar Syifa' loghat Kelantan, ana ajar loghat Terengganu. Lebih kurang je pun. Tak lama kemudian, Marsha dan Robi pun turut serta. Lah sempat masa last-last je.

Robi: Bahasa Terengganu ni banyak hiperbola.

Kelakarlah tengok Syifa' yang kadang-kadang macam kebingungan.

Syifa': Oh, dia banyak singkatan ek. (Org Johor, biasanya ada perkataan ek kat blkg ayat.)
Robi: Dia dok dengo lagi hok ni, amboh gi gi.

Adilah pun ada nak test cakap macam orang Johor, tapi jadi macam orang Indon pula. Dia nak sebut seh, jadi sih pula. Tiap-tiap kali Dalila gi ke Syifa', mesti Adilah kata, "Shh..diam-diam, saing dia datang doh."

Ada je orang tanya kami, kenapa tak cakap bahasa terengganu. Maka jawapan kami, kekgi orang dok pahang. Hatta perkataan sokmo pun ada yang tak faham :) Lagi pun kami ni pandai mengadjust, siapa yang cakap loghat Terengganu, automatik kami pun akan cakap begitu, kalau sebaliknya, kami cakap bahasa standard lah. Bagi ana, loghat utara ana boleh, loghat selatan pun boleh, pantai timur memanglah kan. Yang agak asing sedikit, loghat orang Peraklah.

Makan nasi goreng. Siap ada kordial sarsi lagi. Sekejap-sekejap bancuh dalam cawan, Amalina aka Amal lah yang dok tolong bancuh untuk kami, "Hari ni kita belajar bancuh air. Pastikan sukatannya betul ya." Solat Zohor.

Sebelum bertolak, kami, akhawat Al-Amin Kemaman berbincang untuk melantik wakil kawasan. Setelah menolak, melantik, bertanya dll, akhirnya kami semua sepakat untuk 'melantik' dengan main 'lat-tali-lat-ta-li-tamplom'. Lah jadi wakil kami semua^^

Dipendekkan cerita, petang harinya kami meneruskan ekspedisi kami, mendaki ke bahagian atas. Angkut segala barang yang diperlukan. Alat-alatan perkhemahan semuanya ada 6 set sahaja, sedangkan ada 7 kumpulan, maka perbincangan diadakan. Hana kata, 2 kanvas untuk ikhwah, 2 untuk akhawat dan 2 lagi untuk tempat solat. Sambil berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan selama 1 jam, kami perlu bertaaruf dengan lebih mendalam lagi bersama sahabat yang berjalan seiring dengan kita. Sebab kena berjalan secara berpasangan. Maka, ana berjalan dengan Nadiah dari Gombak.

Setibanya di tapak perkhemahan, kami mendirikan khemah, cari kayu api secukupnya, buat tandas dan memasak. Sedang mencari kayu api, nampak pokok cili, ada juga ya dalam hutan ni, tunjuk ke Marsha. "Ha, bolehlah, diorang tengah masak tu." "Heh, tapi yang ni rasanya orang yang tanam, nampak tu, dia pacak kayu kelilingnya." Marsha mengangguk tanda mengiyakan.

Nampak Lah dan yang lain bertungkus-lumus menyiapkan tandas. "Kalau ikut ana, kat situ boleh je buat tandas. Tapi diorang tak biasa kut. Ikut je lah." Sebelum bertolak tadi, ada yang tanya pasal tandas yang kita perlu buat sendiri. Kami pun cerita pengalaman mukhayyam kami tanpa tandas. Cerita pada Moon dan sahabatnya dari Bangi, terkejut diorang.

Petang ni, makan nasi berlauk makanan tin. Kak Izyana makan bersama kami. Sambil menjamu selera, kak Izyana membuka bicara, tenang sahaja bicaranya, santai,


"Kita semua tahu kan bagaimana kehidupan Ikhwanul Muslimin sebelum ni kan. Selalu ditangkap. Dapat bayangkanlah macam mana keadaan penjara. Dengan biliknya yang kecil, tandas pun ada dalam tu. Jadi, apa yang diorang buat bila masuk penjara? Diorang berebut nak tidur tepi tandas."


Pada mulanya ana tak faham. "Macam mana?" "Maksudnya, diorang berebut nak tidur tepi tandas supaya sahabat-sahabatnya dapat tidur dengan selesa. Jadi, sebab tu lah ana tak sanggup nak tengok korang makan lambat dari orang lain." Sebab patutnya, kami makan pada 'pusingan kedua' nanti, tapi kak Izyana pergi cari dulang lain, ajak kami makan sama-sama.

Maryam, "Habis tu, kalau semua nak tidur tepi tandas, macam mana?" "Mungkin diorang buat turn. Kenapa?" "Iyalah, kalau semua orang berebut nak buat benda yang sama macam mana?" "Kita kena tengok juga keadaan. Takkanlah semua orang nak tumpu pada satu kerja je kan."

Tanya juga kak Izyana, "Dulu, batch pertama punya tapak perkhemahan, dekat sini juga ke?" "Kitorang berkhemah dekat atas lagi. Patutnya kita pun pergi dekat situ, tapi ustaz Nizam dah kata, sebab ada kegiatan pembalakan, jadi dekat sini je lah."

Basuh dulang. Ada yang dah 'terjun' sungai (taklah terjun, masuk je). Kemudian, bersiap untuk solat. Mathurat. Ada beberapa orang dalam kalangan kami, dalam 6-8 orang yang mendapat tugasan untuk menjaga api dan memastikan unggun api yang dibuat dapat bertahan sekurang-kurangnya 2 jam sementara kami ke slot yang seterusnya. Unggun api ini perlu bertahan selama 12 jam.

Slot seterusnya adalah tazkirah mengenai tokoh terkemuka. Pertama adalah tentang Umar al-Tilmisani yang disampaikan oleh seorang akh. Manakala kisah perjuangan syeikh Abdul Qadir al-Audah disampaikan oleh kak Hanifah. Banyak intipati-intipati yang menambahkan semangat dan ilmu kami. Fida' jadi pengerusi majlis.

Ustaz Nizam tanya apa sebenarnya yang antum dapat/faham tentang LKD ini. Ramai yang menyuarakan pandangan masing-masing sehinggalah akhirnya, ada yang berjaya memberi erti yang sebenar, seperti yang ustaz harapkan.

Boleh baca di sini objektif LKD.

Kawasan di sini gelap gelita, kami hanya diberi bekalan lilin sahaja. Yang ada bersama kami hanyalah ustaz Nizam, ustaz Taufiq dan fasi-fasi. Seterusnya, ada sesi muhasabah dalam kumpulan. Balik ke khemah. Lah, api sudah padam. Bertungkus-lumus menghidupkan semula api.

Dalam kumpulan, macam-macam benda yang kami dengar. Bersyukur dapat datang ke sini dengan mudah. Ada yang sejak awal lagi sudah diuji. Adalah beberapa perkara yang ana perkatakan, dan diakhiri dengan kata-kata ini,

Ukhuwwah itu indah bila semuanya kerana Allah. Dan ana sentiasa ingat pesan abang ana, "Bahawa sesungguhnya mukmin itu bersaudara, jika ada terlaga, jangan persoalkan ukhuwah, persoalkan iman kamu! Kerana orang yang beriman itu bersaudara!"

Adalah beberapa cadangan yang diutarakan. Apa yang penting, semua berharap agar kita sentiasa 'keep in touch' bukan 'touch & go'.

Nak tumpang tidur di khemah kumpulan 1 dan 4. Sementara menunggu, duduk bersama Syifa' dan Maryam. Diorang tanya nak belajar bidang apa nanti. Sambil tu, ada juga cakap pasal blog dan penulis buku. Maryam kata, dia kenal siapa penulis blog Angel Pakai Gucci. Dengar-dengarnya, akh Mus'ab kata, dia kenal siapa Hlovate. Tanya Syifa' siapa abang dia (sbb terdgr perbualan dia dgn Maryam td, rasa mcm kenal). Rupa-rupanya abang kami bertiga ni bersahabat.

Syifa' ambil kain batik dan bentang tepi khemah. Tidur, separuh badan atas kain batik, separuh lagi atas khemah.

Nikmatnya ukhuwwah~

Sambungan Mukhayyam LKD3 [3rd day]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

3 Comments
Comments

3 responses:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Mukhayyam LKD3 [2nd day]
Design by a.a.ghariib