Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Mukhayyam LKD3 [1st day]

10031433H
Assalamualaikum W.B.T.

Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini.
Sambungan daripada Persediaan ke LKD 3

Selalu juga terjaga bila bas berhenti di stesen-stesen bas. Ana sedar masa dekat Kamunting. Dalam 4:30 lebih, terjaga lagi, tapi tak tahu dekat mana ni. Tanya Lah dan Robi. "Ni dekat dengan kampung ntilah. Tadi berhenti dekat Taiping, dekat dengan kampung Marsha." Toleh ke belakang, lah, ustaz dah takde. "Mana ustaz?" Tapi Lah tak dengar kot, dia ulang balik jawapan tadi. "Lah, mana ustaz?" "Ustaz duduk depan." Sekarang dekat Butterworth, lebih kurang sejam, sampailah Sg. Petani.

Setibanya di Sg Petani, kami bergegas menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Kami, akhawat, naik kereta yang dipandu oleh ustaz Nizam. Ustaz Nizamlah yang jadi tuan kumpulan ana masa staf sarjan dulu. Macam-macam soalan dilontarkan kepada kami. Katanya, beliau mula mengambil peserta seawal jam 4:45 pagi. Peserta paling ramai, Al-Amin Bangi katanya.

Pada jam 7:00 lebih, kami bertaaruf ramai-ramai. Perkara yang wajib disebut, nama, sekolah dan motto hidup. Ramai juga rupanya yang jadi PA kepada ayah mereka. Ada 4 orang kakak fasi. Sarapan, kendiri. Lah dengan Marsha kata, ramai juga kumpulan staf sarjan diorang yang datang. Ana, ada sorang je, Fatin Naimah, sebab ana pergi staf tahun 2009, jadi, ramai kakak-kakak. Oh, ada juga geng-geng sarjan masa kat kursus kawat, Asma' dan Fida'. Ramai juga yang ana kenal muka (pernah jumpalah maksudnya), tapi tak tahu nama.

Pagi ni baru buka hp, ni sms semalam,
Nurul 27-01-12 08:22
Assalamualaikum mak ngah...bertolak ke kedah kul bape? semoga slmt smpai dan slmt pulang..

Me: Dah sampai dah ni, dkt islah sg petani, kul 3 ni baru gi lata celak. Nnti ana smpaikan salam nti pada Afif dan Farhana.
(Kesian dia, chicken pox)

Selepas sarapan pagi, sebaik sahaja mahu naik tangga,
Budak comel: Assalamualaikum kak.
Kami: Waalaikumussalam.
Nuha: Nama kita Nuha.
Nusrah: Nama kita Nusrah.
Nuha: Nama kakak apa?
Marsha: Ni Marsha.
Ana: Syaza.
Lah: Zalilah.
Nuha: Zalilah..hik hik.. Awak nak tau tak nama budak tu?
Ana: Ha, siapa nama dia?
Nuha: Tu Hakimi.
Nusrah: Jom kita main bola ni.
Ana: La, akak tak mandi lagi ni, adik mainlah dulu eh.^^

Cerita pada Hazirah dan Robi, diorang kata, budak-budak tu pun ada tegur diorang juga, "Jom kita main drum." "Ala, kita tak retilah main drum. Kalau awak nak ajar takpelah." "Ok, nanti eh kita ajar."

Tanya khabar pada Afif. Tanya dia pasal mukhayyam sekolah dia. Dia kata, mukhayyam form 5 kat sekolah je. Kami pun cerita mukhayyam tahun lepas dan kem kepimpinan. Best! Excited cerita pasal cara kami gosok gigi dan kena denda. Rehat~

k.Izyana: Mardhiyyah tak datang eh?
Ana: PLKN.
k.Izyana: Wafaa'?
Ana: PLKN juga.

Kami dikehendaki untuk menguruskan pendaftaran pada kak Khalilah. Sebelum ni, ana kenal kakak ni melalui blog je. Silent reader.^^
Ana: Adik akak tak ikut ke program ni?
k.Khalilah: Tak. Kenal ke?
Ana: Taklah, tak pernah jumpa pun.
k.Khalilah: Habis tu?
Ana: Kenal akak je. Tapi tak pernah jumpa juga.
k.Khalilah: Aik?! (kebingungan..ah sudah, aku wat bolok kat situ)
Ana: Kenal ikut blog je.
k.Khalilah: Malunya~

Yang 4 orang lagi sahabat ana sengih kat tepi je. Tu lah, diorang suruh ana pergi dulu. Bila ana yang suruh Marsha cakap, dia kata, "Ana tak pernah pun cakap dengan dia. Lawan debat pernahlah." "Huh, daripada ana ni yang memang tak pernah jumpa, jumpa kat alam maya je." Pergi ke dewan, dengar taklimat daripada ust Nizam.

Lupa pula nak beritahu, LKD merupakan singkatan kepada Latihan Kader Du'at. LKD merupakan program khas untuk pelajar lepasan SPM MUSLEH.


"LKD merupakan persediaan untuk daie
2 yang akan dilepaskan di lautan. Antum semua datang ke sini sebagai daie bukan sebagai pelajar. Jadi, kalau pasal usrah ke misalnya, jangan nak tunggu naqib je. Kita yang kena laju, kena proaktif. Tapi laju2 pun, kena hati-hati juga. Tak naklah kena speed trap."-Ustaz Nizam-


Tugas kami yang pertama, kena lantik Amir dan Amirah (ketua) yang akan mengetuai LKD3 sepanjang 6 bulan ini, kena bentukkan kumpulan. Maksudnya, kena syuralah, amalan syura diyakini~ Nanti, setiap kumpulan akan diberi RM 150 untuk membeli makanan yang mencukupi untuk 3 hari ini.

Kami pun mengadakan perbincangan. Akhirnya, kami sebulat suara memilih Hana (Al-Amin Bangi) sebagai Amirah. Bahagi kepada 4 kumpulan. Ana kumpulan kedua, ada Aimi (ketua), kak Nisa' aka kak Chik (penolong/kebajikan), Afif (chef), kak Madihah (ta'dib/disiplin/kebersihan), ana, Syifa' JB, kak Jannah, Nadiah dan Amalina. Taaruf dengan lebih lanjut. Chef dari setiap kumpulan akan berbincang untuk menu. Kemudian, kami lantik timbalan Amirah. Syifa' JB jadi calonnya juga. Masa ni, ana tak tahu orang panggil dia Syifa' JB, sebab ada juga orang lain nama Syifa'. Ana pun tanya Syifa', "Siapa Syifa' JB?" "Dia tanya kita siapa Syifa' JB. Kitalah." Akhirnya, dia jadi. Solat Zohor dan Asar, makan tengah hari.

Dalam pukul 3:00, nak letak barang dalam bas, nampak Maryam dan Fida'. Lama tak jumpa ni. Fida', "Huih, lama tak jumpa. Hangpa lama tak pi program. PRINT'11 tak pi, Nadwah dulu pun tak pi, hang duk pi Langkawi. Baru la ni boleh jumpa." Naik bas, chef-chef pergi beli barang. Duduk dengan kak Hanifah. Hampir 2 jam juga perjalanan. Kena jalan sikit untuk ke tapak perkhemahan.

k.Izyana: Adik Irfan kan? Kalau meeting, dia selalu menyelamatkan keadaan.
Ana: ^^ Sekarang dia gi Mesir, bulan 6 ni kot baru balik sini. Tapi, habis dah la pun LKD masa tu.

Kak Izyana ni, dua pupu Nasyitah. Ramai juga batch kali ini yang ada abang/kakak batch 1 LKD dan agak ramai jugalah batch 1 LKD yang ana kenal (banyak yg kenal pun melalui alam maya, ada juga akhawat yg mmg pernah jumpa, kak humaira' kenalkan). Yang baru datang dari STAM IKRAM (PSI), Aman Kelantan dan Islah, diorang kena daftar dan masuk dalam kumpulan yang sedia ada.

Ana: Maryam, ana kumpulan 2.
Maryam: Kumpulan 2? Ok2, doakan ana.

Akhirnya, ditakdirkan Allah, maka masuklah Maryam bersama Hidayah ke dalam kumpulan 2.

Ada taklimat ringkas. Masuk dorm, khemahlah, kami panggil dorm. Dorm pertama untuk kumpulan 1 dan 4, dorm kedua untuk kumpulan 3 dan 4.

Malam ni, kumpulan kami masak. Masak pasta. Chef-chef kata, ada duit lebih dalam RM 300 lebih juga. Roti-roti dan twiggies di kedai semua chef beli sampai habis. Akhawat ke kedai dengan kereta kancil, jadi tak muat nak letak semua barang dalam kereta tersebut. Maka mereka pun menumpang roti-roti dalam kereta yang dinaiki oleh ikhwah, sampaikan ada ikhwah tanya, "Diorang makan roti je ke?"

Solat maghrib dan Isya', mathurat. Tazkirah selepas solat bertajuk Ithar, Kasih Sayang dan Silaturrahim. Makan~

Setiap kumpulan ada tugasannya masing-masing. Maka, untuk permainan malam ni, kumpulan 3 handle (kump Robi), main di dorm kami. Permainan pertama, semua kena berdiri atas kain batik dan terbalikkan kain batik tersebut tanpa menjatuhkan kaki dari kain batik. Manakala permainan kedua, kena lukis muka kita atas kertas. Kata Nabilah, kalau kita memang teruk sangat bab-bab melukis ni, tulislah sedikit pasal diri kita. Nanti, kita akan dapat orang lain punya, kena cari tuan dia. Kena guna isyarat/kod, kalau dia wat dunno, bukan dia punyalah tu.

Bila ana dapat kertas orang lain, rasa macam kenal ni (kalau berdasarkan muka, lain sgt2). Dia tulis motto dia sebagai description. "Kita tidak akan mendapat hasil yang terbaik, sekiranya usaha kita bukan terbaik!" Dahlah dia tulis perkataan OSEM pada muka dia. Maka, ana pun aim orang tu..siapa?.. Robi punya. Bila ana nampak perkataan OSEM, teringat Cik Be'ah Osem. Dekat LKD ni, Robi suruh panggil dia Be'ah. Kak Kamadia aka kak Kam dapat yang ana. Macam-macam kerenah ada.

Seterusnya, kami ke dewan untuk Pengisian 1 yang disampaikan oleh ustaz Idris berkenaan al-Ukhuwwah al-Islamiyah. Banyak isi-isi penting ni, bila tengok semula isi-isinya, macam yang akh A'anal pernah bentang dekat sekolah, masa mukhayyam dakhili tahun lepas. Memang ustaz kata, slide ni, anak dia yang buat.

Hmm...nak mula dari mana ya? Oh ya, point-point pada slide ni semuanya dalam bahasa Arab. Hee~ tak reti nak tulis kalau ustaz yang berkata-kata. Terlalu banyak point, sekejap cerita pasal itu, sekejap cerita pasal ini. Diorang semua kata best dengar penyampaian ustaz, tak mengantuk (akhawatlah).


"Ukhuwwah merupakan satu hubungan silaturrahim yang suci. Berukhuwwah merupakan nikmat yang besar. Kita kena perluaskan dunia ini dengan berukhuwwah. Permusuhan menghilangkan segala nikmat ukhuwwah (kisah Aus dan Khazraj). Rasa kasih dan sayang bukan ungkapan/ditempel di luar semata-mata. Bila ada ukhuwwah, kita tidak akan senang melihat orang lain susah. Sebaliknya, kita seronok bila kita susah kerana orang. Beritahu saudara kamu jika kamu menyayanginya. Bersabit dengan isu perkelahian, kena selidik dahulu, kena ada bukti dan cuba selesaikannya. Perkembangan Islam itu berlaku kerana adanya ukhuwwah." beginilah secara ringkasnya


"Jika kamu membelanjakan segala yg ada dibumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia.Tetapi Allah jualah yg menjinakkan hati antara hati-hati mereka." (al-Anfal 8:63)

Banyak cerita-cerita yang keluar dari mulut ustaz, tidak kira sama ada cerita berkenaan dirinya, berkenaan sekolah atau pun berkenaan ummah. Banyak kali juga ustaz nak tercakap dalam loghat Terengganu, tapi cepat-cepat diubah, takut orang tak faham.

Ustaz ada juga cerita pasal mukhayyam yang dijalankan di sekolah kami. Mukhayyam masa ana form 1, tahun 2007. "Kami berjalan 15km di tepi pantai. Pukul 12:00 tengah malam bertolak, pukul 12:00 tengah hari sampai. Tak tidur semalaman. Sampai ada yang ana rasa nak bawa dia." Semua terkejut. Hakikatnya, lepas kami seberang sungai tu, kami tidur, ustaz je yang tak tidur. Ustaz hidupkan api sebab ada yang kesejukan, ustaz yang jaga kami semua.

Ada sekali tu, ustaz sebut jumlah pelajar tingkatan 5 mt02 tahun lepas. "Bukan ana yang suruh diorang datang ke program LKD ni. Ana serahkan amanah tersebut kepada orang lain. Kalau tak panjang ceritanya nanti. Zalilah, bukan ana telefon nti kan?" Zalilah menggelengkan kepalanya. "Ana nak tengok siapa yang volunteer untuk datang ke program ini (Sungguhpun begitu, tidak dinafikan ada yang mempunyai kesulitan untuk hadir). Semoga 11 org yg dtg ini (termasuk Khadijah) akan menjadi benih yang tumbuh, bercambah dan beri kebajikan kepada ana." Dan diaminkan oleh sahabat-sahabat semuanya^^ Doakan kami terus tsabat di atas jalan dakwah~

Kami juga berharap antum semua dapat hadir untuk LKD akan datang dan terus tsabat di atas jalanNYA. Teringat antum semua masa alam persekolahan.

Ps. Seronok dapat berkenalan dengan kakak yang menang video osem tu, video akhawat korea~

Sambungan Mukhayyam LKD3 [2nd day]
Sambungan Mukhayyam LKD3 [3rd day]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Mukhayyam LKD3 [1st day]
Design by a.a.ghariib