Gheni mangkit pukui 5:30 pagi. Bukan sebab bunyi
alarm hp tapi bunyi jiran sebelah.
Alarm pun tak sempat lagi nak berbunyi, jarum saat tak sampai lagi. 5:40 baru kejut orang lain. Mardhiyyah sms,
"Salam, nadiah. Biasanya utara masuk subuh awal ke lewat dari terengganu?" "Lewat lagi. Semalam pun 5:51 baru masuk subuh masa dekat kedah." 6:10 pagi Solat Subuh, baca mathurat.
Eh, senyap dah orang sebelah. Tidur balik ke? Jadi tukang
iron lagi hari ni, dah pakat nak pakai baju MaUTaDi hari ni. Mardhiyyah dengan muallimah An dah pakai semalam.
Haziqah sms ajak kami keluar, katanya makanan dah sampai. Jadi, pukul 7:30 kami pun keluar. Masa keluar tu, baru 3 orang rupanya yang keluar, Iera, Haziqah dan Syifa'. Makanlah dulu, kemudian lepak sekejap tepi pantai.
"Meh, nak tegok matahari naik." "Matahari naik ikut sebelah sanalah." "Tu lah, pagi tadi kitorang melepak dekat luar. Kitorang sembang-sembang dekat luar. Dahlah Marsha pakai telekung, macam Tanyalah Ustazah. " "Oh, tu lah yang riuh tu, lepas tu ketuk pintu bilik orang." "Siapa nya?" "Marshalah. Ketuk-ketuk. Wafaa' bukalah. Dia pun cakap, bagus." "Tadi banin pinjam seterika dengan kitorang. Mula-mula takut juga nak bagi pinjam. Tapi last-last bagi je lah." "Oh, ye ke. Bilik kitorang ada dua seterika."Bila diorang semua dah keluar bilik,
"Marsha sebiji macam masa MaUTaDi." Kasut je lah yang lain pun.
"A'ah, dia kata nak pakai macam masa MaUTaDi hari tu." "Semalam, korang tengok ke sukan?" "Tv tak berapa oklah. Last-last Marsha tengok cerita kartun." "Cerita kartun? Cerita apa? Ada ke, Tv berapa?" "Cerita Toys Story dekat tv 2. Dah tutup lampu, dia khusyuk betul tengok."Dalam pukul 9:00 pagi, kami pun bertolak, naik bas sekolah. Tertanya-tanya nak ke mana dulu ni ye?
"Auni, diorang dah pulang belum seterika?" "Belum." "Syaza kata bilik diorang ada dua seterika." 9:20 pagi, kami sampai di
Nusantara Maju Enterprise, tempat jual barang-barang/ubat-ubatan berasaskan gamat. Tengok dia masak minyak gamat. Beli barang yang muallimah Yong pesan. Sekejap je singgah dekat sini. Nak beli apa ye?
10:00 pagi, kami tiba di
Kota Mahsuri. Jalan-jalan dekat dalam tu. Tengok sejarahnya. Bergambar dekat model-model rumahnya. Pergi tengok burung-burung, makam mahsuri, telaga dan lain-lain. Masa nak keluar tu, diorang bergambar dekat kedai.
"Pandai diorang buat tempat keluar, kena masuk kedai." "A'ah." Yang paling orang suka bila tengok Marsha bergambar, dapat perhatian yang ramai ye.
Pukul 11:30 pagi, kami tiba di
Taman Buaya. Hampir sejam juga perjalanan. Majoritinya tewas dalam bas. Sampai-sampai, eh banyaknya kucing comel-comel. Tak, sebenarnya nak cakap, sampai-sampai, pertunjukan nak habis dah. Tapi takpe, pukul 11:40 dia nak bagi makan pada buaya-buaya.
"Kotornya air dia, kesian buaya tu." "Kalau dia buat buih, maksudnya dia tengah agresif." "Buaya ni ambil masa 2 minggu untuk hadam makanan. Berjemur bagus untuk dia sebab nak menghilangkan bakteria pada dia. Sebab tu lah dia nganga mulut, nak buang bakteria." Pandai betul Afif dengan Tasha. Masa dia bagi makan tu,
"Tengok, yang depan tu tak dapat-dapat. Nganga je." Akhirnya dapat juga. Bila pertunjukan dah habis,
"Eh, ada seekor lagi ikan. Tengok, tapi dua-dua malas angkat kaki. Depan mata je." Jalan-jalan di sekitar kawasan ni. Ada 2 ekor buaya yang lain dari yang lain. Seekor tu, ekor kontot. Yang lagi satu tu, tak tau nak cakap macam mana.
Pada jam 12 lebih, kami tiba di
tempat pembuatan kristal. Tengok-tengok je dekat situ. Tak beli apa-apa pun.
Pukul 1:00 petang, kami berhenti di
Pantai Pasir Hitam. Pantai dekat sini je yang warna hitam. Keterangannya di situ menjelaskan ada kaitannya dengan mineral.
Jalan-jalan dekat sini. Tengok-tengok
keychain yang dijual di situ. 1
keychain, RM 1. Kalau 6
keychain, RM 5. Fikir, nak beli tak. Akhirnya habis RM 15 untuk
keychain, maksudnya beli 18. Bukan apa, nak bagi semua sepupu ana sebelah ayah ana. Semua sepupu dah 15 orang (maksudnya tak campur adik beradik analah). 3 lagi tu tengah fikir. Masa
family gathering hari tu, 21/11, keluarga nenek ana (sebelah ayah), ayah ana pi habaq kat depa semua.
Beli betiklah. Cari Wafaa'. Jumpa dia tengah minum air kelapa dengan Mardhiyyah dan Marsha. Kemudian, ikut Marsha dan Izyan cari barang untuk adik Marsha dan abang Izyan. Fikir nak beli apa untuk adik lelaki ana yang sorang tu. Tadi ayah ana sms,
"ibrahim minta hadiah." Diorang makan tengah hari dekat sini. Beli kacang kuda dan aiskrim jagung buatan pakcik tu. Sedap, aiskrim dia. Muallimah sampai dua kali beli.
Pada jam 2:45 petang, kami tiba di
tempat kereta kabel. Nak naik kena pakai
sticker. Kalau hilangkannya, kena denda RM 50. Semua berhati-hati. Mula-mula beratur, nampak macam panjang, tapi cepat. Tengah-tengah beratur, nampak sorang budak cina ni. Masam je muka dia, tapi comel. Wafaa' suruh dia senyum, nak tangkap gambar tapi statik je muka dia. Tempat beratur dia berbentuk
zig-zag, jadi asyik terserempak dengan orang yang sama. Kali kedua, abang dia, budak kecil lagi lah, tunjuk-tunjuk dekat kamera yang Wafaa' pegang. Wafaa' pun tanya nak tangkap gambar ke? Dia angguk, dah siap
posing pun. Kali ketiga terserempak, mak dia perasan yang dia bergambar dengan kami. Mak dia pulak ajar cara nak ber
posing.^^
Satu kereta kabel naik enam orang. Kami naik berenam, muallimah Iera, muallimah Syu, Afiah, Izyan, Wafaa' dan ana. Mula-mula adik ana nak ikut Afiah
n the geng. Tapi bila tau enam orang satu kereta kabel, Afiah naik sekali dengan kami. Tapi bagus jugalah dia naik dengan kami. Sebab dah kenal sangat dah dengan dia, cara nak menggalakkan dia. Sebab apa yang orang lain tahu, dia cepat semput.huhuhu... Masa ni baru tahu Afiah dan Izyan gayat. Afiah, ana 'paksa' juga, ajak dia tengok pemandangan kat tepi tu. Akhirnya dia pergilah juga walaupun kena pimpin tangan dia. Wafaa' pimpin Izyan. Izyan sampai ke sudah dia tak berdiri dekat tepi tu.
"Nasib baik juga nti naik dengan kitorang. Baru nak harapkan nti jaga adik ana. Tengok-tengok nti yang gayat. Ana rasa kalau nti naik dengan diorang tadi, adik ana yang jaga nti." "Hee~ ^_^ Ana memang gayat. Adik-beradik ana kak Afiqah dengan kak Afifah memang berani kalau bab-bab macam ni. Adik ana yang lain pun. Ana dengan Ahmad je macam tu sikit." Setiap kali nampak pemandangan, nak jalan kena pimpin tangan dia. Nak-nak atas jambatan tu ha. Dia pegang tangan che sampai berpeluh-peluh tangan. Hai, Afiah, Afiah. Teringatlah pula waktu mukhayyam. Dah dua tahun sama kumpulan dengan dia. Mesti kena jaga dia baik-baik. Kan, Afiah!
Sampai dekat bahagian atas sekali, ada papan tanda, '
You are now at 705 meter above sea level'. Dekat bahagian ni, kami duduk atas lantai tu macam berkelah. Kumpulan kami berehat di situ bersama-sama Marsha dan Zalilah. Marsha buka jajan dia dan juga kacang kuda. Kumpulan Marsha dan Zalilah yang lain dah balik, dah turun. Jadi, diorang naik kereta kabel dengan 4 lagi orang lain. Kesian Marsha. Afiah dengan Izyan punyalah berebut nak duduk tengah dalam kereta kabel. Turun-turun,
Sir Azman tunggu dekat depan tu, suruh kami pi solat dulu. Tak sempat lagi nak makan. Beli air je. Naik-naik bas, adik ana cerita yang dia ikut Mardhiyyah tengok arnab. Marsha pula dok cerita dia tengok rusa. Rusa tu pun datang dekat dia, bau baju dia.
Pada jam 6:20 petang, kami tiba di
Kompleks Idaman Suri. Kelihatannya Marsha dan Wafaa' masih mamai ye. Beli beg sahaja di sini. Seterusnya, pada jam 7:00 malam, kami berhenti di
HiG. Memang orang beli sakanlah coklat dekat sini. Mula-mula
settlekan periuk muallimah Yong dan muallimah Ainon. Barulah kami beli coklat. Masa ni baru tahu
Toblerone produk
Kraft Food. Tak jadilah nak beli. Lepas dah bayar, pi dekat Mardhiyyah.
"Tolong ana pilih coklat. Nak beli aa lagi ni? Mak ayah ana macam berharap sangat hari tu." Tengah-tengah pilih tu, adalah dua tiga kali lampu terpadam. Orang dok kata, 'gimik'. Rupa-rupanya, Daim pun
Kraft Food. -.-"
Kemudian cari kedai makan. Nak bungkus. Depa yang lain makan dekat situ. Sementara menunggu makanan siap, Izyan, Wafaa' dan ana pergi kedai belakang. Nak tengok-tengok. Mardhiyyah dan adik ana tunggu makanan. Ada sebuah kedai ni, baik sangat kakak tu. Wafaa' beli keronsang untuk adik beradik dia. 6 biji RM 10. Tapi kakak tu bagi 7 biji. Ana beli
t-shirt untuk adik ana.
"Wafaa', cuba bayangkan adik ana muat tak kalau saiz ni?" "Kalau nak yang lengan panjang ada dekat sini." "Tak, nak beli baju untuk orang lelaki." Lepas tu, Izyan beli
t-shirt labuh untuk mak dia.
Sekali, Bi'ah sms,
"Baju... Tolong carikan baju untuk ayah ana, saiz L, bawah RM 10.. yang terokey." Ada jumpa baju RM 5 dekat kedai kakak tadi. Wafaa' pergi tanya Bi'ah
okay tak kalau yang tu. Pilihlah untuk ayah dia dan ayah Izyan. Iera dah beritahu pada muallimah yang kami lambat sikit. Diorang pun tak habis makan lagi. Mardhiyyah pun datang dekat kedai tu. Tengok-tengok juga keronsang.
"Wow, 6 10 ringgit." "Tadi, ana beli, baik sangat kakak tu, dia bagi ana pilih 7." Baru nak
warning Wafaa', kakak tu datang dari arah belakang dia.
"Takpelah, akak bagi 7 10 ringgit." Wafaa' terkejut, malu..
"Takpelah akak." "Apasal tak habaq mai kakak tu ada tang tu." "Che baru nak habaq tapi dia dekat belakang nti dah." Nak balik dekat bas dululah, diorang tak habis makan lagi. Teman Mardhiyyah singgah kedai beli roti sekejap. Masa lawatan MaUTaDi hari tu baru tahu dia suka makan roti. Tak sah kalau satu hari tak makan roti.^^
Dalam perjalanan pulang, ana dan Wafaa' ajar Marsha loghat utagha. Perkataan awat sahaja dah lama. Cara sebutannya macam await tapi tak berapa jelas sangat huruf 'i' tu. Macam-macam dia sebut, sampai
awet,
awek pun dia sebut. Sampai Pantai Chenang semula pada jam 9:00 malam. Malam ni, Mardhiyyah nak datang bilik kami. Nak makan sama-sama. Tiba-tiba dengar banin ketuk pintu dan panggil dekat luar,
"banat, banat." "Eh, banin panggil kita eh?" "Banat, kunci tinggal kat tombol pintu ni." Wafaa' pun pergilah ambil.
"Nak cakap terima kasih tak dekat banin?" "Terima kasih!" "Siapa masuk last tadi?" "Izyan buka pintu tadi." "Ana mana retilah pintu bilik kita ni." "La, habaqlah, nanti ana buatlah." "^.^" Rasa malu sangat. Tapi tak boleh nak berhenti gelak (tapi suara kena
control). Pintu bilik kami memang agak susah sikit nak 'diuruskan'.
Mardhiyyah sms,
"Ana datang lambat sikit. Nak solat dulu." Jadi, kami punggah dulu barang-barang yang dibeli. Kemas sebab esok dah nak balik. Satu beg untuk coklat sahaja. Satu beg baju dan satu beg untuk dibawa ke atas bas. Tulis balik barang-barang yang telah dibeli beserta harganya. Sedang-sedang asyik mengemas...
"Eh, nak tengok cerita hantulah." "Tengoklah." "Tak nak. Tak payahlah kak Izyan.." Wafaa' pun terus buka tv. Buka-buka, tiba-tiba semua rasa lain macam dan Wafaa' pun tutup balik tv :D
"Biasanya kan, cerita hantu mesti dia buat tandas buruk-buruk." "Tandas kita buruk tak? hehehe" "Eh, dahlah, tak nak cakap pasal ni." "Nti yang start." Sambil-sambil kemas, Izyan suruh tanya diorang dekat bilik lain, tandas depa
ok tak sebab. Bi'ah jawab,
"Tandas kitorang tak de siput. Lipas ada." Izyan pun tak jadi nak menumpang tandas depa.
Tak lama kemudian, ada orang ketuk pintu.
"Wafaa', cepat buka pintu ni, cepat Faa'." Mardhiyyah datang, dengan bertelekung. Siapkan tempat untuk makan.
"Emm, ana nak tanya, nti datang tadi, pakai telekung eh? Kain dia pun?" "A'ah.^^" "Dah, takde banin ke dekat luar tu?" "Ada, sebab tu lah ana suruh Wafaa' buka pintu cepat-cepat." "Diorang nampaklah nti eh?" "Ana tutup muka macam ni." "Ohh, kelakarnya nti ni." "Huh, tebal muka. Ana tak solat lagi sebenarnya. Tandas penuh."Tengah-tengah makan, Syifa' dan Haziqah datang. Nak minta air masak. Tengok tv sekejap dekat sini.
"Biasanya, cerita hantu ni, awal-awal ni hantu dia tak keluar lagi. Episod akan datang baru hantu tu keluar. Eh, dengarlah suara banin dari sini." "Memang pun. Nasib baik nti tak duduk bilik ni." "Memang doh. Kalau ana duduk bilik ni, rasanya ber'perang'lah dengan jiran sebelah tu." "Tu lah yang ana nak kata." "Eh, korang, nanti datanglah bilik kitorang. Tapi, nak naik ketuk kasut dulu tau! Nanti mak marah." "Okay!" Marshalah tu jadi mak. Banyak watak betullah dia ni. Hari tu jadi bapak.
"Syifa! Pulang balik botol air masak tu. Kitorang nak juga." "La, bagi jelah ana." "Nurul Syifa' Mohd Nor!" "Nahlah." "Mardhiyyah, esok eh. Esok tau." sambil membuat isyarat ke arah Wafaa'.
"Okay." Wafaa' terpinga-pinga. Kemudian, kami pun solat berjemaah. Malam ni, Mardhiyyah pula jadi imamah. Di
import ni dari bilik lain.
"Ana takut tak muat beglah." "Nak pinjam beg ana tak?" "Boleh juga." Kemudian, kami pun pergi ke bilik Marsha. Diorang tengah tengok cerita cina. Meriah betul bilik ni dan bilik sebelahnya. Singgah sekejap je.
Balik semula ke bilik, kemas yang bakinya. Lepas dah sudah tu, ana saje baca balik yang ana tulis dekat hp, tempat-tempat yang sudah kami lawati hari ini.
"Eh, nak tulis jugalah. Cuba nti sebut balik." Sebutlah balik tempat-tempat yang telah dilawati beserta waktunya. Depa berdua dah lena. Sementara Wafaa' baca buku, ana baca mathurat. Memang terlupa nak baca tadi. Biarlah lewat pun, baca juga. Lebih baik lewat, daripada tak baca langsung. Bagi ana, baca mathurat buat ana rasa selamat sebab kita dah berdoa kepada Allah dan semua doa itu adalah doa yang diajar oleh Rasulullah. Malam ni sunyi je.
Bila dah 12:00 tengah malam je, bunyi riuh mula kedengaran.
"Eh, dengaq dak?" "Dengaq, depa bangun balik eh?" Haziqah sms,
"Dah tido belum?" "Belum. Tengah baca buku. Orang sebelah dah bangun." "Tau, tadi diorang nak takutkan kitorang, buat macam hantu." Diorang melepak dekat luar pula. Malam ni asyik dengar bunyi orang sms ke hp Wafaa' je.
"Siapa pulak ni? Oh, Mardhiyyah." "Kenapa? Dia cakap Happy Birthday ke?" "A'ah." "Nti lahir pukul berapa?" "Sebelum subuh. Kakak ana pun semua sebelum subuh." "Oh, ana ucap esoklah. Kiranya, ana orang firstlah ucap betul-betul pada waktunya." "Apa-apalah Nadiah." Sampai satu masa, terdengar sesuatu yang tak ingin kami dengar. Cepat-cepat tutup lampu, bersiap nak tidur. Akhirnya, kami tidur pada pukul 1:30 pagi.
Set jam 5:40 pagi.
Note:
*Afiah *Afif *Auni *Bi'ah *Haziqah *Izyan *Mardhiyyah *Marsha *Sara Natasha *Syifa' *Wafaa' *adik ana *ana *others
Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...