Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Persediaan ke LKD 3

08031433H
Assalamualaikum W.B.T.
Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini. (Cepatnya dia tulis)
Baca pasal usrah minggu lepas di sini.

Maryam 30-01-2012 19:57
Salam. Nti, tulis blog x? Marsha kte ad cite menarik.:)

Me 30-01-2012 20:06
Ye ke. Hmm.. Blm lg, tgh fikir nk wat dlm satu post ke, atau nk wat 1 hari 1 post. Nti rasa? Yelah, 1 hari je pun dah ada mcm2 cerita, mcm2 pengisian kan.

Maryam 30-01-2012 20:58
Klu buat satu2, berat x? Ana rasa cm satu2..

Me 30-01-2012 21:01
Ok. Ana fikir mcm tu jg.

Maryam 30-01-2012 21:03
Dah nak post ke? Nak baca!!

Me 30-01-2012 21:09
Boleh baca esok kot. Malam ni tak tau menaip sampai pukul berapa.

Walhal, hari ini baru start menulis. Hal ini kerana laptop ini diambil alih oleh kedua orang tua ana yang mahu melihat fb anaknya, teruja nak tengok wall abang ana. Depa jumpa dengan Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Dr Hafidzi dll. Macam Mimpi!
Link
Masa tengah bulan Januari, Marsha diamanahkan oleh ustaz untuk memaklumkan hal berkenaan LKD kepada semua akhawat sebatch. Tapi, tidak semua nombor yang ustaz beri itu dapat dihubungi, mungkin nombor lama kot. Maka, Hazimah menyebarkan berkenaan LKD di fb. Rata-ratanya memberi jawapan positif pada awalnya. Ana pun sms pada Zalilah dan Izyan (diorg masih takde fb masa ni).

Kita mulakan daripada hari membuat persiapan ya. Pada hari Isnin yang lalu, beberapa perbincangan mengenai LKD 3 telah dibuat bersama sahabat sebatch. Tanya juga abang ana sikit-sikit pasal LKD ni. Baru dapat tahu, sikit je orang yang boleh pergi. Ada yang memang nak pergi, tapi ditarik nikmat kesihatan (Nurul), ada 2 orang akhawat yang maknya sakit (Iera, Nasyitah), yang lain ramai yang bekerja, ada juga yang tak tahu sebab apa. Hmm... Teringat, ramai akhawat LKD 3 kata, "Sebenarnya, Allah yang pilih kita, walaupun mungkin kita rasa ada lagi sahabat kita yang lebih hebat kepimpinannya, pandai bercakap, pendek kata, yang lebih layak pada pandangan kita. Tapi semuanya, atas kehendak Allah."

"Berjihadlah kamu pada jalan Allah, (dengan) sebenar-benar jihad. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam ad-deen suatu kesempitan. Milah (agama) bapa kamu Ibrahim. Dia yang telah menamakan kamu Muslimin dari dahulu, dan dalam (al-Qur’an) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas kamu, dan kamu menjadi saksi atas sekalian manusia. Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dia adalah Pelindung kamu, maka Dia Allah adalah sebaik-baik Pelindung, dan sebaik-baik Penolong." [al-Hajj, 22:78]

Sedang kami berchat pada hari Selasa, bincang pasal LKD, Robi pun cakap, ustaz Idris datang ke rumahnya bersama Syafiq untuk hantar borang LKD. Tak lama kemudian, dapat message, diorang letak borang dekat dalam peti surat dah. Ingatkan ustaz pergi rumah orang Kemaman je, tengok-tengok, sampai ke Kerteh ustaz pergi. Ustaz pergi rumah Yakan, Zalilah dan Hazirah bersama Syafiq dan Izzat.

Rupa-rupanya, ustaz cakap macam ni,
"ana datang rumah antum ni nak tengok kesediaan buat kerja da'wah. mana yang bagi banyak alasan, mana yang bersedia daripada awal. semua ana nilai." - Ustaz Idris -

Keesokan harinya kena hantar borang di sekolah. Maka, kami bercadang untuk habis kerja awal dan pergi ke sekolah pada jam 2:00 petang. Tapi hari ni macam tak ada banyak kerja pun. Ustaz telefon Robi, tapi dia tak perasan. Jadi, Robi pun telefon semula ustaz dengan menggunakan hp Izyan (hp Robi habis kredit), ustaz tanya pasal borang, bila nak hantar. "Syaza pun ada dekat sini juga." "Nanti ana telefon balik, nti bagi ana cakap dengan Syaza."

"Assalamualaikum." "Waalaikumussalam wa rahmatullah. Nti pergi tak? Dah isi dah borang?" "Pergi, dah." "Dah tandatangan?" "Dah." "Bila nti nak hantar." "Ingat nak hantar pukul 2 kat sekolah, sekali dengan Robiatul, nape? Ustaz takde ke?" "Ada je. Ana nak cari tiket bas ni" "Oh, ok." "K right, ana nak tahu berapa orang pergi, nak fikir pasal pengangkutan."

Maka, kami pun berjalan di bandar, ana nak beli selipar. Robi nak cari kasut crocs. Survey kedai-kedai kasut yang ada di bandar ni. Robi pun kata, ustaz kabo nak datang sini, ambil borang dan duit untuk bayar tiket bas. Tengah-tengah lintas jalan, "Eh ustaz." Semua macam terhenti tengah jalan, sambil mengecilkan mata untuk fokuskan pandangan. "Jom, jom, lintas jalan dulu, jangan berhenti tengah jalan." Kami pun hantar borang pada ustaz. Tanya segala benda yang kami musykilkan.

Ustaz tanya juga Izyan kenapa dia tak datang. "Eh, bagi ana nombor nti." "Nanti ana miss call." "Alright." Fikir-fikir balik, baik sms je terus. Dalam hp ana ni, penuh je nombor muallim, muallimah, ikhwah akhawat krj/sekolah dll, maklumlah, ni hp lama abang ana. Lepas ustaz pergi, terjumpa ikhwah sebatch, ada 4 orang jalan-jalan kat bandar. (Sehabis daya mengelak, 3 kali kot, nyaris bertembung)

Me 25-01-2012 12:11
Ni syaza.

Ust Idris 25-01-2012 12:11
Tq

* * * * *

Kami tetap ke sekolah untuk berusrah. Kali ni, tak gabung lagilah dengan ahli baru, berkumpul dengan ahli lama je. Lagipun, barang semua tak kemas lagi, yang PLKN pun balik esok. Di sekolah, naik-naik tangga, jumpa ustaz lagi. Ustaz suruh berkumpul di sekolah jam 6:00 petang esok.

Seperti biasa, pergi library dulu sebab nak jumpa Marsha, tengok-tengok dia keluar. Maka kami duduk dengan muallimah Zuliana. Guru-guru tengah pening pasal markah koko batch kami. Muallimah Ain pun ada juga. Jumpa muallimah Azlinda di bawah, tolong apa yang patut, mengangkut kotak-kotak yang orang bagi untuk makmal.

Dalam usrah, muallimah ada cerita sikit-sikit pasal rancangan kat tv yang bermanfaat. Tanya kami pasal LKD, pasal STAM pada Khadijah dan pasal PLKN pada Wafaa' dan Mardhiyyah. Khadijah kata, dia periksa 20 kertas. Wafaa' dan Mardhiyyah pun ceritalah apa yang mereka lalui sepanjang PLKN.

Berbincang pasal dakwah. Muallimah pun ada bagi cadangan cara nak dakwah di PLKN. Wafaa' masuk geng surau. Dia ceritalah macam-macam. Ada juga kalau orang nak tahu apa-apa, diorang rujuk pada Wafaa'. Mardhiyyah pun boleh tahan juga ceritanya. Ramai yang menjadikannya tempat rujuk. Ada yang beragama lain, turut bertanya tentang Islam. Subhanallah.

Ada yang beragama Kristian, dia selalu bawa bible bersamanya. Maka, Fatimah pun turut membawa tafsir al-Quran bersamanya. Dia test-test juga baca tafsir. Mardhiyyah kata, ada sorang peserta tu, dia selalu juga buat kuliah lepas solat, tapi dia banyak buka kepada soalanlah, kalau ada orang nak tanya. Katanya, orang tu cara penyampaiannya ala-ala Ustaz Azhar. Ramai jugalah yang berasa senang dengan penyampaiannya itu.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang salih, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada (golongan Muslimin (orang yang berserah diri).'" [Fussilat, 41:33]
* * * * *

Hari Khamis telah tiba. Sms pada sahabat-sahabat yang akan pulang ke PLKN, Selamat melapor n berPLKN~ Kepada Mardhiyyah, lain sikit bunyinya, Selamat melapor n bercuti~(Dia dpt cuti utk ke kenduri kakaknya di negeri9)

(maafkan kami, tak guna bahasa standard)
Wafaa' 26-01-12 14:55
Malasnya..nak balik je rasa..nti pun selamat berPLKD..

Me 26-01-12 14:56
Ek mu. PLKD pulak, LKD je lah. Tau lah hang suka PLKN.haha Bulan 4 n bulan 5 ada lagi LKD kalau nak ikut.

Fatimah 26-01-12 14:57
Tq. Doakan kami agar sentiasa bersabar dan berjaya mengharungi segala rintangan yang mendatang :)

Me 26-01-12 14:58
InsyaAllah^^

Wafaa' 26-01-12 15:00
Ala sama je.. baru sehati sejiwa... kalau ada peluang, insyaAllah, ana boleh join korang...

Me 26-01-12 15:01
Saje je. Yeay, bestnya.

Wafaa' 26-01-12 15:06
Sedia dah ke nak gi? Berapa orang yang gi?

Me 26-01-12 15:11

Kul 6 kumpul kt sek. Bnt 5 org, ana, lah, marsha, robi n zirah. Bnn dgr2, 7 org, semua mt02.

Wafaa' 26-01-12 15:16
Mantopla..buat yg terbaik tau..

Me 26-01-12 15:18

Org PLKN pun lg mantop. Dah jumpa dgn org luar kan.

Wafaa' 26-01-12 15:20
Yelah..mcm2 ragam ade..klo xkuat mmg ana x tahan..doakan ana di sini!!

Me 26-01-12 15:21

Sentiasa

Mardhiyyah 26-01-12 16:56
Assalamualaikum. Ana otw ke cherating nak melapor. Doakan ana n fatimah...jazakillah =)

Me 26-01-12 16:58

Ok. Doakan kami juga.


Maka, ana ke sekolah dalam 5:40 petang bersama Robi. Kemudian, Lah dan Hazirah pun datang. Akhir sekali, Marsha. Rupa-rupanya, ikhwah 5 orang je yang pergi, Anwar, Hanifuddin, Izzat, Mujahid dan Yakan. Ikhwah naik dengan Ust Azman. Kami, naik dengan Ust Idris dan ditemani oleh Ust Khair untuk ke Kuantan.

Dalam kereta, macam-macam ustaz cerita. Kami ke Kuantan ikut jalan lama, tak ikut highway. Ustaz tunjuk tempat-tempat mukhayyam sebelum ni. Banyak juga berbual dengan ustaz. 2 kali nampak babi, ust Idrislah tunjuk. Ust Khair asyik jerit sambil buat gaya terkejut.

"Dekat sinilah tempat ana main masa kecik-kecik." "Rumah ustaz kat mana?" "Dah lepas dah, dekat belakang tadi tu." Lah banyak cakap dengan ustaz sebab dia dan Marsha duduk tengah. Tunjuk tempat mukhayyam masa form 1, yang jalan tepi pantai tu. Ustaz Khair, "Ana paling ingat Hazimah masa jalan." Ust Idris, "Kalau boleh nak gendong je dia." Ustaz tolak dia guna batang kayu, beri semangat untuk jalan. Ustaz ada juga cerita pasal usrah.

Sampai di stesen bas, "Jalan, jangan jalan sorang-sorang tau." Masa kami pun nak ambil beg di belakang kereta. "Ustaz bawa se je beg?" "Yelah, ana bukan nak bawa botol susu." Makan malam, solat. Ust Azman dan ust Khair pun balik. Kami tunggu di platform 4.

UI: Mana yang lain?
Lah: Dekat surau lagi.
UI: Kena hati-hati sikit kat sini. Ada orang lelaki menyamar jadi perempuan kat surau, curi duit.
Lah: Ada gok ke gitu?
UI: Ada je.

Ustaz pun bawa keluar tiket bas untuk diagih-agihkan. Lah dan Robi dapat 11, 12. Ana dan Marsha dapat 29, 30. Kami ingat bas yang ni, makin besar nombor, makin ke belakang tempat duduknya. Rupa-rupanya, bas ni, cara susun nombor dia lain. Tapi masa ni, kami tak tahu lagi.

Ana: Marsha, nak tukar tak nombor?
Marsha: Tukar je lah.
Ana: Ustaz, boleh tak nak tukar nombor, takut belakang sangat.
UI: Nak yang mana?
Ana: 13, 14 ke?
UI: Ni nombor 7 duduk dengan orang lain ni. Siapa sorang lagi?
Kami: Hazirah.
UI: Macam mana nak buat ni? Hmm...
Ana: Dah tu ustaz?
UI: Eee, ana duduk dengan orang lain lah juga (Kelakar tgk gaya ust masa ni)

Robi, Hazirah dan ikhwah pun turun. Naik bas. Tengok-tengok 29, 30 sederet dengan 11, 12. Jadi kami ni, duduk belakang Robi dan Lah, tepi kami ikhwah.

Off hp, jimat bateri. Sembang dengan Marsha, pelbagai cerita. Kami cuba sebut balik sebab apa akhawat lain yang sebatch tak dapat pergi LKD. Ada juga cakap pasal U, nak ambil bidang apa. Sebutlah semua pilihan, akhir sekali...

Ana: Bidang psikologi pun ana minat juga. Tapi kena banyak sosial lah, banyak cakap dengan orang lain (Selalu bljr sikit2 drpd ayah ana)
Marsha: A'ah, ana fikir juga pasal bidang ni. Tapi ana kurang berkeyakinanlah nak bersosial dengan orang. Nti ok kalau bersosial dengan orang. Ana kalau cakap dekat pentas, ana berkeyakinanlah.
Ana: Ana tahu, nti terbalik dengan ana. Ana kurang sikit kalau depan-depan gitu. Tapi tengok masa jugalah. Ana suka sangat cakap kat depan masa PINTAR 3 dulu. Kadang-kadang, ada gok rasa excited, sambil terketar kat depan. Terketar sebab excited, tapi mesti orang ingat sebab takut/debar.
Marsha: Ho, ye lah. Ana pernah gok gitu, bila ana excited sangat nak cakap kat depan, jadi bergetar. Nti rasa, sesuai tak ana jadi peguam?
Ana: Sesuai. Nti kan pandai berhujah, kan nti berkeyakinan kalau cakap depan orang ramai. Walaupun tanggungjawab macam berat, tapi kena ada lah juga dalam kalangan kita yang jadi.

Konklusi ana,
"Kita banyak je persamaan. Tapi kalau perbezaan kita memang kontra habis. Apa-apa pun, biarlah kita saling menyokong."

Kami target nak tidur pukul 11:00, tengok jam bas tu. Bila check jam tangan kami, rupa-rupanya jam bas lewat 35 minit. Huh, tidur-tidur.zzz

Ps. Doakan mlmh Yong agar cepat sembuh, mlmh kata, mlmh kena masuk wad, hipertension. (Dekat Ktn, baru tahu tadi)

Sambungan Mukhayyam LKD3 [1st day]
Sambungan Mukhayyam LKD3 [2nd day]
Sambungan Mukhayyam LKD3 [3rd day]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Semoga Berbahagia Dunia dan Akhirat

29021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Sekiranya anda datang ke blog ini untuk membaca apa yang akh Munzir post di group SMIAAK, sila pergi ke link ini.

Ana menjangkakan post ini agak panjang sebab separuh hari juga kami berada di sekolah.^^ Kalau tak nak baca takpe~


21 Januari 2012, Sabtu

[kredit, nak tengok gambar lain, pergi ke link tersebut]

Dalam pukul 11:00, tunggu dekat luar rumah, jalan kaki ke lorong hujung, biar makcik senang ambil kami. Pergi dengan makcik Midah, Mardhiyyah je ada dalam kereta tu, yang lain, dah pergi sekolah dengan pakcik Abas. Im tanya, "Macam mana tadi?" Makcik Midah, "Alhamdulillah, semuanya lancar. Sarah mana?" "Dia ikut pergi Penang." "Kita jadi wakil." "Oh, makcik tak tau Ibrahim pun ada, kalau tak, makcik datang je ambil ajak pergi rumah." "Kak Syaza tak bagitau ke im pun ada?" "Saya bagitau dekat Mardhiyyah."

Sampai dekat sekolah, jumpa Wafaa' dengan beberapa orang banat asrama. "Gelap..hehe." "Aish, jangan tegur." Mardhiyyah ajak ana jumpa keluarga dia, Mak Long dia rasanya, yang anak dia sekolah Hidayah JB. "Ni Syaza, kawan Mardhiyyah. Dia orang Johor jugak." "Johor, dekat mana?" "Pengerang, Kota Tinggi." Hari ni baru jumpa keluarga dia yang lain, selama ni, dengar dia cerita je, tengok gambar. Jumpa juga kak Atiqah, kawan kak Sakinah yang belajar sama2, dari Kelantan. Umi dan ibu pun ada dekat depan sekolah.

Ikut Wafaa' pergi dengar taklimat dari makcik Ros untuk AJK Kebersihan. Tuang lauk dengan Mardhiyyah sekejap. Cikgu Hussin tegur, "Ni, dah habis sekolah kan?" "A'ah." "Belajar mana dah le ni?" "PLKN." "Oh, tengah tunggu result."

"Nti tolong bagi goodies boleh?" Kak Mardhiyyah panggil ana dengan Wafaa', minta kami tolong bagi goodies. Bahagi tugas, Asma' dan Sarah bagi untuk orang perempuan. Ana dengan Wafaa' kena bagi dekat orang lelaki, ana bagi kanak2/remaja, Wafaa' bagi orang dewasa. Kami ni seganlah juga, tapi kak Mardhiyyah suruh kami sebab dia kata, biar orang besarlah buat. Sami'na wa ato'na. Haziqah, Syikin dan Hazirah pun datang.

Awal-awal ok lagi. Muslim, ada je 'muslihat' supaya dia dapat lebih, lama tak jumpa budak ni. Kemudian, budak2 form 5 nak ganti tempat kami sekejap. "Fa', kenapa nti nampak gelap dari Mardhiyyah." "Memanglah, diorang baru sekali kawat, kitorang kawat lagi banyak dari diorang." "Oh, a'ah, sebelum ni asyik hujan dekat sini. Best ke?" "Tiap-tiap hari rasa nak balik, tapi ok je, Syikin sama kumpulan dengan ana."

Tak lama kemudian, nampak Marsha, dia tolong sediakan lauk untuk pengantin. Pergi join sekali. Letak lauk, susun pinggan dan sudu. Tak lama kemudian, Haziqah, Syikin dan Hazirah pun minta diri, Zalilah baru datang. "Robi datang lepas Zohor." Syikin, "Dia semangat sekali ajak kitorang, tengok2, dia datang lambat sekali.^^"

Pergi bertugas balik, 'singgah' dekat umi sekejap, nak tengok Ilyas. "Berapa tahun dah ni?" "Setahun 3 hari, 18hb hari tu." "Dah besar dah." "Eh, dia ada tahi lalat dekat sini." "Ni, tahi lalat manis." Zalilah balik. "Bai cikgu~" "Ana jadi pembantu je lah." "Samalah tu." "Lah jadi cikgu?" "A'ah, tadika kita dulu. (Tadika an-Nur, dulu ana duduk Kerteh, ana pun nak sekolah SRIAAKerteh dulu sebenarnya, tapi abang ana dah sekolah kat SRIAAKemaman)" "Sekali dengan Hazirah."

Dah lama2 tu, jadi segan bila nampak banin sekolah kita dan alumni, macam mana ni, kitorang juga ke kena kasi? Tiba-tiba, Mardhiyyah datang, ajak ana ambil barang untuk bagi kepada keluarga pengantin. "Jom, nti bagi goodies untuk kanak2 dekat dalam tu." Masa tu, kawan kak Sakinah, Ihab (doktor) jadi penghibur.



Dah habis tu, cari Wafaa'. "Lah, mana bakul nti?" "Ana dah bagi adik nti." "Mana aci, nak bagi jugalah. Nti bagitau tak yang tu untuk orang dewasa." "Tak, ana terus bagi." "Aduh, bagilah briefing dulu sikit." Dah jumpa dia, beritahu apa yang patut. "Im nak bagi yang kanak2 punya." (Dia mmg suka budak2, budak2 pun suka dia, mengingatkanku kpd nabi Ibrahim) Kami pun cari kerja lain.

Nampak Marsha makan sorang2. Jumpa mak Atifah, tapi dia takde. Kak Ainin pun ada. Innah (kakak Mardhiyyah) dok berkepit dengan ana, kesian juga dia terpaksa ikut ana pergi mana2. Tapi dah cakap dah, "Innah nak ikut kita ke? Nanti takut Innah penat pulak ikut kita jalan sana sini." "Takpelah, kita nak ikut awak." Jumpa muallimah Zuliana. "Kagum ana muallimah datang." "Tu lah, sebab saya rasa lapar." "Best ke sekolah tahun ni muallimah?" "Tak, awak semua dah takde." Tergelak kami. Muallimah tanyalah Wafaa' pasal PLKN.

Tak lama kemudian, Marsha datang jumpa kami. "Dah makan belum?" "Belum." "Haih, cepat pergi MAKAN!!!" Akhirnya, kami terheret juga untuk makan, nanti kena bebel. "Wafaa' tu?" "Nanti ana panggil." Kami duduk sebelah kawan2 kak Mardhiyyah. Masa nilah peluang untuk berehat, temu ramah. "Marsha, nti pergi ke pagi tadi?" "Tak, tapi keluarga ana semua pergi. Ana kena tinggal. Lepas tu, ana pergi rumah muallimah Yong, tolong masak." Dia sibuk tanya pasal lesen, dia nak ajak ambil sekali. "Rileklah, dulu ana ambil sorang2 je." "Hu, panjangnya keluarga dia." Keluarga Mardhiyyah bergambar dengan pengantin.






Nampak makcik Baya, tapi Nusrah takde, dia suruh Naili kirim salam pada kami. Nusrah pun patutnya pergi PLKN juga, tapi dia kasi surat. Kami pun pergi ke depan sekejap, tengok gambar2 sekejap. Sekali Hazimah tanya, "Eh, macam pernah tengok je pakcik tu." "Pakcik Mazuni. Mi..mizuna." "Heh, Muzani lah." "Ha, ye, Muzani, ayah Anas. Apa nama isteri dia, lupa." "Makcik Alawiyah." "Ha, ye."

"Eh, dah, Aisyah ada tak?" "Ada tadi, dekat dalam." "Jom, jumpa sekejap." "Malulah." "Takpe, nti ikut ana, biar ana cakap." Wafaa'ni, payah nak ajak dia. "Dulu, kitorang kawan baik. Tapi lepas pindah, lama dah tak jumpa." Akhirnya, makcik Ros, "Mana Wafaa'?" "Tu, dekat tiang." "Wafaa', meh sini jumpa Aisyah." "Hahaha, kan mak hang pi panggil hang sendiri."

Dia mengajar dekat Al-Amin Bangi. "SRI ke, SMI?" "Haih, SRI lah, tak kan SMI kot." "Mana tau kan." "Nti kerja apa?" "Ana, PLKN." "Oh, nti ana ada baca kat blog hari tu." "Blog Robiatul?" "Yelah kot." "Nak jumpa dia? Meh kitorang kenalkan. Mana dia eh?" "Ntah, menghilang. Diorang yang lain malu nak jumpa nti." Tanya nanti nak sambung belajar mana. Dia kata nak jadi doktor.

Marsha lambai ke arah kami, hoho, diorang duduk dekat meja pengantin. Masa ni, dah nak pukul 4 dah. "Robi, dia nak jumpa nti tadi." "Bukan dia kenal ana pun." "Dia baca blog ntilah." "Malunya~" "Kan, mesti malu kan nak jumpa orang yang kita tak kenal." "Nti ni pun Marsha, jadilah peramah sikit. (Kalau bab2 ni, dia mmg malu)" "Ana tak bolehlah, tadi ana jumpa juga Nazatul, tapi malu nak tegur." "Ye ke? Ana tak nampaklah pulak dia." Kawan tadika Mardhiyyah dan Marsha, geng sokmo 3 orang tu.

Kitorang cakap, Mardhiyyah dengan Wafaa' cakap laju. Tengah cerita pasal kawan baik ni. Marsha ada tanya, "Ana cakap laju tak?" "Tak, slow." "Tapi bila ana debat, laju tak?" "Hok tu laju lah." "Laju ok."

Orang2 Kerteh pun datang. Makan bubur kacang sekejap. Sambil tu, Marsha menjadi pendengar setia ana. Innah tak habis2 nak tolong ana. "Awak nak air?" "Eh, takpelah, kenapa tiba2 tanya ni?" "Takpelah, mesti awak haus kan." Sekali, pakcik Muzahar datang. "Assalamualaikum pakcik." "Waalaikumussalam." "Ni, 1, 2, 3, 4, 5, boleh jadi menantu." "Mende gok." "Tengok eh gambar ni, pakcik nak tunjuk." Semua menanti sambil tertanya2, gambar apa ye? "Hee~ Suspend." Marsha mengangguk dan mengiyakan. "Ha, tengok siapa yang duduk atas pelamin ni. Hebat tak?" (Cakap dengan nada bangga, nak tengok, cari sendiri dekat fb dia^^) Baru ingat, kak Sakinah, kakak Syifa' pun kahwin hari ni.

Lipat alas meja, alas kerusi, skirting dll. "Bleach. Ana baca komik dia." "Lama dah tak tengok cerita tu." Innah pun suruh Marsha cerita. "Haha, dulu selalu tunggu malam Ahad, nak tengok cerita ni." "A'ah, excited uh nak tengok." "Ana tengok kat tv je, habis je yang kat tv, ana dah tak tengok dah. Tapi adik-beradik ana yang lain still tengok. Kelakar pulak rasa, macam mana entah adik-beradik ana semua boleh tersangkut tengok cerita ni." "Ana, baca lagi komik dia." Dia pun cerita, panjang dia cerita, siap dengan gaya2 lagi. Marsha dan ana ada banyak minat yang sama^^

Simpan skirting dekat library. Susun pinggan, sambil tu dengar lagi usikan pakcik (tak ingat siapa), "Boleh jadi menantu nih." Ana dengan Marsha berpandangan sambil membuat muka seolah2 mengatakan (tah pape). Bungkus lauk. Sir Malik baru nak makan masa ni. Tadi, Sir makan bubur je. Terngiang2 di telinga, makcik Ros ajar membungkus, "Masukkan sedikit udara, lipat dua ke bawah, lipat dua ke tepi, masukkan getah, pusing, pusing, pusing secukup rasa, ikat. Siap, mudah sahaja." "Ce wat lagi sekali." "Kak, saya minta diri dulu." "Nak minta diri siapa?" "Saya." Kelakarlah makcik Ros.

Makcik Midah kata, "Budak2 lelaki yang basuh pinggan tadi dah balik dah. Tak sempat nak bagi baju. Diorang balik naik basikal je. Jauh rumah diorang tu, Gong Pauh, Bukit Kuang." "Siapa2?" "Tadi, yang ana nampak, Irfan."

Angkat kerusi. Kerusi besi yang berat tu, Robi kata, "Berat nanang." kami angkat 3 orang, ada yang angkat 2 orang. Tengok-tengok, adik ana angkat sorang je, lelaki kan. Lipat banner. Sir Malik, "Nak gantung dekat mana tu?" "Tak gantung. Lipat." "Gantung kat bilik pengantin." Angkat meja dengan Marsha, Sir Malik dan Im. Mardhiyyah, sedang mengemop lantai. Sir tanya pasal kerja. Sir ingat ana ni finance officer. "Mana adalah, dia jadi PA System." Aduh, tergelak kami di situ, tapi Sir Malik tak dengar. "Macam mana boleh salah sebut PA System." Sir tanya, "Why, why?" Takpelah sir, mengarut je Marsha ni.

Makcik La kata, "Cepat-cepat, semua cari botol, bungkus air, bawa balik." Tak jumpa botol, biarlah. Robi dengan Hazimah sudah berjaya kutip botol mineral yang orang tinggal. Makcik Ros, "Ambil lah makanan2 ni, bawa balik." Diorang pun ambil. "Ambil 2 pun takpe." "Eh, satu je, tak boleh 2 sebab ada lagi orang tak ambil. Nanti nak..." tak sempat makcik Ros nak habiskan cakap, "Ambil 5 pun takpe." "Hui..hui..(terkejut makcik Ros)" Kagum tengok umi dan ibu bertungkus lumus tolong, "Kak, kena buat apa lagi?".

Dalam pukul 6:30, Robi dan Hazimah pun minta diri. "Lawatlah sekolah nanti." "Tu lah, ingat nak lawat juga. Jom lah kita pergi sama2." "Kerja." "Oh, ye lah." Tolong Mardhiyyah sekejap, tolong tarik baldi untuk mop je pun. "Tadi, masa ana dengan Marsha hantar bekas untuk basuh dekat belakang, kitorang macam terkejut tengok ada nti dengan Asma' je perempuan. Yang lain tu sepupu nti kan?" "A'ah." "Marsha kata, ana tak biasa dengan sepupu2 ana. Ana pun." "A'ah, sepupu ana ramai lelaki." Padanlah. "Eh, nenek nti yang Melaka datang jugak kan tadi?" "Datang." "Ana nampak dari jauh je, ingat nak jumpa juga, tapi dah sibuk2 tu, lupa nak jumpa."

Muallimah Yong pun datang ke sini, muallimah kata, nak balik dah. Buat isyarat ke Mardhiyyah (mengatakan Mardhi, gi lah tanya.) "Ah, muallimah, boleh tak nak join usrah minggu ni?" "Boleh je, nak buat bila?" "Bila muallimah free?" "Ahad je lah." "Esok?" "Kalau Rabu?" "Rabu u all ada lagi eh? Bila u all balik?" "Khamis." "Oh, bolehlah. Tapi, group usrah diorang sekarang dah lain sikit. Ada kak Muazzamah, kak Sumayyah." "Kak Soli." "A'ah, si Solihah lagi. Tapi takpe je nak gabung dengan group lama hari tu. Kitorang buat malam." "Malam?" "A'ah, si Auni habis kerja pukul 5:30." "Kerja apa?" "Ajar mengaji, sekali dengan muallimah Anis." "Nanti muallimah kabo semula pukul berapa." Mardhiyyah excited. Kabo ke Wafaa' sekali. Khadijah balik sini, masa Ahad, keesokan harinya.

Bungkus cawan2 dalam surat khabar bersama kak Atiqah, kak Muazzamah, sepupu Mardhiyyah (lupa nak tanya nama -_-"). Im pun datang, hantar barang. Kak Muazzamah, "Ibrahim, tadi ada makcik tu tegur, bagusnya budak lelaki tu, boleh buat menantu." "Hehe..I'm happy to be single now." "Siapa yang cakap?" "Mak Ngah. Ni la, kakak dia. Adik-beradik dia bijak2 ni." "Oh, anak siapa ni?" "Anak makcik Norma. Kan?" "Macam mana boleh kenal?" "Ni, kawan baik Mardhiyyah. Rapatlah dengan keluarga dia." Semua kak Muazzamah yang tolong jawabkan. sambil buat kerja, makcik La datang, "Nah, Syaza, bawa balik air ni." Tu dia, 2 botol besar air oren.

Kak Sakinah pun ada lagi, dia pun tolong2 juga. Sekali, makcik La datang, "Meh, Syaza, balik sekali dengan makcik." "Hoho, balik dengan ana rupanya." "Syaza balik dengan Marsha eh, kereta makcik penuh, nak buang sampah dulu ni." "Ok." Simpan barang dalam kereta Marsha. Makcik La bawa balik 5 botol air, ha kau, lagi banyak.

Sir Malik datang, "Muat tak, kalau nak angkut sampah2 ni dalam kereta?" "Mana boleh, belakang ni semua makanan." "Ya, kita campur je makanan dengan sampah." "Heh, kotor lah." Pakcik Abas, "Syaza, takpe kan balik dengan Marsha. Muat tak kereta." "Takpe, muat je. (sambil menunjukkan isyarat bagus d^.^b)" Duduk 4 orang dekat tengah, dah, dekat belakang, ada rak kecil dan makanan. Tanya Marsha pasal program dengan form 4 nanti. "Ana pun tak berapa pasti sangat. Sekarang, nak fokus untuk LKD dulu." Akhirnya, kami sampai rumah dalam pukul 7:45 malam. Rasa puas hari ni.


Note:
*Aisyah *Fatimah *Hazimah *Kak Atiqah *Keluarga Mardhiyyah *Mardhiyyah *Marsha, makcik La *Robiatul *Sir Malik *Syikin *Wafaa', makcik Ros *Zalilah *adik ana *ana *others


*Akhawat batch kami semua pakai baju sama warna. Tak pakat pun. Tapi yelah, sehati sejiwalah katakan^^
*Ikhwah batch kami ada juga yang menolong, setakat yang ana tau, Syafiq dan Mujahid (Dari pagi sampai petang), Irfan.
*Mungkin anda nampak, kami macam talkative. Budak2 yang lahir tahun 1994 memang semua macam tu, bila capai tahap matang, memang banyak cakap. Walaupun ada yang nampak macam pendiam, tapi hakikatnya, kalau anda kenal mereka...
*Next program, LKD.

Tadi, ayah ana tunjuk video orang masuk Islam ramai2 di German, 1,500 orang, dikendalikan oleh bilal Phillips. Ada juga video lain, semua tentang usaha mereka mengajak manusia ke arah Islam, ada lagilah Yusuf Estet, Hussein Yee dll.
BAGAIMANA DENGAN KITA? APA YANG KITA SUDAH BUAT?

Harun Yahya juga ada mengatakan siapa yang ada penyakit kulit, itu semua tanda2 stres. Ubatnya, kena banyak baca al-Quran, insyaAllah, hilang penyakit tersebut. Panjanglah penerangannya.
Ps. Abg ana kata, suggest2lah kat kawan2 awak suruh sambung kat Jordan.
Pss.manakala kak Humaira' pula, tak sabar nak tunggu batch antum datang ke Mesir.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawat Sekolah + Usrah Gabungan

25021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Semalam, pergi sekolah, ada usrah gabungan. Minta keluar kerja awal, pergi sekolah pukul 2 petang.

Sampai di sekolah, lalu ikut bahagian luar sebab ada ramai banin dekat kawasan depan tu. Waktu rehat kan. Masa nak lalu dekat sinki banin, dengar diorang kata, "Eh, senyap2, muallimah tu." Semua jadi 'baik' sekejap senyap. Adik Nadhirah tu pun cakap, "Bukanlah, tu kakak2 form 5 tahun lepas."

Pergi pejabat dulu, jumpa muallimah Yong. "Yang usrah gabungan ni dengan makcik2 ke?" "Yalah, dengan makcik2lah, you all ni pun bakal makcik2 kan." Muallimah Ainon takde dekat pejabat. Pergi pula bilik guru, jumpa muallimah Hayati, muallimah Zuliana dan muallimah Roshayati. Muallimah Roshayati tengah ajar resepi dekat muallimah Hayati. Muallimah Zu pun kata, "Salam gok dulu budok2 ni." "Jom, ikut saya ke library."

Sebelum tu, jumpa muallimah An dan muallimah Ainon di bilik AMT. Muallimah An sibuk menanda kertas BM. Muallimah minta kami tolong tanda sekali, tapi tak tolong pun, manalah kami tahu macam mana nak tanda karangan. Bagi roti yang kami bawa.

Oh ye, Hazimah pun ada juga. Muallimah Yong suruh ajak dia ikut usrah gabungan sekali. Ronda2 tengok kelas, baru pergi library. Hebat library sekarang, dah upgrade banyak benda. Marsha takde, dia keluar makan dengan Sir Malik.

Bersembang dengan muallimah Zu, macam2 cerita. Muallimah Syu pun join sama. Cakap pasal U, pasal kerja, sekolah, usrah, LKD, pasal keluarga pun ada. Hari tu pergi Jom Masuk U dekat Kuantan. Tanya muallimah macam-macam pasal U. Cerita ke muallimah, abang ana hantar message, ajak belajar dengan dia dekat Jordan. Tapi kelakar ayat dia, muallimah pun kata, gitu rupanya Irfan, tak sangka pulak.

Muallimah Zu banyak juga tahu pasal perkembangan batch kami, muallimah lah dok me'report' pasal itu dan ini. Best rasa dengar diorang yang dah belajar kereta, nak dapat lesen dah pun. Muallimah lah cakap semalam orang tu datang sekolah, tadi orang ni datang sekolah, hari tu orang tu datang sekolah, habis semua diceritanya.

Ada juga muallimah kata pasal budak2 kena denda kat sekolah tu. Tapi muallimah kata kesian dekat sorang budak ni, dia kena denda sebab pengawas kata rambut dia tak letak minyak. Bila muallimah tanya dia sebab dia kena denda, "Sebab ana tak minyak rambut, nok wat gane, rambut ana duri." Budak SMI ada qiam hari ni.^^

* * * * * * * * * *

Dipendekkan cerita, pukul 3:30 petang, kami pun turun ke bawah untuk usrah. Makcik La tanya, "Cantik tak library?" "Cantik lagi daripada yang dulu." Makcik pun macam seronok. Jumpa makcik Midah juga, lama dah tak jumpa makcik Midah. Kami pun pergi ke surau SRI sebab surau SMI, ada taklimat untuk qiam.

Muallimah Yong jadi pengerusi majlis, besar bulatan gembira hari ni, sampai kena duduk berlapis-lapis. Muallimah fokuskan pasal AZAM.

Secara ringkasnya (panjang lagi sebenarnya, ni ringkasannya),

"Azam yang hendak dibuat perlulah mengikut kemampuan diri. Fokus betul-betul apa yang kita nak capai. Kita perlu menjadi lebih baik daripada hari semalam. Jadi, yang paling penting, kita kena tahu tujuan hidup kita untuk mengecapi nikmat yang paling besar. Apa nikmat yang paling besar? Sila jawab wahai anak-anak usrah saya di sana. Marsha? Melihat wajah Allah. Dapat masuk syurga sahaja, bukanlah nikmat terbesar. Kita semua sebenarnya dah ada tiket dah untuk bertemu dengan Allah, cumanya kita tak tahu bilakah masanya. Salah satu cara untuk kekalkan azam atau istiqamah melakukan azam kita adalah kita buat 'skrip' dalam kehidupan kita. Tulis apa yang kita nak capai, apa yang kita kena buat, tampal dekat bilik kita, tiap-tiap hari kita tengok dan cuba buat."



Majlis diteruskan dengan pengumuman AJK Wanita IKRAM (tak pasti, daerah Kemaman ke, seluruh Terengganu). Ana sebut yang ana ingat je lah, banyak sangat AJK.

Ketua: Umi Saidah
Timbalan: muallimah Yong
Setiausaha: ibu Dayang
Bendahari: makcik Aisyah
AJK Tarbiyyah: muallimah Zahra
AJK Pembangunan Keluarga: muallimah Ainon, dibantu oleh muallimah Yong
AJK Belia: makcik La
AJK Ekonomi: makcik Ma, dibantu oleh muallimah An

Kemudian, umi memberi sedikit pengisian tentang usrah.


"Kita kena bersedia untuk berubah. Jangan kita fikir, semua yang berlaku adalah kebetulan kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Jangan kita fikir, kita kena usrah sebab kita 'tercampak' dekat al-Amin. Sedangkan usrah merupakan wasilah dakwah kita. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, ada dua syarat untuk jadi umat yang terbaik, pertama, amar ma'aruf dan keduanya nahi mungkar. Sahabat-sahabat yang mengajar di Al-Amin, tadika Nurul Iman, antunna semua beruntung sebenarnya. Saya sendiri pun mengajar di sekolah kerajaan, saya rasa ada 'bahagian' yang saya tak dapat, tapi antunna semua dapat. Terima kasih kerana mendidik anak-anak saya. Teruskan mendidik anak-anak di sini. Ada kawan saya, dia hantar anak dia di Al-Amin, baru darjah 1. Dia cerita, masa nak sarapan pagi, anak dia kata, Mak, mak dah solat ke? Tunggu saya sekejap eh, saya nak solat dulu, baru sarapan. Subhanallah, anak-anak beginilah yang kita ingin lahirkan. Besarnya pahala muallim muallimah yang mendidik mereka. Kita pun ada ramai pengganti kita untuk generasi yang akan datang, meneruskan dakwah kita. Tu, Marsha, Syaza, dari tadika bersama-sama dengan tarbiyyah kita. Nanti diorang teruskan MLMI, cari 'anak-anak baru', 5 orang pun jadilah."


Rasa kerdil je diri ini. Akan ana usahakan ke arah itu.

Seterusnya, kami diberitahu taqwim tahun ni, kemudian, bahagi kumpulan usrah. Ingatkan nama kami tak masuk dalam senarai dekat dalam 'laptop' umi. Sekali, umi sebut nama kami semua, group muallimah Yong, Marsha, ana, Robiatul, Izyan, Auni, kak Muazzamah, kak Solihah dan kak Sumayyah. Heh, debar. Tak pernah cakap pun dengan kak Sumayyah, kenal dari jauh je. Kak Solihah baru datang, dengan uniform pengawasnya. Dia tak perasan pun kitorang ada dekat sini.

Ada makcik cakap macam ni, "Oh ye, jemputlah ke perkahwinan kak Midah hari Sabtu ni." "Hah?!" Semua terkejut dengar ayat tu, walaupun semua faham maksudnya. Makcik La dengan muallimah Yong pun sambung, "Ye lah, kak Midah kahwinkan anak dia." Makcik Midah pun bagi ucapan sedikit, jemput semua orang hadir, "Alhamdulillah, bila kita hidup dalam jemaah, semua kerja senang dilakukan. Kalau kita nak buat kerja sendiri, sorang2, memang tak larat. Ramai juga yang datang menolong, terima kasih semua."


Dah nak habis majlis, baru dia nampak kami. Lambai kami dengan muka excitednya. Marsha kata, "Hebat kak Soli, baru masuk sekolah, dah jadi pengawas." "Heh, ni dah tahun akhir dah ni." "Ha?" "Kan dia masuk dari tahun lepas dah." "Oh, ye lah, lupa pulak." "Hai kakak-kakak." "Hai pengawas." "Jomlah, sekolah dengan ana."

Jumpa muallimah Azlinda, muallimah Anis. Tak sempat nak jumpa semua, nampak dari jauh je.

Kami balik lewat sikit, jadi, kami pergi tengok budak2 SMI. Diorang tengah riadah. Ramai juga yang menegur. Dah jumpa dah dengan budak2 form 1 yang ana nak jumpa. Dengan Izzati je tak sempat nak tegur. Siti Ruqiah tak habis2 berkepit dengan ana. Dia dengan Sofiah sibuk kata, "Eh, kita dah tinggi dah." Aduh, sibuk bandingkan dengan ana ni, taulah, huhuhu... Siti ajak juga tidur dekat sekolah, join qiam, tapi ada halangan tertentu, jadi, lain kali lah ye. Tengah aim nak join rehlah bulan 2 ni.

Tolong muallimah An, pergi tunggu dekat stor, budak2 nak pulangkan alat2 sukan. Best, jumpa muallimah An, macam-macam kerenah. Jumpa muallimah baru juga, muallimah Syarifah dengan muallimah... hmm...(tak ingatlah siapa sorang lagi).

ps. Haih, batchku, kalau betul2 nak buat reunion, rancanglah betul2. Janganlah asyik kata nak tunggu dah tua nanti. Memanglah best, tapi tak mau ke buat masa 'muda' jugak? Buat bulan 3 pun takpe. (hah, kan ana dah bebel) Kalau nak tunggu semua orang ada, complete, jom reunion dekat syurga^^ full stop (fuh, mendalam maksud nih) Ke gane?


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Beg Iera

15021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 5 hari mengait, akhirnya siap jua beg yang ditempah oleh Iera. 3 hari tu, buat sikit-sikit je sebab hari kerja~

Lakaran asal:

Yeay~Hasilnya!
Saiz: 8"x6"


Habis sudah dua gulung benang hitam~

Minggu depan, nak pergi kedai dengan Izyan dan Robi, nak beli zip 5" dan tambah benang kait. Sambil-sambil tu, Izyan nak beli benang untuk projek. Huh? Projek apa? Nantikan masanya~ Kamu akan tahu juga. (Ada kaitan dgn batch kita dan guru2 di sekolah)

Hoho, dalam kepala dah bayang dah nak jual apa lepas ni. Rasa macam nak jual tali untuk handphone. Dah jumpa supplier, cuma tunggu masa je nak beli bahan-bahannya.^^

Lagipun, nak tolong ayah ana dulu untuk jualannya. Kena tolong laksanakan macam apa yang telah dipelajari daripada Irfan Khairi.

#nak ulangkaji nota irfan khairi hari tu

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Taubat Setelah 40 Tahun Bergelumang Dosa

11021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israel pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata:

"Wahai nabi Allah yang merupakan kalamNya, tolonglah mohon kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!"

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahwa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: "Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas. Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi yaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman."

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: "Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Kamu boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini karena orang itulah yang menjadi penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya."

Nabi Musa kembali berkata: "Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?" Allah berfirman: "Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!."

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: "Wahai seorang hamba yang durhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, karena kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!"

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: "Jika aku keluar dari rombongan ini, niscaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israel, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT."

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah durhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini."

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan ditumpahkan dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: "Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?"

Allah berfirman: "Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang menjadi penyebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu."

Nabi Musa berkata: "Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?"

Allah berfirman: "Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya kepada siapapun. Apakah sekarang Aku akan membuka aibnya ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?"

sumber: majalahSolusi-Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Gelagat Berusrah

10021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Baru selesai 'berpetak gembira' petang tadi... Penangan baca blog APGlah ni~

Apa-apa pun, tahun ni juga banyak perubahan yang berlaku di sekolah. Maklumlah, kena sentiasa upgrade menjadi lebih baik dari sebelumnya. Setakat ni, masih belum mempunyai kesempatan untuk datang melawat mereka pada waktu persekolahan. Selalu datang sekolah sebab ikut ayah ana ambil adik ana je.

Ini post rencam, tajuk utama adalah gelagat kami berusrah,
setelah sebulan lebih meninggalkannya.

*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

Yeay~ Dah sebulan lebih tak berusrah. Pukul 4 petang tadi, lepas habis kerja, pergi sekolah, ambil adik-adik ana dulu, baru pergi usrah. Sebenarnya ayah ana nak hantar kami ke rumah bonda dulu, tapi bonda pun tak balik sekolah lagi. Dekat sekolah, nampak Marsha dengan Sir Malik baru balik dari Kuantan, dia pergi usrah dengan bonda.

Sikit je orangnya, tadi, 5 orang je. Mardhiyyah dan Wafaa' pergi PLKN, Auni jaga anak saudara dia, Nurul ikut usrah dekat Kuala Berang. Semalam, mati-mati ingat 4 orang je, ingatkan Khadijah dah pergi STAM Ipoh dah. Nasib baik Auni beritahu yang Khadijah pergi 6hb, pagi tadi baru sms Khadijah pasal usrah.

Mula-mula masuk, duduk dekat ruang tamu yang telah lama menjadi saksi kami berusrah di situ. Bonda tanya pasal kerja pada kami berempat. Robi semangat cerita~ Dia kata kerja sepejabat dengan peguam. Bonda ada tanya juga pasal LKD. Setakat ni, tak dengar apa-apa berita lagi. Oh ye, Khadijah nak pergi STAM Ipoh 6hb ni.

Syifa' dengan Ain duduk asrama. Wah~tinggal Hana sorang je lah dekat rumah ni. Rajin-rajin tolong bonda tu~

Seusai azan berkumandang, menandakan sudah masuknya waktu solat Asar, bonda pun kata, "Oklah, kita solat dulu, jadi, kita tangguhkan dulu majlis kita dan akan disambung dengan penyampaian tazkirah oleh ukhti Syaza."

Sementara menunggu giliran untuk berwudhu',

Marsha: Eh, bila nya nak ambil lesen? (sambil memandang ke arah ana dan Izyan)
Ana: Nti gi lah ambil lesen dulu, kitorang ni tak belajar pun lagi. Nti kan pernah je bawa, kesian pula kalau nak tunggu kitorang ni.
Izyan: (sengih)
Marsha: Mende gok, ana takde lah expert sangat
Ana: Tu, Izyan kata, dia nak belajar, tapi mak dialah pulak yang takut. Halaman rumah dia kan besar.
Izyan: Nti pulak keta bapok!
Marsha: Kita gi lah sama-sama. Hari tu mak ayah ana tanya juga, diorang kata, ikut suka awaklah nak ambil bila. Ana ingat, nak tunggu kerja stabil dulu.

Yelah, banyak juga kerja dia dekat perpustakaan tu.

Ana: Nti duduk dekat perpustakaan je ke?
Marsha: Taklah, ada je ana gi tempat lain.
Ana: Gi mana? Ronda-ronda keliling sekolah ke?
Marsha: Gi musolla, nak solat masa waktu rehat.
Kami: Memanglah, tak yah kabolah hok tu.
Ana: Semalam ana tanya adik ana, nampak kak Marsha tak kat sekolah? Dia jawab, "Nampak, dia buat apa kat sekolah? Saje datang sekolah sebelum masuk U ke?" Ana katalah, "Eh, awak ni, dia kerja dekat perpustakaanlah."
Marsha: ^^ Tapi memang perpustakaan tak buka lagi. Bulan 2 baru buka.
Ana: Oh, ye ke? Taklah, ana dah bagitau adik ana dah sebelum ni sebenarnya, dia tak ingat kot.

Sebelum solat Asar,
Izyan: Ntilah jadi imamah. (sambil memandang Khadijah)
Ana: A'ah, ntilah jadi imamah, nanti, nti takde dah.

Selesai solat Asar,
Ana: Nti duduk dekat perpustakaan je ke?
Sebelum sempat Marsha jawab,
Ana: Eh, tadi aku tanya dah (cakap sendirian tapi bukan monolog dalaman) Maksud ana, nti ikut juga ke orientasi diorang?
Marsha: Tak pun. Tapi, kalau diorang minta tolong, ana gi lah. Setakat ni, ana kena handle ADK sekolah rendah. Eh, Hana darjah berapa dah?
Ana: Hmm... Darjah 5.
Marsha: Oh, ana handle ADK budak darjah 5 lah.

Ingatkan lepas solat, sambung usrah terus. Hana pula tercegat melihat kami mula duduk keliling meja petak di ruang tamu. "Hmm... Kita makan dululah."

Kami pun beralih ke meja petak yang lebih besar di dapur untuk makan mi goreng masakan bonda. Mi pun, bonda sendukkan.

Marsha: Boleh saya kurangkan mi? Kenyang. (dengan penuh sopan santunnya)
Bonda: Dah makan dekat Kuantan lah ni.
Marsha: A'ah, makan dekat Restoran Tajjj (dia menebalkan sebutan huruf 'j')
Bonda: Ha? Restoran apa?
Marsha: Taj.
Bonda: Oh, Taj.
Marsha: Kenapa? Dengar ana cakap apa?
Bonda: Nti kata Tash ke apa tadi.
Ana: Dia cakap gaya orang Jawa~
Bonda: Kurangkan je lah. (Ana dan Robi saling berpandangan)
Kami: Nak kurangkan jugalah, kenyang betul hari ni.

Sambil makan, macam-macam cerita jugalah keluar. Nana datang rumah, ajak Hana main. Bila bonda ajak dia makan, dia jawab, "I'm full!"

Bonda cakap juga, siang tadi, Izzat, Syafiq dan Mujahid ada datang sekolah. Katanya, diorang tolong angkat buku.

Habis makan mi, mau minum air,

Bonda: Ni teh dari Arab. Biasa diorang tak bubuh gula.
Marsha: Dah, muallimah bubuh tak gula?
Bonda: Muallimah bubuhlah.
Marsha: Orang Cina biasa bubuh tak gula?
Bonda: Tak juga.

Bonda: Syaza, tolong ambil coklat jap dekat situ, tu, yang kotak merah. Coklat lada hitam, dari Sarawak.
Kami: Lada hitam?
Marsha: Eee~ Seram dengar.
Bonda: Sedap coklat ni, berangin.

Bonda cakap apa entah lagi, tak berapa dengar sebab tengah basuh pinggan. Tiba-tiba dengar orang kata,
Robi: Syaza sukalah coklat berangin.
*Tapi ana still tak pasti sama ada bonda nak maksudkan rasa peppermint atau memang lada hitam.

Bila dah duduk balik dekat meja petak tu, nampak bonda potong kek lapis Sarawak pula.

Bonda: Yang ni, masam manis punya, yang ni pula, nama dia Ombak, bukan Ombak Rindu.
Izyan: Takde rupa ombak pun.
Bonda: Ada juga Ombak Rindu, bentuk dia macam ombak, beralun, warna biru. Actually, bahan asas dia semua sama, cuma dia ada tambah pewarna dan bahan-bahan lain sikit. Ada macam-macam nama, Michael Jackson lah, Maher Zain lah.
Marsha: Michael Jackson?
Bonda: A'ah, Michael Jackson.
Marsha: Hitam putih.
Ana: Dah, kalau Maher Zain?
Marsha: Ada topi.
Bonda: Hati pari pun sedap juga.
Ana: (angguk tanda mengiyakan)
Marsha: (bisik pada ana) Hati pari? Mende tu?
Ana: Keklah.
Marsha: Ana mati-mati ingat hati ikan pari. Ana fikir, eee~ Syaza suka hati ikan pari?
Bonda: Yang jenis sisik ikan ada juga. Dia susun jadi macam bentuk sisik.
Marsha: Dah, ada sisik ikan ke?
*Mengarut sokmo dia hari ni

Bonda: Khadijah, ambil dodol tu. Ni, dari Negeri Sembilan. Rasalah, sedap~

Banyak betul makanan hari ni.

Kemudian, kami teruskan dengan petak gembira di ruang tamu. Baca tazkirahnya di sini.

Bonda buat konklusi, tambah informasi-informasi lain, beri pelbagai pesanan kepada kami, bonda cerita perancangan untuk SRIAAK. Bonda kata, projek untuk bangunan baru tu, nak bagi dekat akh Azri.

Banyak juga cerita pasal sekolah. Robiatul selalu sebut pasal adik-adik form 1. Yelah, dia kan tolong masa orientasi asrama hari tu. "Ada 2 orang budak kembar. Tinggi. Ada lagi sorang tu, comel, nama dia Adibah." Dia selalu cerita macam tu, teringin nak jumpa adik-adik form 1.

Rupa-rupanya Adibah yang dimaksudkan itu, anak makcik Jah Dungun (bonda beritahu). Owh, kalau yang tu, ana kenallah sebab pernah tumpang rumah dia bersama kak Humaira' dan abang ana. Masa tu, tahun 2008, ana teman kak Humaira', diorang ada meeting lepas program PINTAR 2. Abang dia nama Adib, form 3 kalau tak silap ana. Dia kamain suka masa kami stay dekat rumah dia sebab boleh geng dengan abang ana. Makcik Jah kata, Adib punyalah tunggu kami balik dari meeting. Last2, dia tertidur. Rindu pula nak berprogram dengan kak Humaira'~

Nanti, usrah akan datang, buat dekat sekolah atau rumah orang lain pula. Bonda pesan juga suruh mahirkan kemahiran rumah tangga. "Rumah tangga tak semestinya untuk orang yang dah kahwin. Atau rumah yang ada tangga. Dan, urusan rumah tangga bukanlah orang perempuan je yang kena pandai. Orang lelaki pun sama. Kalau dekat tempat muallimah dekat Perak tu, orang lelaki pandai buat serba serbi. Muallimah suka betul kalau ayah Ikmal ada dekat kampung. Mesti dia bakar ikan. Yang beli ikan, dia. Yang siang ikan, dia. Yang uruskan untuk bakar ikan pun dia. Tempat dia buat kerja pun bersih je, kemas je."

Dah tutup majlis, bonda tanya minat bidang apa.
Link
*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

Teringat abang ana ajak ana belajar dekat Jordan dengan dia. Kelakar rasa baca message dia. Bila baca ayat dia, macam orang buang tabiat pula.
Hey, awak, awak, awak nak sambung belajar kat mana awak? Awak marilah belajar dengan saye kat Jordan, awak!
Nanti ye, fikir-fikir dulu.

Apa-apa pun, esok dia ada exam Seerah. Bittaufiq wa nnajah~

macam muka Cina kan, mata sepet..oh moyangku~

#sibuk scan gambar dari album lama untuk hantar kepada dia


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Nis-Nis

07021433H
Assalamualaikum W.B.T.

Hmm...Tahun Baru Masihi sudah~

Happy Birthday Nis-Nis!
Anisa Sawari Nunn,
sepupuku, si budak comel,
dia sorang lahir di Malaysia,
tapi muka macam Mat Saleh,
cakap mix, suka dengar dia cakap Inggeris...

Semoga membesar dalam keadaan baik,
semoga hidup diberkati,
walau kamu masih kecil,
ku tetap mendoakanmu...

Tahun 2009 punya gambar~

#budak ni suka abang a im


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: January 2012
Design by a.a.ghariib