Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kampungku yang Bakal Hilang~

06021433H
Assalamualaikum...

Wah, dah masuk bulan Safar dah. Hmm..cepat masa berlalu. Pada 24 Disember yang lalu, kami sekeluarga menghadiri perjumpaan Keluarga Hj Ahmad dan Hjh Kamirah (moyang sebelah ayah ana, mak bapak nyaie). Kali ini buat di rumah yaie Li (Sazali, anak bongsu yoyot), perjumpaan kali ke-4. Perjumpaan kali pertama, di rumah yaie Wi (anak ke-5), kali ke-2 di rumah nyaie Katim (anak ke-2), kali ke-3, yang tahun lepas punya di rumah nyaie (anak sulung).

Kami sampai agak lewat. Diorang semua dah makan dah, seperti biasa, ada jamuan. Tengok2, pengerusi, yaie Sad (anak ke-4), sampai lewat sekali. Kemudian, kami menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Kali ini, mesyuarat tak dapat dijalankan seperti biasa, sebab setiausaha (wak ji) dan bendahari (yaie Wi) tidak hadir. Yaie Wi tak datang sebab dia pergi jumpa 'orang besar' untuk 'memperjuangkan' kampung nyaie daripada diambil oleh Petronas. Keluarga kami, wak Ji dengan wak Jan je tak datang. Wak Jan kerja, lagipun, Muhammad baru sunat.

Yaie Sad ceritalah pasal yoyot dengan suaminya. Pendek kata, mereka pernah mengajar orang mengaji suatu ketika dahulu. Turut disampaikan tazkirah tentang kelebihan membaca al-Quran. Perjumpaan seterusnya, dekat rumah yaie Sad. Kemudian, cucu2 lelaki, semua kena perkenalkan diri, beritahu nama, umur, anak siapa. Orang semua dok tanya, Irfan belajar dekat mana?

Oh ye, bila orang kampung nampak Ibrahim, semua dok kata, "Ibrahim dah besar dah ek, tinggi, kalah abang dia." Ayah ana dengan semangat menjawab, "A'ah, eh, Irfan lagi tinggi, kalah dah saya. Irfan tinggi kurus, Ibrahim tinggi tapi dia berisi sikit."

Teringat masa perjumpaan tahun lepas, ana duduk sekali masa mesyuarat, budak2 main dekat pantai, depan rumah nyaie (bak kata ayahku, "tak lama lagi kita tak ada laut dah"). Akhir sekali, yaie Li tanya ada siapa2 nak tambah. Dia pun tanya setiap orang yang ada dalam mesyuarat tu. Bila sampai dekat ana, dia kata, "Itu, anak Jijan tu, tak de apa2 dah?" Ana katalah, "Anak Bahrin." Haish, orang dekat kampung selalu ingat ana ni anak wak Jan. Tu lah, masin mulut dia, masa ana kecil dulu, wak Jan selalu kata, "Ni anak Wak Jan."

Kemudian, ada sedikit game, siapa nak masuk, boleh masuk. Ada kategori kanak2, remaja, ibu2 dan bapa2. Remaja perempuan semua tak nak masuk, sorang je yang masuk, dia main dalam kategori ibu2. Ibrahim kalah main masukkan ping pong dalam cawan, tidak boleh melebihi garisan. Hampir semua dia dapat masukkan, tapi bola tu melantun keluar. Ayah ana main, dapat tempat ke-2. Ibrahim masuk lagi sekali untuk permainan lempar getah, biar masuk dalam lidi. Akhirnya, dia jadi juara. Semua permainan ni, cadangnya nak main dekat luar rumah, tapi hujan, yelah, Segamat...

Akhirnya, penyampaian hadiah. Ada juga cabutan bertuah, tapi ana tak sempat nak ambil, sebab ana dekat luar rumah masa tu. Balik.

-- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * -- * --

Tak lama lagi, tak ada kampunglah kami. Terfikir juga, nanti diorang dipindahkan dekat mana ye? Dahlah satu kampung tu, semua saudara mara ana.

Malam tu, Mardhiyyah sms,
Assalamualaikum, dah start keje ke? Hm.. ana kat kg. JB, teringin nak pi Pengerang la. Tapi tak ada rezeki lagi. Hari ni ana belajar masak kuih tradisional Johor nama dia gegetas-simple but tasty.

Ana kat Johor juga ni. Tadi ada perjumpaan keluarga kat Segamat. Baru sampai rumah kat Pengerang. Tadi pun masa perjumpaan keluarga, ada sorang tok sedara tak datang, dia pergi Johor jumpa 'orang besar', memperjuangkan kg ni ha. Oh ye, hari tu ayah ana jumpa orang paling besar dalam PLKN dekat Kelantan.

Ya Allah, bagusnya. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Kenapa ayah nti jumpa 'dia'? Dari JB ke Pengerang berapa jam?

Kalau masuk ikut highway Ulu Tiram ke Desaru lebih kurang 1 jam je. Kenapa? Nak datang ke? Ayah ana kan ajar orang pasal kewangan Islam. Ada downline ayah ana bawa dia jumpa ayah ana...

Saje tanya. Taklah jauh sangat. Teringin nak sampai sana. InsyaAllah, jazakillah.


Memang yaie ana kenal dengan atuk Mardhiyyah. Dia tahu dah yang ana punya kampung bakal hilang. Jadi, dia kata, sekurang2nya dia naklah ziarah kampung ana walau sekali, sebelum semuanya hilang, jadi tempat perindustrian...


Glosari:
*nyaie=nenek
*yaie=datuk
*yoyot=moyang perempuan

Antara perkataan yang ana biasa dengar di kampung,
Yuk!
Meke dia
Kamain
Mangan
Jamah
Rewang
Gobok/gerobok
Gebar
Ngeteh
Jajan
Deras
Sarap
Buah semangka
Epok-epok
Noreh
Ngeteh
dan lain-lain (lupa pula perkataan jawa yg baru belajar masa Raya)

SANAH HELWAH MUALLIM SUFKERI,
terima kasih ajar ana bahasa arab,
selalu bagi tumpuan lebih pada ana
(sebab ana pernah 'jatuh' sekali dalam subjek ni)...

#sedang mengait beg tempahan iera, tak jadi nak tenun


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pinjaman Buku Teks (still available)

26011433H
Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan, kepada pelajar form 5 Al-Amin (next year) yang nak pinjam buku teks form 5 adalah dialu-alukan. Siapa cepat, dia dapat. Banat diutamakan.

Antara bukunya:

BM: Buku Teks (ada 2)

BM: Dirgahayu Bahasaku

BI: Buku Teks

BI: The Curse

MATH: Buku Teks -Syifa'

ADD MATH: Buku Teks (ada 2) - 1 Hamizah

*ADD MATH: Soalan SPM 2005-2010 -Hamizah

SEJ: Buku Teks

SEJ: Nota Cemerlang Sejarah Ting. 5 -Hamizah

BA: Buku Teks

BIO: Buku Teks (akhir tahun, sila pulang pada tuannya seperti yang tertera pada kulit buku tersebut)

*BIO: Soalan SPM 2005-2009 -Hamizah

BIO: Buku MODUL (tidak dijual di pasaran) -Hamizah

BIO: Nota F4 dan F5 (by batch 7) -Hamizah

KIM: Buku Teks -Syifa'

*KIM: Soalan SPM 2005-2010 -Hamizah

KIM: Buku MODUL (sudah lengkap diisi) -Hamizah

FIZ: Buku Teks

FIZ: SPM Physics (Contoh jawapan utk kertas 2) -Hamizah

*FIZ: Soalan SPM 2005-2010 -Hamizah

PA: Buku Teks

SCI: Buku Teks

Buku form 4 sudah selamat dibook oleh Farhah ^.^

Ada 2 lagi yang available:-

Buku Teks Sejarah F4

Buku Teks Biology F4

Siapa yang berminat nak meminjam buku, boleh tinggalkan komen di sini. Pilih comment as Name/URL, tapi kalau tak ada URL, tak payah isi pun tak apa.

*Yang buku soalan SPM, boleh ambil terus.

Manakala buku lain perlu dipulangkan kembali.

SYARATNYA, buku tersebut harus dijaga dengan baik dan perlu dipulangkan pada akhir tahun 2012. Ana ada 4 orang lagi junior nak guna buku tu~ Gunakannya dengan penuh rasa tanggungjawab, muroqobah.


SELAMAT BERMUJAHADAH!


ps. InsyaAllah, kalau tak ada halangan, esok nak pergi sekolah, kemas meja dekat kelas form 5 dengan mlmh Syu.
pss. Semoga mendapat keputusan yang terbaik esok, form 3!

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kenangan Alam Persekolahan

27011433H
Update!
Program Alumni:

2012:




Tahniah diucapkan kepada Form 3!!

2011:

2010:

2009:

2008:

Inilah sedikit sebanyak coretan memori yang kami lakar bersama. Memori yang lain tetap tersemat dalam hati kami~

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Berakhir Sudah~

20011433H
Assalamualaikum...

Tanggal tarikh 13.12.11, maka berakhirlah SPM.
Ramai yang merasakan mereka sudah merdeka.
Aku fikir aku juga akan berasa sedemikian.
Ternyata setelah tamat peperiksaan,
aku merasakan ada satu tanggungjawab lain yang perlu ku pikul.
Aku perlu melaksanakan tugas aku sebagai
seorang DA'IE...
Aku berfikir, berfikir dan terus berfikir.
Akhirnya, aku menyedari bahawa aku hanya akan merdeka
hanya apabila aku telah selesai bercucuk tanam di dunia ini
dan bertemu denganNYA...
*(hanya pendapat ana)
Akan ku pegang kata-kata bonda,
ALLAH WILL MAKE EASY,
IF WE DO SOMETHING BECAUSE OF HIM.


Apa-apa pun,
Sekarang kita sudah masuk ke dalam
ZON TAWAKKAL.
Sentiasa berdoa agar mendapat keputusan yang terbaik.

Akan merindui zaman persekolahan.
Sahabat-sahabat seperjuangan,
para murobbi yang sekian lama mendidik kami.
Masih ana ingat setiap guru yang pernah mendidik kami,
dari darjah 1 hingga tingkatan 5.
Tak percaya? Ana boleh senaraikan.
Tengah cuba trace balik akhawat batch 7 SRIAAK.
Walaupun ingat nama, ada yang masih tak dapat dikesan. (fuh, ayat..)

Rindu juga sahabat-sahabat dari rangkaian MUSLEH;
Maryam, Fida', Liyana, Nabilah, Rumaisa', Ain dll.
Juga kakak-kakak yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan;
Kak Izyana, kak Najuwa, kak Fathimah, dua2 kak Najihah (Najihataani?) dll.
Alumni Al-Amin itu sudah pasti.^_-

Sepanjang waktu cuti,
masing-masing nak cari kerja,
ada yang dah dapat kerja,
ada yang masih mencari.
Kita kerja sama-sama Robi!
Marsha, selamat menjaga perpustakaan. Nanti kami jenguk-jenguklah nti dekat sana.
Auni, jaga anak saudara dia.
Hazimah, jadi babysitter, ajar mengaji.


Ada yang cuba mencari ilmu baru. Kan Haziqah!
Dah ada list nak buat apa sepanjang cuti ni.
Bolehlah ambil tempahan mengait lagi Amira Suraya Nunn (sepupuku, mixed).
Jom ambil lesen sama2 Izyan dan Marsha.

Yang perlu pergi PLKN,
selamat maju jaya,
banyak peluang dakwah.

Kepada kumpulan usrah bonda,
Usrah akan tetap dijalankan,
Kalau ada apa-apa, ana akan maklumkan.
Nurul, bonda cuba arrangekan dengan akhawat di sana.

SANAH HELWAH KAK NAJIHAH!

Oh ye, terima kasih Marsha atas hadiahnya,
walaupun sudah sebulan berlalu birthday ana,
(sehari sebelum periksa. Farhana Sazali, hari first periksa)
juga Mardhiyyah, Khadijah, Izyan, Haziqah (ana selalu bawa kad tu masa hari periksa)
serta sahabat-sahabat yang lain.

"GREATLY LOVED, SADLY MISSED AND FOREVER REMEMBER IN OUR HEARTS"


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Q:Muhammad:7)

Ps.
-Teringin sangat nak pergi PRINT'11 sebenarnya, tapi tak dapat pergi sebab halangan tertentu.
-Berharap dapat jumpa Maryam dan Fida' dalam program LKD.
-Mak ana suruh ana tanya, ada siapa2 berminat untuk mengajar di Smart Reader Kerteh tak, akhawat batch 7? Nak 2 orang je.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

SPM-ing...

29121432H
Assalamualaikum...

Maaf, lama tak mengemaskini blog.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang musim cuti persekolahan. Yeay~
Namun begitu, masih ada pelajar yang hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM...

Abangku:
"mengucapkan selamat bertarung dengan SPM kepada calon2 di seluruh Malaysia... Semoga dikurniakan Allah SWT keputusan yang terbaik; untuk kalian dan untuk ummah. Bit taufiq, and put your best efforts, and put your full trust in Allah, because He knows what is best for you...

SPM salah satu tangga dari tangga-tangga kehidupan. Bagaimana anda mendakinya menentukan apakah tangga yang bakal menyusul seterusnya. Hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan itu tidak akan berhenti. SPM bukan penamat, ia permulaan. Hadapilah ia dengan dua sikap orang mukmin: penuh optimis dan pengharapan!"

Doakan kejayaan kami semua, batch 7 yang sedang berjuang menghadapi SPM.
11A+ InsyaAllah. Perkenankanlah ya Allah~

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan kepada Tuhanmu, berharaplah." (Quran, asy-Syarh, 94:7-8)

Hablun-minallah, hablun-minannaas...

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Takziah diucapkan...

01121432H
Assalamualaikum,
Al-Fatihah disedekahkan kepada Syakiirudin f1 dan ibunya yang telah meninggal dunia pada pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Tapah. Kakaknya, Siti Nur'ain kini sedang berada di Hospital Ipoh (dibius 24 jam) setelah menjalani pembedahan di Hospital Tapah akibat kecederaan yang dialami pada bahagian muka dan kepala.


Kata abangku,
Sya'ban 1432

"Malam diredah, menghabiskan sisa-sisa 4 km dari jungle trekking di atas jalan tar dengan hanya diterangi cahaya bulan. Bersama Ustaz Idris, Muallim Nadhir, Muallim Zainal Abidin, dan dua org pelajar SMI Al-Amin Kemaman, diri ini digagahkan juga untuk melangkah bersama mengangkat tubuh kecil yang terbaring kaku di atas stretcher yang dibuat dari dahan kayu. Ahmad Syakiirudin namanya, pelajar form 1. Pengsan semasa trekking. Gara-gara tak makan malam. "Ni kalau ada kereta lalu ni, nampak kita usung stretcher tengah2 malam, mau berdesup lari," diri ini berseloroh. Akhirnya si adik ni pun terjaga. "Nah, makan ni ada roti, ada air." Ucap kami sambil menghulur sebotol air 100plus dan ban berinti coklat. "Boleh jalan tak?" Dia mengangguk. Lalu walau masih berwajah pucat, digagahi juga menghabiskan 2-3 km terakhir. Jalan juang itu panjang, namun masih digagahi juga walau tubuhnya masih longlai. Tersenyum layu, terfikir betapa adik2 inilah yang bakal mewarisi ummat. "Biasalah, aku dulu begitu juga," bisikku dalam hati."

1 Zulhijjah 1432

"New tab dibuka. Home page facebook mucul memenuhi skrin. Status terawal muncul:

"~:: innalillahi wa innailaihi rajiun.hari ini, dunia islam kehilangan seorg bakal mujahid yg bakal tegakkan islam. ::~

p/s: alfatihah utk adik syakiirudin rosli.pelajar f1 al-amin kemaman.beliau meninggal akibat eksiden."

Diri ini tergamam seketika. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dia dan ibunya dijemput Allah SWT dalam suatu kejadian kemalangan. Peringatan buat kita yang masih hidup, dan ujian buat ahli keluarganya, moga dipertemu kembali di syurga kelak. Moga Allah menempatkannya dan ibunya bersama para solihin. Allahumma ghfirlahuma warhamhuma. Al-fatihah.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Semalu?

16111432H
Artikel:

sEPOHOn sEMALu--------------Untuk renungan bersama.... ...

a|s|s|a|l|a|m|u|a|l|a|i|k|u|m... Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Ulasan:

Audzubillahiminassyaitanirrajim, bismillahirrahmanirrahim,

Artikel ini adalah artikel yang saya temui di Facebook, disebarkan oleh orang yang saya hormati sebagai sahabat. Saya tidak menafikan keikhlasan mereka, mereka orang baik, cuma ada kalanya kita perlu berjaga-jaga, kerana biarpun kita berniat baik ingin menyebarkan kebaikan, ada kalanya kita tersalah maklumat.

Pokok semalu asalnya dari Amerika Selatan. Ia hanya tersebar ke seluruh dunia selepas zaman Barat menemui Amerika abad ke-16 bererti tidak logik ada pohon semalu di Arab pada zaman Rasul SAW. Malah hadith ini ftidak pernah menyebut ia termaktub dalam mana-mana kitab hadith yang thiqah. Siapa rawinya? Malah, matan Arabnya (kalimah asal hadith dalam bahasa Arab) pun tiada.

Kesimpulannya?

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Mengenai artikel ini, berwaspadalah dengan kata-kata yang bunyi macam hadith, tapi bukan hadith. Sebarkan pengajarannya, tetapi jika bukan dari Rasul SAW, jangan kita sebut ia dari Rasul SAW, atau kita seburuk-buruk pendusta (jika kita tahu ia bukan hadith). Jika kita tidak sengaja, tidak mengapa, tapi perbetulkan, beritahu orang lain, ambil pengajaran, tetapi ia bukan hadith. Sekadar kisah. Pengajarannya bagus, sebarkan, tetapi ia bukan hadith.

"Barangsiapa berdusta dengan namaku dengan sengaja,maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka." (aw kama qal rasul SAW)

Wallahu a'lam.. Semoga Allah membenarkan yang hak, dan membatilkan yang batil. Semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua.

Sumber: Muhammad I Ghariib

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Bola Jaring Bersama Mereka

15111432H
Tadi, waktu BM, kami diberi masa untuk bermain. Banin main ping pong dan banat main bola jaring. Muallimah janji nak bagi hadiah kepada pemenang bola jaring. Kami membentuk kumpulan melalui cabutan undi.

Kumpulan A:
Nurul-C
Syaza-WA
Wafaa'-WD
Marsha-GA
Mardhiyyah-GD
Auni-GS
Robiatul-GK

Kumpulan B:
Asyikin-C, pusingan kedua, WD
Amalina-WD, pusingan kedua, C
Izyan-WA
Fatimah-GD
Muallimah An-GA, pusingan kedua, GS
Khadijah-GK
Nasyitah-GS, pusingan kedua, GA


Pada awalnya, kumpulan A berjaya mengumpul mata melebihi kumpulan B. Namun langit tak selalunya cerah, situasi berubah. Mereka menang pada pusingan pertama. Perlawanan pada pusingan kedua agak sengit, namun begitu, kemenangan tetap berpihak kepada kumpulan B. Beza 2 atau 3 mata sahaja pada pusingan kedua.

Suka tengok Izyan, Wafaa' dan Robiatul main . Kalau tak salah ana, diorang tak pernah masuk permainan bola jaring. Khadijah pun. Pada awalnya, mereka bertiga cakap, ana tak reti sangat main. Tapi, Izyan banyak juga improvement , walaupun gaya dia bermain mencuit hati. Masa second time dia dapat bola, dia terus campak bola ke belakang sebab dia tak reti nak pusing. Yalah, kan kena jaga pergerakan kaki.

BEST! Oh ye, pengadilnya, Haziqah. Ada lah juga beberapa orang yang mengalami kecederaan ringan .

Masa mula-mula main, baru sedar, rupanya kaki tak berapa baik lagi natijah daripada permainan bola jaring Selasa lepas. Masa tengah main, ada orang tertolak ana. Kaki 'terpele'ot', jatuh, kemudian, ada orang terpijak pulak. Mula-mula tak boleh nak bangun, sekali, datang bola ke muka. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ye ke? Ujian kecil je ni. Seminggu jalan tak berapa nak betul. Minggu ni rasa macam dah ok, ingat dah baik. Tengok-tengok, dia datang menyerang balik.

Nurul pula, ada orang terpijak kaki dia. Dahlah kaki dia sememangnya bengkak akibat digigit oleh semut api. Bahagian yang digigit kecil sahaja tetapi bengkaknya merebak begitu pesat.

Marsha 'tergolek' 2 kali, kira oklah berbanding sebelum ini . Memanglah, lawan dia adalah Fatimah.

Akhirnya, muallimah belanja air :drink: yang dibeli di koperasi. Diberi masa untuk kendiri. Apa lagi, semua ambil peluang. Segar. Barulah tak mengantuk belajar kimia selepas itu.

UHIBBUKUNNA FILLAH, ABADAN ABADA

* * * * *

Dalam dilema nak pergi PRINT'11 atau tidak. Orang yang ana harapkan pergi tak nak pergi. Tapi bila fikir balik, alah, dua orang tu je yang tak nak. Pelbagai alasan yang diberi . Kalau tak nak pergi pun, bagilah sokongan dan semangat. Takpe, kan ada Fatimah, Zalilah dan Robiatul. Ya, jangan mereka berdua itu menjadi penyebab lemahnya semangat aku . Bila fikir balik, mungkin inilah peluang terakhir untuk aku berkhidmat untuk sekolah sebagai pelajar SMI.

Bertekad untuk pergi.

Ps. Maryam, nti pergi tak?

- - - - -

: 14 Oktober 2011
Setelah bertanya kepada kedua ibu bapaku, Oh, mereka sudah ada rancangan lain rupanya.

Me: Boleh tak nak pergi PRINT'11? yang KRS punya?
Mak ana: Bila? Masa nak dekat Christmas tu ke?
Me: A'ah.
Mak ana: Lah, orang nak ajak pergi Jordanlah.
Me: Hah?! Memang dekat-dekat tarikh tu ke? Tak boleh tunda?
Mak ana: Orang nak pergi masa musim sejuk. Baru best. Tapi, takpelah kalau Syaza tak nak pergi sekali, nanti-nanti, Syaza pergi juga.
Me: (monolog) Oh, confirmlah ni kena pergi sana.

Tanya ayah ana pula, jawapannya,
Ayah ana: Pakcik Ridzuan dah ajak kita pergi sama-sama.
Ana: Ye ke? (monolog) Nusrah pun nak belajar dekat sana nanti.

Jadi? Cancel nama untuk join PRINT'11.


: 16 Oktober 2011
Bila beritahu sahabat-sahabat ana sebab apa tak pergi PRINT'11, ada juga yang kata nak ikut. Antaranya, Marsha dan Mardhiyyah.

Ana: Haih, mana ada duit. Nak ikut, ikutlah. Tapi kena guna duit sendirilah.
Marsha: Alah, sponsorlah.
Ana: Jordan mahallah.
Marsha: Hantar ana kat Mesir pun takpe lah, nak jumpa kakak ana juga.

Dan ramai juga yang jawab: Macam Naili lah. Dia nak pergi Jordan juga.
Ana: A'ah. Ayah dia yang ajak kitorang pergi sama-sama.


: 19 Oktober 2011
Bila abang ana baca post ni, dia kata,
Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan Jordan! :) .^. (: ^_^ :) .^. (: ^_^

Ps. Awak jadi striker? Dahsyatnya? Awak kan pendek.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: 2011
Design by a.a.ghariib